Untitled design (22)

Air tangan VIP kali ini mendekati Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Selangor merangkap Ketua Biro Ekonomi Wanita PKR Malaysia. Dalam masa yang sama wanita ayu ini juga adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Namun dalam kesibukan menggalas tiga tanggungjawab ini, Datin Anizan Othman tetap menjadikan aktiviti memasak sebagai rutin hariannya di rumah. RASA sempat menikmati juadah air tangannya yang enak.

Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
.

Tiga juadah sudah dihidangkan adalah Rendang Kerang Semadi, Udang Petai Tempoyak Bonda pencuci mulut Sagu Sayang Bermandi Santan. Wah, hebat sungguh ‘penjenamaan’ semula nama resipi olahan Datin Anizan, puitis juga orangnya.

Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
Untitled design (19).

“Resipi yang saya masak hari ini kesemuanya kesukaan anak-anak yang juga penggemar makanan laut . Sebenarnya semua orang boleh memasak, orang tak pandai masak pun boleh buat. Nak masak ni kena rajin, antara nak dengan tak hendak sahaja. Saya pun taklah pakar sangat dalam bab memasak tetapi kita kena ambil tahu hal memasak ni,” kata ibu kepada empat cahaya mata yang sudah dewasa dan remaja.

Ceritanya lagi arwah ibunya memang pandai memasak. “Arwah taklah mengajar saya secara langsung dan tidak pernah mendesak anak memasak, tetapi ibu gemar menegur jika ada yang terkurang rasa setiap kali menikmati masakan saya. Alhamdulillah, ibu memang suka masakan saya, dia beri kepercayaan penuh dalam bab memasak ini kepada saya, “ujarnya lagi yang baru ‘kehilangan’ ibunya pada tahun lalu.

Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
Di antara petua memasak yang menjadi amalannya ialah bila memasak rendang batang serai hanya diketuk tetapi jika untuk daging serai perlu dikisar. Kerang juga perlu dibasuh sebelum rebus, dan usah basuh selepas mengopek kerana ia menyebabkan kerang hilang manisnya. Bagi udang masak tempoyak pula Datin Anizan lebih suka menggoreng petai sebentar sebelum dimasukkan dalam masakan untuk menghilangkan rasa pahitnya.

IKLAN

Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
Bagi isteri kepada ahli perniagaan Dato Rosdin Datuk Mohd Yusof, 54 tahun ini beliau sentiasa mementingkan selera suami dan anak-anak apabila memasak. Air tangan isteri dan ibu itu juga mungkin antara penguat kasih sayang yang menceriakan keluarga bahagia ini.

Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
RENDANG KERANG SEMADI

Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
BAHAN-BAHAN :

  • 2kg kerang | direbus, kopek dan ambil isi
  • 1 biji kelapa | dibuat santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 helai daun kunyit | diracik halus
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 batang serai | diketuk
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa

Bahan kisar :

IKLAN
  • 3 sudu makan cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1. 3sm halia
  • 1.3 sm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar, bila pecah minyak masukkan kicap manis
  2. Masukkan air asam jawa.
  3. Masukkan kerisik, santan dan serai.
  4. Bila santan hampir kering masukkan kerang dan garam secukup rasa
  5. Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut.

UDANG PETAI TEMPOYAK BONDA


Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda
.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1kg udang saiz sederhana
  • 3 papan petai dibuang kulit | digoreng separuh masak
  • ½ cawan tempoyak
  • ½ cawan santan
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 helai daun kunyit | diracik
  • ½ sudu gula
  • Garam secukup rasa

Bahan tumbuk :

  • 1.3sm kunyit hidup
  • 1.3sm halia
  • 10 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah

CARA MEMASAK :

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan semua bahan tumbuk
  2. Masukkan air, santan dan tempoyak
  3. Bila pecah minyak dan sedikit kering masukkan gula dan petai
  4. Kemudian masukkan udang, garam dan daun kunyit

SAGU SAYANG BERMANDI SANTAN


Datin Anizan Othman, Arif Masak Rendang Kerang Semadi dan Udang Petai Tempoyak Bonda

 

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm sagu mata ikan
  • Sedikit Pewarna merah
  • Santan pekat secukupnya
  • Secubit garam
  • 3 ketul gula Melaka

CARA MEMASAK :

  1. Sagu dibasuh bersih, kemudian direbus di atas api sederhana.
  2. Masukkan pewarna merah
  3. Didihkan gula melaka dengan setengah cawan air, kemudian masukkan daun pandan.
  4. Masukkan santan pekat dan secubit garam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI