Kuih tradisi tepung pelita memang ramai peminatnya. Cukup rasa dengan lemak manisnya memang ulang kali makan. Ikut cara yang betul pasti menjadi elok dan sedap. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsi ini.
Satukan semua bahan dan kacau tanpa henti dengan api sederhana,jangan bagi berketul dah pekat sikit kecilkan api terus kacau hingga berkilat dan nampak licin,panas-panas tuang dalam bekas.
Macam-macam resipi kuih seri muka ada di internet. Tapi resipi yang satu ni agak berbeza sebab kelainan pada tekstur bahagian atasnya. Menurut individu yang berkongsi resipi ini, dia mahukan bahagian atasnya jadi seperti cream caramel iaitu lembut dan kurang tepung.
Meor Abd Marliza melalui facebook berkongsi resipi ini di group Rasa Share Resepi. Jom cuba buat!
SERI MUKA ALA CREAM CARAMEL
BAHAN LAPISAN BAWAH
600 gram beras pulut (rendam 3 jam sehingga beras pulut kembang dan toskan)
100 ml santan
500 ml air
1 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMBUAT LAPISAN BAWAH
1. Didihkan air kukusan.
2.Satukan semua bahan. Tanak pulut sehingga hampir kering.
3. Masukkan dalam loyang 10 x 10. Boleh juga guna acuan dan tekan sehingga padat.
4. Kukus semula selama 15 minit.
BAHAN LAPISAN ATAS
4 biji telur ayam gred A
3 cawan santan pekat
350 gram gula kastor
4 sudu besar tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
1 sudu teh garam
7 helai daun pandan mesin bersama sebahagian santan dan tapis
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Pukul telur ayam kemudian satukan dengan santan, gula kastor, tepung beras dan tepung gandum. Kacau rata.
2. Bubuh pewarna dan garam. Gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana dan kacau sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.
Sekarang ni ada macam-macam jenis kuih apam yang dipelbagaikan antaranya apam nasi, apam gula hangus, apam mekar, apam polkadot dan sebagainya.
Kali ini, kita bawakan apam polkadot tembikai yang dikongsi Nor Al Fatihah. Memang bercinta nak membuatnya tetapi selepas melihatkan hasil akhirnya, memang buat kita tersenyum.
APAM POLKADOT TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur sejuk gred A (ambil dari peti ais) 220 gm gula halus (anggaran 1 cawan) – beli online di sini 1 sudu teh ovallete – beli online di sini 150ml susu cair (anggaran ¾ cawan) – beli online di sini 275gm tepung gandum (anggaran 2 ½ cawan)* – beli online di sini 3 sudu teh serbuk penaik (saya letak 2 ½ sudu teh saja)* – beli online di sini 1 sudu teh esen vanila Filling coklat (boleh guna filling lain seperti strawberry atau blueberry) Pewarna merah, kuning, hijau & hitam Papercup saiz No.1
1. Pukul telur, gula dan ovallete dengan high speed hingga kembang dan adunan bertukar putih. Saya pukul selama 5 minit. 2. Masukkan susu, tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak serta esen vanilla. 3. Pukul speed minimum saja hingga adunan sebati, jangan pukul lama-lama, nanti apam keras.
4. Bahagikan adunan dan warnakan. Adunan putih paling banyak. Adunan merah 1/3 cawan, kuning 1/3 cawan, hijau cerah 1/3 cawan, hijau gelap 1 sudu besar dan adunan hitam 1 sudu besar. Kemudian, masing-masing dimasukkan ke dalam piping bag. 5. Isi acuan lompang paling kecik dengan papercup. Picit adunan putih separuh, lepas tu picit filling coklat. Picit semula dengan adunan putih hingga 3/4 penuh.
6. Mula-mula, picit adunan merah separuh sebagai isi tembikai. Kemudian, picit separuh adunan hijau, tinggalkan sikit line putih di bahagian tengah 7. Adunan hijau gelap dilukis zig zag pada adunan warna hijau cerah sebagai corak kulit tembikai. Buat langkah yang sama dengan apam tembikai kuning.
8. Titik-titikkan adunan hitam di atas adunan warna merah sebagai biji tembikai. Jika ada buih kecil pada permukaan, cucuk dengan pencungkil gigi supaya apam tak berlubang-lubang selepas dikukus.
9. Didihkan air dulu hingga betul-betul panas. Kukus dengan api sederhana kecil selama 10 minit atau hingga masak. Api jangan terlalu kecik ye, nanti apam bantat. Kalau kuat sangat apam akan merekah. 10. Keluarkan apam dari acuan dan sedia dinikmati.
Karipap sedap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Putus selera. Kalau nak tahu cara-cara nak buat kulit karipap yang rangup serta tahan lama, boleh cuba resipi perkongsian Che Kelly Muhamaddi bawah ini.
RESIPI KULIT KARIPAP SEDAP & RANGUP
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum ( empunya resipi guna cap blue key)
1 cawan minyak masak
2 sudu makan marjerin
350ml air
2 sudu makan air rendaman kapur makan ( yang jernih)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak bersama marjerin. Sukatan ini untuk 1 kg tepung. Jika nak buat 2kg, gandakan sahaja bahannya.
2. Kemudian tuangkan ke dalam tepung dan uli menggunakan sudu. Jangan uli dengan tangan kerana tepung sedang panas.
3. Gaul tepung hingga jadi macam ni.
4. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati. Jangan risau jika tepung tidak menjadi licin. Asalkan ia sebati, sudah mencukupi.
5. Setelah siap diuli, masukkan ke dalam plastik sebegini. Tujuannya supaya doh tidak terkena angin. Perap selama 4 jam. Tujuan doh diperap pula adalah supaya ia lembut dan berminyak sedikit.
6. Akhir sekali, doh bolehlah dicanai dan dimasukkan inti. Kelim dengan kemas dan goreng hingga garing.
7. Jika nak buat frozen, cukup sekadar goreng karipap separuh masa. Kemudian bekukan.
RESIPI INTI KENTANG
BAHAN INTI KARIPAP:
1 kg ubi kentang | dipotong dadu, direbus dan di tos airnya
1/2 biji bawang besar | didadu kecil
4 sudu makan serbuk kari
8 sudu makan gula | boleh dikurangkan jika kurang gemar inti karipap yang manis
3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa | boleh abaikan
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari serta sedikit air, gula, garam dan perasa.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang. Kacau hingga kering.
4. Padamkan api dan sejukkan inti. Boleh digunakan untuk menghasilkan karipap.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!