Selalu bila makan atau beli pisang goreng kita akan kutip sekali serdaknya untuk dinikmati sekali supaya terasa ranggupnya. Inilah yang menambah keenakan pisang goreng.
Cuma jika menggunakan teknik menggoreng pisang yang dikongsi kali ini, kita tak perlu lagi mengutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup. Sambil makan memang krup-krap bunyinya.
Teknik bancuh tepung supaya pisang goreng rangup krup krap
Bahan-bahan
Pisang – dibuang kulit dan dibelah (jenis pisang ikut citarasa)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Bes minuman jagung/Serbuk kunyit
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati.
2. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair biar sedang-sedang saja supaya tepung bersalut elok dengan pisang.
3. Langkah menggoreng pisang ini berbeza sedikit untuk menghasilkan serdak yang melekat pada goreng pisang. Caranya panaskan minyak, ambil sedikit bancuhan tepung dan masukkan dalam gelas kemudian tambah sedikit air supaya cair sikit. Kemudian curahkan dalam minyak panas tadi. Ia akan membentuk serdak rangup yang halus.
4. Kemudian ambil pisang yang dicelupkan tepung dan letak atas serdak yang terbentuk. Biarkan garing.
5. Terbalikkan pisang tadi. Goreng hingga garing.
5. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi dan foto : Nur Masri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI