Dah beli tauhu tetapi tak tahu nak masak menu apa. Ada setengah buang begitu sahaja sebab tak pandai nak masak, salah carab oleh hancur.Boleh cuba resipi ni dan kalau betul caranya memang sedap rasanya. Sesuai juga sebagai menu diet.
Sup tauhu telur
Bahan-bahan:
4 ketul tauhu telur(potong ikut suka)
Sedikit tepung jagung, jangan bancuh air. Biar kering(untuk sadur tauhu)
2 biji bawang merah(hiris)
4 ulas bawang putih(ketuk & cincang)
2 hiris halia(cincang)
4 biji cili padi (ketuk)
1 biji telur
Isi ayam sikit
1 sudu kecil maggi cukup rasa
Cara memasak:
1.Golek-golek tauhu yang dah dipotong dalam tepung jagung.
2.Goreng sekejap dan angkat.
3.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
4.Masukkan isi ayam dan cili padi.
Ads
5.Bila air ayam dah kering, masukkan air. Dah gelegak pecahkan telur dan kocak-kocak. Curah dalam kuah. Kemudian masukkan tauhu yang digoreng tadi. Kuatkan api.
6.Bancuh 1 sudu tepung jagung dengan sikit air. Curah dalam kuah untuk bagi pekat.
7.Perasakan dengan garam dan perasa kegemaran.
8.Siap untuk dihidang.
*perencah ikut suka. Kalau ada udang/sotong lagi manis je kuahnya.
*semasa menumis boleh letak sos tiram sesudu kalau suka.
Ads
*boleh pelbagaikan dengan sayur seperti lobak merah, brokoli, pak choy, baby corn, tomato atau cendawan shitake pun sedap.
Sayur adalah hidangan yang wajib ada dalam menu harian kita. Namun ada juga yang tak gemar makan sayur sebab rasanya yang dikatakan kurang enak. Ishhh…rugi tau tak makan sayur. Kena dengan gaya masakan, memang sedap! Tak percaya? Cuba 3 menu di bawah ni. Pasti anda akan jantuh cinta dengan rasanya!
1. ASAM REBUS SAYUR KELADI DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang sayur keladi | dibersihkan
3 keping asam gelugur
10 ekor udang bersaiz sederhana
Gula dan garam secukup rasa
1 batang serai | diketuk
BAHAN KISAR:
10 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam keping ke dalam periuk. Tambah sedikit air jika campuran kelihatan agak pekat. Masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sayur keladi yang telah dipotong kecil dan juga udang. Biarkan lembut.
Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
Sedia untuk dinikmati.
Info chef : Jika mahukan aroma yang lebih enak, tambahkan daun kesum dan hirisan bunga kantan
2. ASPARAGUS TUMIS UDANG
BAHAN-BAHAN:
10 batang asparagus | dihiris serong
10 ekor udang
2 ulas bawang putih | dikisar halus
1 sudu besar ikan bilis | dikisar halus
4 biji cili merah | dikisar halus
1 sudu teh udang kering | ditumbuk kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Rebuskan 2 cawan air dalam periuk, masukkan 1/2 sudu teh sedikit garam dan celur asparagus.
Apabila asparagus telah lembut, rendamkan ke dalam air sejuk berisi ais seketika dan toskan.
Panaskan 1 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bahan kisar
Masak sehingga naik minyak
Masukkan udang dan kacau sehingga udang separuh masuk, kemudian masukkan asparagus dan gaul rata.
Tutup api dan sedia di hidang.
Info chef: Asparagus boleh dimasak terus tanpa direbus dulu tetapi warna akan sedikit kusam dan kurang rangup.
3. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK UBI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi kayu | dicelur
200gm pati santan
500gm sotong | dihiris
1 batang serai | dititik
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1cm halia | dikisar halus
1cm kunyit hidup | dikisar halus
2 sudu teh ikan bilis | dikisar halus
2 keping asam gelugur
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk, masukkan serai, bahan kisar dan asam keping. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
Kemudian masukkan santan dan sotong. Kacau rata.
Seterusnya masukkan pucuk ubi yang telah dicelur. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
Perasakan dengan garam dengan secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong perlu dimasak kurang 5 minit bagi memastikan tekstur kekal lembut dan tidak kenyal.
