Telur puyuh walaupun kecil tapi sedap dan kaya dengan khasiat. Kepada pengemar telur puyuh, hari RASA kongsikan 1 menu ringkas menggunakan telur puyuh yang sangat sedap dan boleh dipadankan dengan nasi putih, nasi lemak, roti mahupun roti canai. Orang bujang boleh cuba ni kerana resipi disertakan dengan DIY cara membuatnya sekali.
TELUR PUYUH MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
Ads
20 biji telur puyuh|direbus dan buang kulit
2 keping nanas dalam tin| didadu kecil
Sedikit cili benggala |didadu kecil
2 sudu makan pes cili merah
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang besar|dicincang halus
2 ulas bawang putih|diincang halus
2cm halia muda |dicincang halus
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Ads
Ads
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia cincang hingga wangi.Masukkan pes cili merah, kacau hingga pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos cili dan sos tomatoLengkapkan rasa dengan garam dan gulu secukupnya.
Masukkan telur puyuh dan gaul rata.
Diikuti dengan nanas dan cili benggala telah didadu kecil, gaul rata. Angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya. Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.
Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit
Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa
Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa
Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air
Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa
Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMBUATNYA : 1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan. 2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata. 3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata. 4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Pecal Lele Lemak Daun Cekur antara menu kuah yang cukup membuka selera. Tak perlu banyak lauk pun, sudah berselera makan. Nak lagi sedap boleh ‘pasangkan’ dengan sambal belacan. Bagi mereka yang teringin hendak mencuba memasak sendiri Pecal Lele Lemak Daun Cekur, jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
RESIPI PECAL LELE LEMAK DAUN CEKUR
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan keli (siap digoreng) 5 tangkai cili padi –BELI ONLINE 4 ulas bawang putih –BELI ONLINE 5 inci akar cekur 1 helai daun cekur 1 inci kunyit 200ml santan Asam jawa/keping –BELI ONLINE Gula dan garam secukup rasa Belacan –BELI ONLINE
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kasar ke semua bahan-bahan ini (rujuk gambar)
2. Kemudian goreng bahan-bahan ini tadi.
3. Selepas digoreng, kisar bahan goreng tadi dengan akar cekur dan sedikit kunyit.
4. Masukkan air 200ml dan kisar dan kisar bersama belacan.
5. Selepas dikisar, tuang ke dalam kuali dan nyalakan api. Reneh sebentar.
6. Masukkan santan.
7. Masukkan asam, garam, gula mengikut cita rasa masing-masing.
8. Sementara itu, kita racik daun cekur.
9. Masukkan daun cekur yang diracik ke dalam kuali.
10.Boleh juga letak daun limau purut jika suka.
11. Ikan keli yang telah siap digoreng.
12. Masukkan ikan keli dalam kuah yang dimasak tadi. Gaulkan hingga sebati. Siap!
Selain umbut kelapa, umbut pisang Benggala pun sedap jika dibuat kari. Resipi Gulai Kawah Umbut Pisang Benggala ini antara pilihan versi kari yang diminati ramai. Tambah sedap bila guna rempah kari timbang. Kalau nak cuba menu yang sedikit berlainan daripada biasa, apa kata cuba masak Gulai Kawah Umbut Pisang Benggala ikut resipi yang dikongsikan oleh NonaEmas Nona Gold
RESIPI GULAI KAWAH DAGING DENGAN UMBUT PISANG BENGGALA
Setengah liter santan pekat Air secukupnya 5 sudu serbuk kari (rempah kari timbang) Lengkuas (ketuk) –BELI ONLINE 2 keping asam keping –BELI ONLINE Kulit kayu manis Bunga lawang Bunga cengkih –BELI ONLINE
BAHAN UTAMA
1/2 kg daging setengah kilo 2 batang umbut pisang benggala Minyak untuk menumis
1. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Tumiskan sekejap.
2. Masukkan bahan A, tumis hingga naik bau.
3. Masukkah rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan diikuti dengan umbut pisang. Umbut lambat empuk jadi perlu letak lebih awal.
5. Masukkan asam keping dan lengkuas diikuti santan.
6. Tutup periuk supaya cepat empuk. Biarkan mendidih dengan api perlahan.
7. Agak-agak hendak masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga umbut pisang empuk.Sajikan.
Pesamah Daging antara lauk kenduri kahwin utara yang cukup popular dulu-dulu. Cuba resipi asli dengan kuah pekat, rempah wangi dan daging lembut yang sangat menyelerakan.