Takoyaki,street food dari Jepun ni senang je masak secara homemade menggunakan acuan Kuih Cara. Snek ini diperbuat daripada bancuhan tepung dan dimasak bersama kubis cincang serta berintikan sosej, hirisan sotong, udang atau ketam. Dihidangkan bersama mayones dan bonito flakes menjadikan hidangan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Jika dulu hidangan ini boleh diperolehi di restoran atau pasaraya tertentu, namun kini di pasar malam pun ada yang jual Takoyaki ni. Teringin nak masak sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Abdullah.
6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat ( jika pakai acuan takoyaki) atau bujur ( jika pakai acuan cara).
7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.
Petang-petang kalau tak tahu nak buat kuih apa, tak ada idea, kamu boleh lah cuba resipi dari utara ni. Cucuq atau Cucur Balak ia lebih kurang macam cucur udang cuma cara masaknya sahaja yang berbeza. Ikut suka jika nak masukkan kucai dan taugeh pun boleh, sedap dimakan bersama kuah kacang atau sambal,. Jika anak tak suka makan sayur gantikan dengan sosej mesti laju jer makan. Mak-mak mesti cuba!
RESIPI CUCUQ BALAK
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Telor sebiji
Serbuk kunyit
Garam @ perasa ikut suka.
Daun kucai
Cara-Cara:
Semua bahan di blend..bancuhan agak2 jgn terlalu cair atau pekat.mcm nk buat roti jala bancuhannya
Kemudian dilenggang dan digulung..barulah digoreng sehingga garing.
Dah siap!
Siap digulung…tunggu nak goreng je.Siap digoreng, kemudian toskan minyak nyerSiap!
1.Kisarkan bahan yang bertanda * sehingga sebati dan hancur.
2.Kemudian, masukkan lobak merah, bawang hollanda dan daun sup ke dalam adunan yang sudah dikisar tadi. Kacau rata.
3. Masukkan garam, serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam, kiub pati ayam. Kacau lagi sekali hingga sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil ataupun boleh gunakan acuan kuih lompang. Kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit. Hidangkan bersama sambal kicap.
1.Goreng dahulu sekejap sampai kulit cili nampak garing. 2. Kemudian, tumbuk halus bawang dan cili sehingga halus. Masukkan gula, kicap, sos ikan atau jus limau. Siap untuk dihidangkan.
Pizza antara snek kegemaran kanak-kanak. Jika anak anda gemarkan hidangan ini, bolehlah cuba hasilkan sendiri di rumah menggunakan resipi pizza homemade sedap perkongsian saudari Murni Rahmat ni. Bahan-bahannya sangat mudah malah cara memasaknya juga sangat sempoi. Guna kuali non-stick (tahan lekat) dan masak atas dapur gas je. Tak perlu ketuhar pun! Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PIZA HOMEMADE TANPA KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 paket mauripan
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan gula
Secubit garam
BAHAN INTI ( TOPPING):
Sos pasta tradisional – apa-apa jenama
Sedikit bawang putih
Sedikit hirisan bawang holland
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan sosej, isi ayam, cendawan butang, hirisan nanas, tomato, keju atau aneka makanan laut
( boleh pelbagaikan ikut citarasa)
CARA MEMASAK:
1. Sediakan inti terlebih dahulu. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan hirisan sosej, ayam dan cendawan.
2. Tumis sampai masak dan perasakan dengan garam serta lada hitam. Ketepikan.
3. Untuk doh, ambil 1 cawan air, tuang mauripan dan masukkan secubit gula. Biar selama 2-3 minit. Bila muncul buih-buih, ia menandakan ia sedia untuk digunakan.
4. Gaul tepung bersama minyak. Tambah air dan bancuhan mairipan tadi. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila doh dah tak melekat di tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan selama 1 jam.
5. Selepas 1 jam, doh akan naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar.
6. Bahagikan doh kepada 5 bahagian atau lebih.
7. Bentukkan doh menjadi bulat dan leper. Kemudian letakkan di dalam kuali.
8. Sapu sos pasta kemudian isikan inti/topping piza yang dimasak tadi. Tabur keju dengan secukupnya.
9. Masak doh guna api kecil sahaja selama 10-15 minit ikut ketebalan pizza yaang dibuat. Pastikan tutup menggunakan tudung periuk. Tak perlu letak minyak atau lapik di dalam kuali.
10. Bila keju cair dan pizza telah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Kalau suka kerak piza yang rangup, masak doh terlebih dahulu sebelum isi inti/topping.
Jika nak piza yang lembut macam roti, letak inti/topping atas doh mentah kemudian baru masak.
Keju akan ambil masa 3-4 minit untuk cair.
Jika nak lebih cepat, boleh guna roti nan atau roti arab.
Bubur anak lebah ini antara hidangan tradisi negeri Perak khususnya Perak tengah.Seakan cendol, malah bahan yang digunakan pun hampir sama tapi, bukan ya. Sedap,...