Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Tempoyak memang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi yang boleh kita buat menggunakan tempoyak. Biarpun gulai tempoyak paling popular tetapi sambal tempoyak ikan bilis tetap mendapat sambutan. Sebagai memberi variasi hidangan anda, apa kata sesekali cuba resipi ala Sarawak ini pula.
BAHAN-BAHAN:
300gm isi tempoyak
100gm pusuk
2 biji cili merah dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 batang tepus
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Goreng pusuk sehingga garing. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga garing.
3. Kemudian masukkan tempoyak. Kacau hingga likat.
4. Perisakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
5. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama ulam tepus.
Info chef: Pusuk juga dikenali sebagai ikan bilis manakala tepus merupakan ulam-ulaman yang terkenal di Sabah dan Sarawak.
Colek cili memang sedap jika di nikmati bersama-sama menu bergoreng seperti keropok, kerang bakar, sotong goreng dan pelbagai lagi. Jika inginkan lebih penambah perisa, pastikan buat colek cili boh ni, gerenti sekejap sahaja licin. Hidang waktu berkumpul rumah terbuka memang sesuai.
RESIPI COLEK CILI BOH
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMASAK:
Masukkan 700 ml air kosong dalam periuk.
Jenama cili boh yang diguna.
Tambahkan 5 1/2 senduk cili boh. ( saiz senduk seperti dalam gambar)
Masukkan pula – 2 senduk gula Melaka hancur – 9 senduk gula putih – 1/2 sudu kecil garam * segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. * Sebetulnya kuah colek akan menyerlah rasa manis.
Tambahkan 1 senduk asam jawa. Juga 1 sudu besar cuka.
Seterusnya reneh kuah colek dalam api perlahan. Biarkan sehingga kuah memekat kira-kira 1 jam. * terpulang kepada kepekatan yang diingini
Kuah colek yang siap memekat.
Sejukkan kuah colek sebelum dihidangkan.
Hidangkan bersama pilihan aneka bahan colek:
– paru goreng
(rebus paru bersama sedikit garam dan asam keping.Kemudian hiris nipis. Goreng sehingga paru rangup)
– Perut lembu
(rebus bersama sedikit garam. Kemudian hiris nipis)
– Keropok lekor
– Keropok keping
– Kerang
(rebus bersama sedikit garam, 2 ulas bawang putih & sebatang serai yang diketuk)
– Popia
– Salad, timun, taugeh celur
Stok colek yang disejukkan perlu dimasukkan dalam bekas bertutup rapat. Masukkan dalam peti ais untuk kesegaran yang lebih lama. Selamat mencuba!
Betul-betul kaww!
Tabur colek bersama kacang tumbuk dan bijan yang telah disangai.
Penggunaan kacang membantu menaikkan lagi kesedapannya.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...