Ada yang suka popia gulung serunding. Kalau raya biasanya tak cukup sebalang, mesti kena beli lebih. Sekali makan memang susah nak berhenti. Harga pun boleh tahan mahal. Jadi apa kata membuatnya sendiri. Lagi puas makan. Mudah saja caranya cuma semasa nak menggulung ni, perlu teliti. Jika nak mencuba boleh ikut resepi Hasifah Che Mat ada berkongsikan cara mudah dan cepat untuk menggulungnya.
Popia Gulung
Bahan-bahan:
1 peket popia 40pcs (jenama KG/ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
250gm sambal ikan / serunding ikan
Air biasa – untuk melekatkan popia
Cara membuat:
Ads
Popia dipotong empat, kemudian potong segitiga.
Susun dari atas ke bawah.
Letakkan sambal ikan secukupnya. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.
Tip untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan ia melekat kuat.
Ads
Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.
4.Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan.
5.Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.
Ni dia resipi Bubble Rice Choco Bar yang mudah betul membuatnya. Boleh tambahkan koleksi biskut raya anda. Gandingan coklat dengan bertih beras atau bubble rice ni memang padu sangat.
Walau bahannya ringkas, tapi rasanya rangup dan sedap
BUBBLE RICE CHOCO BAR
BAHAN BAHAN:
500 gm coklat masakan (boleh guna milk compound)
25 ml minyak masak *opsyen nak letak atau tidak
Bubble rice secukupnya *boleh juga letak kismis/kekacang
CARA MEMASAK :
Bakar dalam oven bubble rice pada suhu 120°c selama 10 min lebih kurang/sehingga rangup,ketepikan
Double boil coklat masakan sehingga cair sepenuhnya, masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati…
Masukkan sedikit coklat ke dalam mould/acuan cetak
Taburkan bubble rice ke atasnya. Jangangn tekan..
Tuangkan ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan, hentak-hentak sedikit acuan untuk diratakan.
*pastikan choklat suam-suam kuku sebelum tuang ke atas bubble rice untuk elakkan daripada lemau
Boleh simpan boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika, Dah sejuk/beku boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan
* Letak minyak masak sikit, jadi nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras.
Keju mozarella adalah antara keju yang biasa digunakan dalam penghasilan pizza, roti, murtabak , roti nan dan banyak lagi. Semuanya memang sedap dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Namun keju mozarella ni harganya agak mahal.
Oleh itu RASA nak kongsikan cara paling mudah untuk menghasilkan keju mozarella yang sedap secara homemade. Hasilnya sama seperti keju yang dibeli di kedai. Jom cuba.
CARA BUAT KEJU MOZARELLA MUDAH GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
300ml susu penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
CARA MEMASAK:
1. Campurkan susu dengan tepung ubi. Kacau rata di dalam periuk.
2. Panaskan di atas api sekecil mungkin sambil dikacau menggunakan pemukul tangan @ whisk untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
3. Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus dikacau supaya adunan tidak bergentel.
4. Terus sahaja mengacau adunan hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit). Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Kemudian tuang adunan keju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer.
6. Bila keju sudah keras, keluarkan dan potong ikut saiz yang anda suka. Keju ini boleh terus digunakan dalam masakan seperti lasagna atau pizza.