
Salah satu makanan Thai street food yang sukar didapati di Malaysia dan lebih sukar jika majoriti penjual adalah dari bangsa asing yang menggunakan bahan tidak halal. Resipi ini dikongsikan oleh Zetty Riam untuk kamu cuba sendiri, pasti sedap!
RESIPI KANOM TOKYO
BAHAN UNTUK DOH
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu teh garam
*ayak bersama semua di atas-ketepikan - 1/2 cawan susu cair
- 1 sudu makan gula
- 2 biji telur
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan gula hingga kembang
- Masukan tepung diselang seli dgn susu. Gaul rata
- Rehatkan adunan dlm setengah jam
BAHAN INTI:
- Sos seasoning -maggi
- sos cili -mana2 pun boleh – sy guna sos cili api
- serbuk lada sulah
- telur puyuh atau telur ayam-optional
- sausage @ isi ayam yg dah digoreng bersama sedikit kicap cair dan bawang putih
*untuk inti manis boleh guna kaya/kastard
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali non-stick
- Ambik satu sudu makan doh – ratakan macam buat lempeng
*utk ekok dia -isi sedikit adunan dlm piping beg- lorek kan kat hujung adunan - Bila doh hampir masak letak inti dan semua sos2 sedikit sahaja
dah nampak garing kqt tepi terus gulung
Kredit resipi: Zetty Riam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak

Buat mereka yang sukakan masakan daging, boleh cuba seleksi resipi daging yang dikongsikan ini.
Pelbagai jenis cara masakan berasaskan daging yang mudah dimasak buat hidangan sekeluarga.
UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar – beli online di sini
3 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik – beli online di sini
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong dan bersihkan
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia
1 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah daging
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
2. Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
3. Masukkan daging dan sedikit air lagi Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF: Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | disalai
1 mangkuk santan
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 biji mangga muda | dihiris
Garam dan gula secukupnya
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
2. Setelah mendidih, masukkan mangga muda. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dinikmati. Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata. Angkat dan sedia dinikmati.
3. Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini tidak perlu ditumis.
RENDANG DAGING & HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
300gm hati
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
3. Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
2. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dihidangkan.
5. Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
RENDANG DAGING MADURA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
3 sudu makan cili kering kisar
2 batang serai | dikisar
7 sudu kicap manis
1 biji bawang besar | dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi.
2. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati.
3. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar.
4. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati. Rendang ini tidak menggunakan santan.
PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
2. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati.
4. Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
1 biji bawang besar | potong dadu
1 biji limau nipis | perah air
5 biji cili padi | dipotong kecil
1 biji buah tomato | potong dadu
1 sudu makan kerisik
1 helai daun limau purut | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit air suam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.
4. Boleh tambah lebih potongan cili padi jika mahu lebih pedas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Phad Thai Udang Mudah Untuk Sajian Makan Malam.

Pad Thai sangat popular di kalangan penjual-penjual makanan jalanan di Thailand. Pergilah kemana sahaja ceruk negara gajah putih, pasti anda boleh mendapatkan hidangan ini dengan mudah. Pad Thai ni sangat ringkas penyediaannya dan dilengkapi dengan pelbagai ramuan menjadikan ia antara makanan wajib cuba jika berkunjung ke sana.
PHAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian toskan – boleh ganti dengan kuetiau halus char kuetiau
- 1 batang fish cake | hiris memanjang
- 100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
- 2 biji telur
- 50gm tauge
- 50gm daun kucai
- 4 tangkai cili padi | hiris
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 ulas bawang merah | cincang halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 1 sudu makan kicap
- 1 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
- Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
- Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
- Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
- Seterusnya masukkan pula fish cakedan udang.
- Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
- Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
- Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.
Sedap & Mudah, Hanya 5 Minit Untuk Masak Mee Rebus Terengganu Ini

Sedapnya kalau dapat makan mee rebus Terengganu petang ini. Penggemar mee rebus Terengganu, bolehlah cuba resipi istimewa ini.
Menu mee rebus ini sesuai untuk semua peringkat umur. Resipi yang dikongsi Umi Watie ini senang je untuk dimasak.
MEE REBUS TERENGGANU STAIL
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
Isi ayam/daging/sotong/udang
2 liter air
1 bungkus mee kuning
Lobak merah – beli online di sini
Fish ball/fish cake
Telur
Tomato | dibelah 4
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Tumiskan bawang putih dan halia. Saya kisar halus semua bahan ni.
2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan isi ayam dan daging. Kalau suka udang ke sotong ke boleh je bubuh. Semua pun sedap.
3. Masukkan air secukupnya. Saya bubuh air 2 liter untuk sebungkus mee kuning tu. Kalau suka kuah lebih boleh bubuh lebih ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Masukkan lobak merah, kalau tak ada tak pe. Saya masukkan juga sawi. Senang masak mee sup ni. Semua bahan boleh lebur saja.
5. Masukkan fish ball dan fish cake. Bila kuah dah menggelegak ganas, bubuh mee kuning yang dah dicuci dahulu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Barulah lebih ummmmph. Kacaukan rata semua bahan.
7. Masukkan telur ayam ikut berapa orang nak makan. Mana yang tak nak telur kita tak payah bubuh.
8. Akhir sekali, masukkan tomato. Agak tengok telur kita tadi dah keras molek. Matikan api. Dah siap, saya hidangkan dengan chili oil dan garlic oil.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah Muffin Pisang Gebu, Lagi Sedap Letak Kacang Walnut
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: