Kali ini RASA ingin berikan resipi telur dadar bayam. Resipi ini sangat ringkas namun sebenarnya sangat menyelerakan.
Sesuai untuk dimakan begitu sahaja namun boleh juga dijadikan sebagai lauk untuk dimakan dengan nasi.
Resipi ini dikongsikan oleh David Junior di facebook group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya.
Ads
TELUR DADAR BAYAM
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air
4 biji telur ayam
1 ulas bawang putih
1 daun bawang
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil bouillon cendawan
1 genggam besar daun bayam
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 sudu kecil sos cili
1 sudu besar sos tiram
CARA MEMBUAT
1. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung jagung dan air, kacau hingga larut kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk, pukul hingga sebati.
2. Bawang putih dicencang kasar. Daun bawang dipotong pendek 1 cm. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi cecair telur tadi.
3. Masukkan lada hitam, bouillon cendawan dan gaul rata.
4. Masukkan segenggam bayam, gaul rata bersama adunan telur ayam tadi.
5. Untuk sos, sediakan mangkuk. Campur sos tomato, kicap, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
6. Dengan api sederhana, panaskan minyak masak. Masukkan adunan telur bayam, leperkan bayam dan masak sehingga bahagian bawah berwarna golden brown.
7. Kemudian terbalikkan untuk masak bahagian atas. Masak lebih kurang 30 saat sahaja supaya bayam masih hijau.
8. Balikkan semula kemudian lipat telur dadar bayam. Pindahkan ke dalam pinggan. Potong menjadi beberapa bahagian.
9. Panaskan kuali. Masak sos lebih kurang 30 saat kemudian sudukan ke atas telur dadar bayam. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Sedapnya!
Boleh juga tonton video di Youtube untuk menonton sendiri cara memasak dengan lebih jelas. (Klik Sini)
Telur masin homemade. Buat sendiri lagi puas hati. Apatah lagi sekarang harga telur btermasuk twelur masin bukan murah ye. Tambahan pula, terjamin kebersihannya.
Telur masin memang laku lebih-lebih lagi pada bulan puasa yang bakal menjelang tiba. Ia adalah salah satu makanan pembuka selera terutama waktu bersahur. Betul tak?
Senang saja nak membuatnya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sabariah Bahasar ini ye.
Tauhu telur ni kalau dimasukkan dalam sayur campur atau sup sayur memang enak rasanya. Pastikan jika beli tauhu telur ada loga halal di paketnya. Jangan tersilap ambil pula. Nak mudah jom buat sendiri tauhu telur. Ikut langkah berikut confirm berjaya.
TAUHU TELUR HOMEMADE
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1.Pecahkan telur.
2.Masukkan garam.
3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)
4.Kacau sebati semua bahan.
5.Tapis supaya tiada bubble.
6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.
7.Ikat kemas-kemas.
8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.
9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.
10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.
Selalunya kalau waktu sahur masakan yang dihidangkan mestilah yang mudah dan sedap dimakan. Apa kata cuba resipi yang Azzaliza kongsikan ni, serunding telur pedas nampak menarik dan menyelerakan!
Kalau ada sambal belacan lebih tu jangan dibuang. Kalau dulu rumah saya wajib ada sambal belacan tiap kali makan tapi ayah, dia nak sambal belacan yg fresh. So saya kumpul sambal belacan tu buat serunding telur. Makan dengan nasik panas buat pedas-pedas perghhhhh lawan plak ngn ikan masin memang terbaik la. Selain buat lauk sahur, makan dengan roti, moi/bubur nasi pun sedap. –Azzaliza
RESIPI SERUNDING TELUR PEDAS
Bahan-bahan:
Cili merah
Cili api -lagi pedas lagi sedap
Belacan
Garam sikit
Gula sikit
* semua tumbuk lagi sedap. Sbb nk kurangkan air masa menumis
Bawang besar 2 biji potong dadu
5 ulas bawang putih cincang
Sos tiram 1 sudu besar
Asam jawa paste 1 sudu kecik or bleh ganti ngn lemon juice
Telur 3-5biji
Cara memasak:
Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dengan 1 senduk minyak. Pakai minyak banyak sikit nanti telur tak garing.
Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing. Kalau kisar jangan guna air banyak, lepas tu tak perlu tambah air.
Masukkan sos tiram dan asam jawa kacau sebati kemuadian pecahkan telur. Goreng sampai telur tu garing dan keluar minyak.
Jika nak kurangkan minyak lepas masak dah siap masak letak atas kitchen towel/ tisu. Siap !
Nota: Kalau tak makan belacan boleh tukar letak ikan bilis tumbuk atau udang kering tumbuk tapi jangan letak banyak sebab akan menghilangkan rasa telur. Saya pernah improvise resipi asal ni letak kentang potong dadu dan tambah lada hitam bagi lagi pedas menyengat pun sedap jugak!
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...