Bagi penggemar sajian masakan panas ala warung Siam seperti Bihun Tomyam, resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi pastinya perlu anda cuba. Sangat mudah dan enak. Malah ada bahan rahsia yang membuatkan kuah jadi lebih pekat berperisa. Sangat berbaloi cuba masak untuk keluarga tercinta. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUAH BIHUN TOMYAM ALA SIAM PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN A: 1 ketul isi ayam – potong kecil 2-3 ekor sotong – hiris 6-7 ekor udang Bebola ikan secukupnya
BAHAN-BAHAN B: 3 helai daun limau purut 4 tangkai cili padi 1 biji bawang besar Holland 4 ulas bawang putih 1 keratan batang daun ketumbar 3 hiris nipis lengkuas i inci halia – diketuk) 2 batang serai – dihiris pendek & diketuk hujungnya 1 biji tomato Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN D: 3 gelas air Aneka sayur pilihan (bunga kubis, lobak merah, saderi.ikut cita rasa) 1 senduk sos cili – beli online disini 1 biji jus limau nipis Garam & gula secukup rasa Daun limau purut secukupnya Cili padi secukupnya Bihun – dicelur
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan B yang lain kecuali tomato. Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan ke dalam kuah. Ia adalah rahsia untuk memekatkan kuah. 2. Sediakan pes campuran menggunakan bahan-bahan C. Ia bertujuan selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap. 3. Masukkan kesemua pes tadi ke dalam periuk. Kacau dan biarkan seketika.
4. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika. Biarkan ayam separuh masak. 5. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. 6. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan jus limau nipis. Tak suka masam, kurangkan.
7. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, masukkan garam dan gula. Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak. 8. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball. 9. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
10. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik. 11. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Nasi ayam claypot ini memang menjadi kegemaran ramai. Nak masak menu ni ramuannya simple tetapi memang sedap menikmatinya. Bolehlah buat untuk anak-anak, pasti mereka suka. Sesiapa yang suka pedas boleh makan
dengan sos thai.
NASI AYAM CLAYPOT
Bahan-bahan nasi:
1 tin susu beras
2 tin susu air
1 kiub pati ayam
Bahan-bahan ayam kicap:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih**
2 inci halia**
4 biji cili kering- potong-potong
5 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
Sedikit air
8 kuntum cendawan shitake kering (rendam bagi lembut)
Garam dan sedikit gula
Daun bawang dipotong-potong
Cara masak nasi:
Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot. Masak hingga nasi separuh masak.
Cara masak ayam kicap:
1. Tumbuk bahan ** dan tumis bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula.Kacau rata. Tutup api.
3. Bila nasi dah separuh masak, letak ayam cendawan kicap tadi atas nasi, rata-rata.
4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
5. Masa nak hidang letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (saya tak letak) hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.Sedap berbaloi cuba.
Resepi Oleh: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman webRASA:
Apalah ertinya makan nasi ayam penyet kalau tiada sambal. Semua sedia maklum sambal ayat penyet memang sedap dan menjadikan selera makan semakin memuaskan. Apabila makan di restoran yang menyediakan menu ayam penyet, selain ayam goreng yang sedap tu, sambalnya turut menarikperhatian. Nak tahu macam mana buat sambal ayam penyet tu? Jom RASA kongsikan resipi daripada Pn Nj melalui telegram chanel Kaki Makan.
SAMBAL AYAM PENYET
sambal ayam penyet fb.
BAHAN-BAHAN
30 biji cili padi merah (digoreng)
12 biji cili merah 12 (dipotong dan digoreng)
4 biji tomato (dipotong 4 dan digoreng)
5 labu bawang merah (digoreng)
5 ulas bawang putih (digoreng)
1 inci belacan 1 (dibakar)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk semua bahan dan masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Kacau sampai masak.
INFO
Sambal ni boleh tahan 3 hingga 4 hari tanpa simpan dalam peti sejuk. Kalau simpan dalam bahagian chiller 3 hingga 4 minggu pun masih okay. Korang cuma perlu pastikan, tumis cilinya sehingga betul-betul masak.
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar perkongsian saudari Munira Ali ni. Istimewanya resipi ini ada hanya perlu bakar menggunakan Air Fryer sahaja. Barulah rempah di dalam ikan tidak keluar dan dapur pun tidak berminyak. Tapi jika tiada Air Fryer, boleh bakar menggunakan ketuhar atau digoreng sahaja. Semuanya sedap. Cubalah. Anda pasti puas hati dengan rasanya.
RESIPI CENCARU SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN: 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana 1½ biji bawang besar – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 tangkai cili merah besar 4-5 biji cili api – lebihkan jika suka pedas Sedikit belacan – beli online disini Serbuk Cukup rasa secukupnya Asam jawa secukupnya – beli online disini 1 sudu gula
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar kecuali asam jawa. Masukkan sedikit sahaja air supaya blender boleh mengisar. Kisar kasar. Lebih sedap jika ditumbuk. 2. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan kisar tadi seketika supaya sambal sedikit masak. 3. Bila sambal sudah sempurna, padamkan api dan sumbat ke dalam ikan dengan secukupnya.
4. Masukkan ikan ke dalam air fryer. Sembur sedikit minyak supaya ikan tidak terlalu kering.
5. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Kemudian terbalikkan. Masak lagi selama 15 minit. Jika suka garing, boleh lebihkan masa membakar selama 5 minit lagi. 6. Angkat dan nikmati Ikan Cencaru Sumbat Bakar bersama air asam.
Nak buat aiskrim homemade lembut, halus dan murah? Ini resipi viral dengan 5 bahan ringkas yang rasanya setanding jenama mahal. Mudah, cepat dan confirm menjadi!