Berakhir sudah TikTok Awards Malaysia 2023 yang julung kali diadakan.Sekalung tahniah buat Khairul Aming dinobatkan Creator of the year.Sosok ini antara satu contoh dari ribuan anak muda berkualiti yang boleh dicontohi.
Bukan sesuatu yang mudah. Lapan tahun perjalanan Aming menggilap nama sebagai pempengaruh penuh onak dan ranjaunya. Namun tiada yang mustahil untuk dikecapi, berkat usaha yang berterusan serta doa.
Khairul Aming merupakan graduan Vanderbilt University, Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta menerima anugerah dekan.
Anak muda yang mahu jadi content creator perlu juga hebat dalam pelajaran.Baru la content yg kita buat lebih ilmiah dan beri manfaat buat masyarakat.
Dalam ucapan, Aming turut berpesan agar anak muda ;
Ads
“Adik-adik yang masih bersekolah, teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi ‘content creator’.Jadi ‘content creator’ bukan sekadar viral. Untuk kekal relevan dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan.Critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense,”
Semoga ramai lagi content creator sebegini dilahirkan.Kita kena cerdik dalam berkarya. Sampaikan ilmu bermanfaat.Content creator bukan buat konten untuk viral.Jadilah insan kreatif yang dapat berkongsi ilmu dan manfaat buat masyarakat.
Inginkan suasana santai dengan hidangan yang cukup enak dan menyelerakan sambil berbual dengan yang tersayang atau teman-teman. Mardhiyyah Hotel & Suites teruja memperkenalkan pilihan hidangan gourmet pelbagai rasa di Borak Borak Café & Lounge yang terletak di hotel berkenaan.
Nikmati menu A la Carte yang dihias cantik dengan rasa yang pastinya tidak mengecewakan. Terdapat lebih daripada sepuluh hidangan yang setiap satunya menjanjikan citarasa yang berbeza. Pilih sahaja hidangan kegemaran anda seperti Seafood Cartocchio, Pizza Daging Salai, Pasta Capellini Prawn Mushroom, Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio, Ayam Cajun Bakar, Burger Daging, Piza Tuna Pedas, Mentaiko Prawn Aburi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ala carte di sini bermula dari RM 34.00.
Selain hidangan ala carte, bagi yang ingin menikmati set hi-tea yang juga cukup menarik untuk dinikmati. Dihidang cantik di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan ini sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Jadikan momen itu sebagai peluang untuk diraikan bersama yang tersayang.
Hidangan set Hi-Tea tersebut membawakan Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. Promosi bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari, pada harga RM 100.00 bersih untuk 2 orang. Akan mula dihidangkan kepada tetamu bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, bagi yang ingin merasai sendiri keenakan hidangan di sini boleh terus menghubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites.
Borak Borak Café & Lounge adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau perjumpaan bersama klien dengan konsep tenang dan santai sambil menikmati aneka hidangan dan minuman sesuai dengan suasana hotel bertaraf 5 bintang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Petai bahaya atau tidak sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang serta jumlah pengambilannya. Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa merupakan antara makanan tradisional yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Thailand. Aromanya yang kuat serta rasanya yang unik menjadikan petai kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah sebagai ulam, digoreng bersama sambal, mahupun dicampurkan ke dalam pelbagai hidangan.
Walaupun petai mempunyai pelbagai khasiat dan kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan, pengambilannya secara berlebihan atau oleh individu tertentu boleh mendatangkan risiko kesihatan. Oleh itu, penting untuk memahami manfaat dan kesan sampingan sebelum menjadikannya sebahagian daripada diet harian.
Petai kaya dengan pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik. Antara kandungan utama yang terdapat dalam petai ialah:
Kandungan nutrisi ini membantu meningkatkan sistem imun badan, menyokong kesihatan jantung serta membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih lancar. Namun begitu, manfaat ini perlu diseimbangkan dengan pengambilan yang sederhana.
Antara kebimbangan utama berkaitan petai ialah kesannya terhadap individu yang mempunyai masalah buah pinggang. Petai mengandungi sebatian sulfur dan asid amino tertentu yang perlu ditapis oleh buah pinggang sebelum disingkirkan daripada badan.
Bagi individu yang mempunyai fungsi buah pinggang yang lemah, pengambilan petai dalam kuantiti yang banyak boleh meningkatkan beban kerja organ tersebut. Dalam sesetengah keadaan, pengumpulan bahan buangan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan menjadi lebih serius.
Selain itu, petai mengandungi kalium yang agak tinggi. Pesakit buah pinggang kronik lazimnya perlu mengawal pengambilan kalium kerana lebihan mineral ini boleh mengganggu kestabilan degupan jantung dan keseimbangan elektrolit badan.
Ramai yang percaya bahawa petai boleh menyebabkan batu karang. Walaupun kajian saintifik masih belum membuktikan petai sebagai penyebab utama batu karang, pengambilan yang berlebihan tanpa pengambilan air yang mencukupi boleh meningkatkan risiko masalah saluran kencing bagi sesetengah individu.
Sebatian tertentu dalam petai berpotensi menghasilkan kristal kecil dalam air kencing. Jika seseorang kurang minum air dan mempunyai sejarah masalah buah pinggang, risiko komplikasi mungkin menjadi lebih tinggi berbanding individu lain.
Atas sebab itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi membantu sistem perkumuhan berfungsi dengan baik selepas menikmati makanan ini.
Salah satu kesan yang paling ketara selepas makan petai ialah bau mulut dan bau air kencing yang kuat. Keadaan ini berlaku kerana petai mengandungi sebatian sulfur yang menghasilkan aroma tersendiri.
Bahan sulfur tersebut akan diserap ke dalam aliran darah dan akhirnya dikeluarkan melalui pernafasan, peluh serta air kencing. Bau itu boleh kekal selama beberapa jam atau sehingga sehari bergantung kepada kadar metabolisme seseorang.
Walaupun keadaan ini tidak membahayakan kesihatan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam situasi sosial dan profesional.
Sesetengah individu mungkin mengalami masalah penghadaman selepas memakan petai dalam jumlah yang banyak. Antara gejala yang boleh berlaku termasuk:
Keadaan ini berlaku kerana kandungan serat dan sebatian tertentu dalam petai boleh merangsang aktiviti bakteria dalam usus. Individu yang mempunyai sistem penghadaman sensitif lazimnya lebih mudah mengalami simptom tersebut.
Petai bukanlah makanan yang mempunyai kandungan purin paling tinggi jika dibandingkan dengan organ dalaman haiwan atau beberapa jenis makanan laut. Namun begitu, penghidap gout masih perlu mengawal pengambilannya.
Purin yang berlebihan dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik. Apabila asid urik terkumpul, ia boleh membentuk kristal pada sendi dan mencetuskan serangan gout yang menyakitkan.
Oleh itu, individu yang mempunyai sejarah gout disarankan mengambil petai secara sederhana dan memantau reaksi badan masing-masing.
Secara umum, petai selamat dimakan oleh kebanyakan individu yang sihat. Namun, pengambilan dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh menyebabkan badan bekerja lebih keras untuk memproses bahan tertentu yang terkandung di dalamnya.
Terdapat beberapa laporan kes terpencil yang mengaitkan pengambilan petai secara berlebihan dengan masalah buah pinggang akut, khususnya dalam kalangan individu yang sememangnya mempunyai penyakit buah pinggang atau faktor risiko lain.
Walau bagaimanapun, keadaan tersebut jarang berlaku dan biasanya melibatkan pengambilan yang berlebihan dalam tempoh yang panjang.
Bagi mereka yang gemar makan petai, beberapa langkah berikut boleh diamalkan bagi mengurangkan risiko:
Persoalan sama ada petai bahaya atau tidak sebenarnya bergantung kepada kuantiti yang diambil dan tahap kesihatan individu. Bagi kebanyakan orang yang sihat, petai boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang kerana ia mengandungi pelbagai nutrien dan antioksidan yang bermanfaat.
Namun begitu, individu yang mempunyai masalah buah pinggang, gout atau gangguan penghadaman perlu lebih berhati-hati kerana pengambilan berlebihan boleh memburukkan keadaan tertentu. Seperti kebanyakan makanan lain, kunci utama ialah kesederhanaan.
Dengan memahami manfaat dan risiko yang ada, anda boleh menikmati keenakan petai secara lebih bijak tanpa mengabaikan aspek kesihatan jangka panjang.
Yang tua disantuni dan yang muda didekati. Itulah perumpaan yang boleh diberikan buat syarikat pengeluaran makanan jenama terkenal, Bestari Food yang turun padang menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dalam memerangi pandemik Covid-19 ini.
Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 iaitu ‘Malaysia Prihatin’, Bestari Food baru-baru ini berganding bahu memberi sokongan kepada rakyat Malaysia tidak kira agama mahupun bangsa.
Melalui kempen ‘Charity Aidilfitri 2021’, Bestari Food memperuntukkan RM100,000 yang diagih-agihkan kepada rumah-rumah kebajikan (anak-anak yatim mahupun orang tua) yang telah dicadangkan sendiri oleh pengguna melalui laman sosial media Facebook Bestarifood.
Antaranya Rumah Jagaan Warga Tua Jasheira, Rumah Charis, Rumah Kebajikan Old Klang Road, Rumah Nur Shaheera, Rumah Pakat Kampung Kerayong, Penjagaan Orang Tua En Teck, Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Anak Kesayanganku Selangor serta CSR Jalan Durian.
Bestari Food berharap, bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan serta memudahkan urusan harian mereka.
Tidak dilupakan, sukarelawan daripada Bestari Food serta chef turut turun padang menyajikan hidangan berbuka puasa di salah satu rumah kebajikan pada bulan puasa yang lalu.
Nyata walaupun sentuhan yang kecil, mampu untuk menggembirakan anak-anak yatim dan juga warga emas yang dapat menikmati hidangan berbuka puasa yang disediakan.
Sukarelawan juga turut meluangkan masa dan mendengar cerita serta keluh kesah mereka.
Ia sedikit sebanyak dapat membahagiakan dan merasakan mereka dihargai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.