Korang semua dah tengok Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 7, memang rare menu yang dimasak oleh tetamu udangan Rozita Che Wan dan Aunty Aini ni. Apa taknya, kedua-duanya memang pakar memasak, Chef Yang Jamil memang otai. Syanie pulak terkenal sebagai selebriti pandai memasak. Memang kacanglah setakat masak untuk makan 100 orang kan.
Korang mesti tak pernah dengarkan menu Ikan Sardin Sayur Pindang, bunyi macam pelik tapi sedap tau. Kalau Ayam Masak Cuka mungkin pernah dengarkan? Yang penting dua-dua menu ni sedap sesangat dan cara memasaknya sangat senang. Pendek kata sesuai sangat dijadikan menu rewang, bahan senang dapat dan murah je.
Seronoknya bila Che Ta dan Aunty Aini kecuh dengan dua tetamunya memasak menu rewang mereka. Tapi semuanya berjalan lancar dan ceria dek kesepakatan semua yang terbabit memasak.
SAYUR PINDANG
BAHAN-BAHAN:
2kg pucuk seriyai | ambil pucuk dan daun muda saja
10kg pucuk paku | petik pucuk dan daun muda sahaja
7kg pucuk ubi | ambil pucuk
30 helai daun kunyit | dicarik-carik
6 kuntum bunga kantan | hiris halus
1kg daun kesum | ambil pucuk dan daun muda sahaja
5kg ikan sardin | bersihkan dan rebus dan ambil isi sahaja
1kg asam gelugor
5kg santan
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
2 kg bawang merah
1/2kg halia
20 batang serai
1 1/2kg cili padi
200gm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam kawah, celur pucuk ubi, pucuk paku dan daun seriyai satu persatu.
Kemudian angkat dan tos. Ketepikan.
Di dalam kawah atau periuk besar, masukkan santan, isi ikan yang telah diasingkan dari tulangnya dan bahan kisar kacau rata.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan asam gelugor daun kunyit, daun kesum dan hirisan bunga kantan.
Seterus masukkan pula daun-daun yang telah dicelur tadi.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api.
Ikan Sardin Sayur Pindang sedia dihidangkan.
AYAM MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
8 ekor ayam | potong 14 setiap ekor
2kg bawang merah |kisar
400gm bawang putih |kisar
2 inci halia | kisar
1kg cili kering | kisar
400ml cuka
1 jug air
Garam dan gula secukup rasa
300gm minyak masak
BAHAN MAYANG HALUS:
1kg bawang besar
200gm bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kawah atau periuk besar.
Tumiskan bahan-bahan yang dimayang halus hingga wangi dan garing
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar.
Kacau rata, masukkan cili kering kisar. Terus kacau hingga pecah minyak.
Kemudiaan masukkan ayam yang telah dicuci bersih tadi.
Kacau rata supaya bahan tumisan dan ayam bercampur, biarkan hingga ayam kecut
Sekali sekala kacau.
Masukkan cuka dan air secukupnya.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak tutup api dan Ayam Masak Cuka sedia dihidangkan.
Untuk mendapatkan menu-menu lebih menarik lagi, pastikan temujanji korang dengan Rasa Projek Gerenti Jadi bersama hos duo, Rozita Che Wan dan Aunty Aini dengan tetamu undangan yang lain di episod seterusnya setiap hari Isnin, jam 12.00 tengahari hanya di slot Dewi di saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai tahap kebersihan dan proses pembuatan. Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan ni. Pasti sedap.
RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 besen sayur Kai Choy
2 sudu makan gula merah
1 genggam nasi sejuk
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Buka daun sayur sehelai demi sehelai dan jemur di abwah matahari supaya layu. Jangan jemur hingga kering pula.
2. Angkat daun dan basuh bersih-bersih. Masukkan dalam bekas untuk merendam.
3. Kemudian masukkan air secukupnya, gula merah, nasi sejuk dan garam. Jika suka rasa sayur jeruk yang masin, boleh tambah jumlah garam.
4. Rendam selama 2-3 hari. Boleh tindih sayur guna lesung batu supaya sayur tenggelam dan betul-betul layu.
5. Untuk menyimpan sayur jeruk, ambil sayur dan masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak masak, baru bilas dah masak ikut selera anda.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!