
Tempe sememangnya makanan berkhasiat tinggi dan cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Ia menjadi sumber probiotik semula jadi selain kaya dengan kandungan kalsium dan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain dimasukkan dalam pelbagai jenis masakan, tempe juga sangat sedap apabila digoreng rangup bersama rempah ratus dan dimakan bersama sambal kicap.
Rupanya ada satu rahsia untuk menjadikan tempe goreng berempah lebih sedap dan beraroma, iaitu dengan mengisar sekali bawang putih bersama bahan rempah. Hasilnya memang lebih wangi, rasa rempah lebih sebati dan tempe jadi makin sedap dimakan panas-panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Chinta Eyja ini.
Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup Dan Sedap
Saya nak share resepi tempe goreng berempah resepi daripada mak saya yang tercinta.
Bahan-Bahan
- Ketumbar
- Jintan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air
*Bahan-bahan ikut sukatan berapa banyak tempe yang digunakan.

Cara Membuat Tempe Goreng Berempah:
- Kisar halus ketumbar, bawang putih dan jintan manis. Jika suka, boleh juga ditumbuk secara manual.
- Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam. Kacau hingga sebati.

3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair supaya salutan melekat elok pada tempe.
4.Masukkan tempe yang telah dipotong nipis ke dalam bancuhan rempah. Perapkan seketika supaya semua rasa meresap sempurna.

5. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana.

6. Apabila tempe goreng berempah sudah kekuningan dan garing, bolehlah diangkat serta ditoskan minyaknya.

7. Siap dihidangkan. Memang sedap dimakan bersama sambal kicap atau dijadikan lauk makan dengan nasi panas.

Rahsia Tempe Goreng Berempah Lebih Wangi Dan Rangup
Ramai yang hanya menggunakan serbuk rempah biasa, tetapi bawang putih yang dikisar bersama ketumbar dan jintan manis sebenarnya menaikkan aroma masakan dengan lebih padu. Ia juga membuatkan rasa rempah lebih sebati pada setiap kepingan tempe.
Anda mungkin berminat dengan
Selain itu, penggunaan api sederhana ketika menggoreng sangat penting supaya bahagian luar garing sekata tanpa cepat hangus. Tempe juga disarankan dipotong nipis supaya hasil gorengan lebih rangup dan sedap dimakan.
Kalau suka rasa lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk cili ke dalam bancuhan tepung. Memang bertambah sedap terutama jika dicicah dengan sambal kicap pedas.
Rasa tempe goreng berempah yang panas-panas dan rangup memang cukup membuka selera. Tak hairanlah ramai yang suka menjadikannya kudapan petang atau lauk sampingan ketika makan tengah hari.
Rupanya nak buat tempe goreng berempah lebih sedap memang kena kisar sekali bawang putih bersama bahan rempah. Memang padu rasa dia dan wajib cuba di rumah.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

