Untitled design - 2019-10-04T153221.444

Berpengalaman sebagai doktor perubatan di beberapa hospital kerajaan selama 19 tahun dan kini Datin DR. Suffia Hany Mohd Amin lebih selesa bergelar doktor estetik anti aging. Menurut beliau klinik estetik ditubuhkan memandangkan tren dan permintaan di mana wanita mahu menambah keyakinan diri . “Pentingnya wanita bila cantik, dia lebih yakin dan tumpukan perhatian terutama rumah tangga dan pekerjaan. Suri rumah juga nak cantik, mahu suami lihat dirinya,” cerita beliau.

Tempoyak Sambal Daun Kayu Air Tangan Datin DR. Suffia
Berkongsi rutin harian, wanita hebat, ini mempunyai cara tersendiri untuk melegakan tekanan dan kepenatan dirasai. Memasak bukan hanya kewajipan malah sebagai terapi diri buat beliau. Akuinya memasak beri kepuasan.

Alangkah baiknya sekiranya anda boleh memasak sendiri meskipun penat! Apa yang penting, khasiat makanan tetap terpelihara kerana kita sendiri yang menetapkan bahan masakan. Memasak sendiri bukan saja dapat menjaga tahap kebersihan, malah kita boleh mengatur dan memilih menu sihat untuk seisi keluarga.

Tempoyak Sambal Daun Kayu Air Tangan Datin DR. Suffia

“Jika tiada apa -apa urusan, saya balik dan memasak. “ Memasak yang simple tidak terlau banyak menu, mungin dua lauk. Ibu mertua juga tinggal bersama saya. Jadi bila balik mama dah masak satu lauk. Bila balik saya masak satu atau dua lauk tambahan. Suami memang suka makan di rumah kecuali kalau ada mesyuarat balik saya tidak memasak,” jelasnya.

Akui beliau, memasak di hujung minggu sudah menjadi kemestian. “ Saya suka masakan yang pedas, suami orang Kuala Pilah. Dia suka masakan yang bercili dan pedas. Manakala saya orang Selangor suka masakan bersambal seperti sambal udang, ikan bilis dan sardin itu memang kegemaran saya. Anak -anak juga sudah biasa dengan masakan sebegini, yang pedas.

Arwah emak yang juga guru masakan banyak dorong beliau untuk memasak. Katanya perempuan walau tinggi mana belajar, kena tahu memasak. Dari darjah satu sudah didedahkan dengan hal di dapur. Bila masuk tingkatan satu emak masukkan saya sekolah untuk pelajari ilmu sains rumah tangga. Semakin mendalam ilmu masakan dipelajari,” ceritanya.

Lebih menyukai masakan lauk pauk melayu berbanding masakan barat. Dalam memasak perlu ada rasa kasih sayang. Bagi beliau persediaan untuk memasak sama seperti mana hendak keluar bekerja, lengkap tidak bersikap cincai. Di samping amalan selawat dan zikir menambah kesedapan pada masakan yang disediakan.

IKLAN

Sudah dibiasakan dengan arwah emak tidak menyimpan pes masakan seperti mana ibu bekerjaya yang lain. Semasa proses memasak, waktu itu juga dibuat semua, tumbuk bawang , kisar cili dan sebagainya. Masakan yang dikongsi beliau ialah masakan Nogori yang jadi kegemaran suami manakala menu sambal jadi kegemarannya. Sambal udang cara beliau di mana sambal dimasak sehingga pecah minyak,hingga cili terasa ringan baru betul masak. Untuk menu sambal udang ini beliau tidak meletak belacan tetapi sebaliknya sambal bilis diletakkan belacan.

Tempoyak Sambal Daun Kayu Air Tangan Datin DR. Suffia
TEMPOYAK SAMBAL DAUN KAYU N.9
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk ubi
8 batang serai
5 helai daun kunyit
10 helai daun pucuk kaduk
15 helai pucuk labu
500gm tempoyak
200gm cili api kampung
4 papan petai
1 inci kunyit hidup
Garam & gula secukup rasa
Santan dari 1 1/2 biji kelapa

Cara memasak:

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan garam dalam lesung hingga lumat, ketepikan.
  2. Hiris serai halus-halus, kemudian tumbuk dalam lesung separuh hancur.Hiris semua sayuran halus-halus.Untuk pucuk ubi pula, bila dah hiris, basuh dan ramas dengan garam kasar, untuk hilangkan lendir dan air hijau daun ni.
  3. Panaskan kuali ,masukkan cili padi kacau dan lepas tu masukkan petai. Kacau dan biar lebih kurang 1 minit.
  4. Masukkan pula santan. Masak sehingga santan hampir masak dan mendidih, baru masukkan sayur – sayuran yang telah dihiris tadi .
  5. Masukkan pula tempoyak dan cili merah yang telah dihiris. Kacau sebati dan masak hingga rasa santan dan tempoyak itu sebati. Dalam masa 5 minit, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

Tempoyak Sambal Daun Kayu Air Tangan Datin DR. Suffia
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan:
1 kg daging salai
4 batang serai
2 biji kelapa
1 ketul lengkuas
Cili padi kampung
1 biji mangga
2 inci kunyit hidup
Cara memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk beserta daging salai dan reneh sebentar sambil digaul dengan sudip
  2. Tuangkan santan ke dalam periuk bersama serai. Sentiasa kacau
  3. Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka.
  4. Apabila mendidih, kacau sehingga rata. Masak di atas api perlahan selama sejam sehingga daging empuk . Sedia untuk dihidang .

Tempoyak Sambal Daun Kayu Air Tangan Datin DR. Suffia
SAMBAL UDANG
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar | dikisar halus
3 ulas bawang putih | dikisar halus
10 tangkai cili kering | direbus & dikisar halus
20 ekor udang | ikut kesesuaian
¼ Gula Melaka
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa

IKLAN

Cara memasak:

  1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, cili kering yang sudah direbus dengan sedikit air
  2. Kemudian masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi. Tumis sambal sehingga masak dan naik minyak. Jangan sampai hangus.
  3. Masukkan air asam jawa (dalam secubit asam jawa). Gaul rata
  4. Kemudian masukkan pula Gula Melaka dan garam secukup rasa
  5. Bila dah masak, masukkan udang ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga udang masak
  6. Kalau nak kuah lebih, tambah air sedikit ke dalam masakan. Garam ,Gula Melaka kena sesuaikan secukup rasa. Gaul dan tunggu hingga masakan sebati.
  7. Boleh angkat dan hidang

Tempoyak Sambal Daun Kayu Air Tangan Datin DR. Suffia

FRESH FRUIT TART

Bahan-bahan :
170g mentega – suhu bilik
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil vanilla
200ml whipping cream – Non Diary putar hingga kental
strawberi/kiwi/blueberi secukupnya

Cara memasak:

IKLAN
  1. Sebatikan mentega dengan gula guna senduk kayu, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
  2. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau biar sebati hingga jadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart biar kemas, cucuk sikit dasar tat dengan garfu.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 13-15 minit atau hingga sedikit perang, sejukkan dulu.
  5. Isi whip cream dan susun buah ikut cita rasa, sedia untuk dihidang.

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Baked Milk Cheese Pudding, Nyaman DiMakan Dingin

Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

Cara Buat Cucur Manis Jagung Yang Sedap & Lembut

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI