Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012, Majalah Hijabista terbukti berjaya memberi impak sekaligus mewarnai industri penerbitan dan digital tanah air. Sehingga kini, jenama Hijabista juga sering menjadi rujukan golongan wanita berhijab khusus dalam memberi inspirasi, tip kecantikan, fesyen dan juga kerohanian.
Justeru, buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bakal menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Bakal bersiaran selama lapan minggu, para peserta harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui siri cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat sekaligus berentap untuk merebut gelaran juara.
Ads
Diacarakan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim, rancangan ini bakal menyaksikan kemunculan personaliti pengacaraan terkenal, Puan Sri Normala Samsudin yang diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab selaku juri tetap untuk musim pertama ini.
Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 12 Ogos 2020.
Ads
Ads
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang manakala pemenang ‘Hijabista Favourite 2020’ pula akan dipilih berdasarkan undian peminat tertinggi di laman web rasmiwww.hijabista.com.my
Penganjuran ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kecoh dan viral di media sosial mengenai harga ikan siakap yang dinikmati di salah sebuah restoran di Langkawi yang di cas dengan harga terlajak mahal dan tidak masuk akal.
Rentetan kes ini, pelbagai komen dan pandangan ramai boleh dibaca di media sosial. Ada yang positif kerana mengambil kira pelbagai faktor dan ada juga yang berpandangan sebaliknya.
Tidak hanya berdiam diri, wakil restoran telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Menerusi hantaran yang dilakukan oleh saudari Syikin Musa, beliau menerangkan situasi dari pihak mereka pula.
Assalamualaikum sy wakil dari restaurants yang viral berkenaan dengan siakap hidup 7.48kg. Disini sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian, berkenaan dengan saiz ikan, saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dengan size ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni dan sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan tali pancing dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.
Berkenaan dengan anggaran size yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan memang besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau masih lagi proceed untuk order dan ada yang mention berkenaan telur dadar yang mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dalam satu plate, dan telur itu bersize besar dan saya rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yang perlu di keluarkan
Point kedua berkenaan dengan cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yang di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah rm1759.50 dan bil kedua berjumlah rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.
Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.
Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.
Byk yg dalam komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia.
Begitulah penjelasan dari pihak restoran mengenai siakap langkawi viral ini. Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai komen dari pelanggan yang terpaksan membayar RM1196.80 untuk seekor ikan siakap yang seberat 7.480 kg.
UMMI adalah siri animasi 3D muzikal kanak-kanak berkonsepkan Islam dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia. Ia merupakan program kanak-kanak yang menggabungkan aspek pendidikan dan hiburan dalam mengetengahkan kandungan yang menerapkan nilai-nilai keislaman.
Jika siri animasi lain bersifat menghiburkan, siri animasi UMMI mengetengahkan konsep belajar sambil berhibur. Ia mendidik anak-anak dan juga ibu bapa mereka tentang nilai-nilai murni yang harus diamalkan sebagai seorang muslim. Jadi ia bukan sahaja pembelajaran untuk si kecil malah sesuai untuk seisi keluarga.
Siri animasi yang sudah memasuki musim kedua ini ternyata punya prestijnya yang tersendiri dimana menerusi animasi UMMI musim pertama, selain disiarkan di media-media Malaysia ia turut menembusi pasaran luar negara seperti di Indonesia dan Brunei. Malah ia juga boleh didapati menerusi komik bersiri.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan kecenderungan anak-anak terhadap gajet-gajet terkini, animasi UMMI juga ditampilkan dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuat turun melalui aplikasi IOS dan juga Google Play. Terdapat 11 aplikasi yang boleh dimuat turun dan kesemuanya adalah antara terbaik yang boleh anda dedahkan kepada anak-anak kerana kandungannya bukan sahaja menghiburkan malah mendidik anak-anak tentang amalan-amalan mulia.
Antara aplikasi yang disediakan adalah Busana Muslim With Ummi, Songs Of Ummi, Re-Cycle, Short Surahs, Doa and Prayers, Chosen Kalimahs, Islamic History, Quizzes & Puzzles with Ummi, Ummi e-books dan Parenting With Ummi.
Malah jika anda anda seorang yang gemarkan permainan yang mencabar, UMMI juga turut menyediakan permainan Techno Gadget World dimana ia seakan permainan Subway Surfers tetapi dalam versi yang lebih menarik, mencabar serta Islamik.
Sedar akan potensi serta kemampuan siri animasi UMMI dalam pembangunan nilai-nilai murni serta sahsiah mulia anak-anak, maka sebentar tadi telah berlangsung majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama (MoU) antara Kumpulan Media Karangkraf bersama Hud Hud Media Sdn Bhd dalam usaha mengembangkan animasi UMMI ke pasaran yang lebih luas.
Termeterainya kerjasama ini menyaksikan Hud Hud Media secara rasminya menjadi anak syarikat Kumpulan Media Karangkraf dengan kepentingan 70 peratus saham dimiliki Karangkraf.
MoU ditandatangani oleh Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Pengarah Hud Hud Media, Wan Norrafiza Ariffin bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam ( Rabu) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
EPIDEMIK
PANDEMIK
SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA ( setakat 11/3/2020)
KKM MENGGESA AGAR:
1. SEMUA PERHIMPUNAN yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. MENJARAKKAN DIRI (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. TIDAK MELANCONG ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. TIDAK MELAWAT kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.