Dapat nikmati tauhu bergedil ni pun dah mengenyangkan. Apa taknya, penuh isi di dalamnya. Tauhu bergedil ni makan panas-panas pun sedap. Rangup di luar lembut di dalam, nyum nyum rasanya.
Kalau di rumah ada anak-anak atau anda sendiri yang suka mengunyah makan jajan, elok sediakan siap-siap.
Paling mudah buat adalah popcorn caramel. Nak nampak lagi menarik letak warna. Caranya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Cik Hayfa Zhufairah
Buat sendiri popcorn caramel
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bertih jagung
Minyak masak
Gula
Butter
Pewarna masakan
Sebelum masak pastikan pilih bertih jagung yang elok, bertih yang kempis asingkan atau buang. Bertih jagung ini ada jual di supermarket.
1. Letak minyak dalam periuk atau kuali besar. Kalau baru nak cuba, letak sikit dulu.
Tutup periuk. Sambil itu akan dengar bunyi pop dari bertih jagung menandakan ia sedang masak. Biarkan bertih masak sepenuhnya, tunggu sampai bunyi tadi hilang.
2. Dah menjadi popcorn kita
3. Untuk buat karamel, dalam kuali satukan mentega, gula dan pewarna. Kacau sentiasa guna api sederhana.
Boleh juga guna marjerin, warna terpulang ikut cita rasa. Seeloknya guna kuali besar supaya senang nak kacau tak tumpah.
4. Bila mentega, gula dah cair, masukkan pop corn tadi. Gaul rata. Siap.
Sebungkus bertih jagung dapat 3 talam pop corn. Banyak kan. Puas hati buat sendiri.
6. Biarkan sejuk, karamel akan keras sejuk kemudian masuk dalam bekas kedap udara.
Takoyaki,street food dari Jepun yang diperbuat daripada bancuhan tepung dan dimasak bersama kubis cincang serta berintikan sosej, hirisan sotong, udang atau ketam. Dihidangkan bersama mayones dan bonito flakes menjadikan hidangan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Jika dulu hidangan ini boleh diperolehi di restoran atau pasaraya tertentu, namun kini di pasar malam pun ada yang jual Takoyaki ni. Teringin nak masak sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Abdullah. Pakai acuan Kuih Cara je.
6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat ( jika pakai acuan takoyaki) atau bujur ( jika pakai acuan cara).
7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!