Cara Mudah Buat Sendiri NASI IMPIT Guna ‘Rice Cooker’, Lagi Cepat, Padat & Kenyal! Nasi impit kalau beli yang dah siap paket dan tunggu rebus saja, memang mudah dan senang. Tapi, bimbangnya takut ada yang terlebih lembik dan tak kurang terlalu keras.
Nak rebus pun makan masa tempoh yang lama.
Jika tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah boleh buat sendiri nasi impit guna rice cooker saja. Memang lebih mudah dan cepat, malah kalau ikut cara yang dikongsikan ini, nasi impitnya memang padat dan kenyal.
Bahan Diperlukan:
1 gelas beras (dicuci bersih)
4 gelas air
¼ sudu garam
2 sudu minyak
3 sudu rendaman air kapur. (½ sudu teh kapur yang telah dilarutkan dengan sedikit air).
Cara Membuatnya:
1. Cuci bersih beras tersebut dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Kemudian, masukkan air guna gelas yang sama dengan sukatan beras tadi.
3. Selepas itu, masukkan garam dan minyak masak ke dalam periuk nasi tadi. Gaul sebati.
4. Masak seperti biasa.
5. Bila sudah masak, kacau sebati dan tambahkan rendaman air kapur.
6. Kacau sebati dan masak sekali lagi dengan tekan butang ‘cook’.
Ads
7. Bila sudah masak, masukkan nasi yang lembik tadi ke dalam bekas yang tahan panas. Gunakan bekas plastik untuk cepat sejuk.
8. Tekan-tekankan dan dihentak supaya nasi tadi padat.
9. Kemudian, biarkan ia betul-betul sejuk.
10. Akhir sekali, bolehlah potong dan makan dengan lontong, kuah kacang atau rendang yang ada. Memang Sedap!
Ads
RASA : Boleh cuba nanti. Kalau tiba-tiba stok paket nasi impit habis, bolehlah buat cara ini. Senang saja.
Sumber: dapuuinang (tiktok)
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan masakan. Rupanya mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Pastinya bebas MSG, tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je. Ikut cara ini.
1. Mula-mula, basuh dan keringkan dahulu cendawan anggaran dalam 50 gram. Lap dengan kain atau tisu sehingga betul-betul kering supaya proses pengeringan seterusnya lebih efektif.
2. Kemudian, bakar cendawan selama 20 minit dalam oven atau airfryer pada suhu 100°C. Langkah ini penting untuk menghilangkan kelembapan dan memberikan aroma yang lebih kuat. Selepas itu, biarkan ia sejuk seketika sebelum dikisar.
3. Selepas itu, masukkan 25 gram gula dan 25 gram garam ke dalam mesin pengisar kering. Pastikan pengisar benar-benar kering untuk mengelakkan hasil menjadi berketul.
4. Seterusnya, masukkan pula cendawan yang telah dikeringkan tadi ke dalam pengisar.
5. Kisar semuanya sehingga menjadi serbuk halus. Untuk hasil lebih sempurna, tapis serbuk tersebut supaya teksturnya benar-benar halus dan sekata.
Siap! Bolehlah masukkan serbuk perasa cendawan ke dalam botol atau bekas kedap udara. Simpan di tempat kering dan sejuk untuk mengekalkan kualiti. Serbuk ini boleh tahan sehingga sebulan jika disimpan dengan betul.
Memang mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan sendiri di rumah. Selain menjimatkan kos, ia juga memberi ketenangan kerana kita tahu bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat.
Antara kelebihan utama:
Serbuk perasa cendawan ini sangat versatile dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti sup, gorengan, tumisan, malah sebagai penambah rasa dalam nasi goreng atau mi. Sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan rasa umami dalam hidangan.
Penggunaan serbuk perasa cendawan dalam masakan harian juga membantu menggantikan perasa komersial yang tinggi bahan kimia. Ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat tanpa mengorbankan rasa.
Secara keseluruhan, serbuk perasa cendawan homemade ini memang pilihan terbaik untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kualiti makanan. Dengan hanya 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan perasa serbaguna yang sedap, sihat dan menjimatkan.
Memang mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Pastinya bebas MSG, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Sebenarnya banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam semula dari keratan yang dibeli pasar. Daun sup, pokok ketumbar, kangkong, lobak pelbagai lagi.
Tapi seringkali juga bila kita nak tanam semula, tiba-tiba tak menjadi. Baru tumbuh tunas sikit dan layu mati. Antaranya daun sup dan ketumbar. Mana yang dah berjaya dicambahkan pun tetap tak tahan lama. Kenapa ek?
Sebenarnya, pokok ketumbar/sup alah pada air. Hanya bahagian akarnya sahaja perlu bersentuhan dengan air. Tapi ramai yang rendam sampai pangkal batang dahan. Ini menyebabkan bahagian yang terendam rosak.
Jika anda masih merancang untuk menanam pokok ketumbar dari keratan yang di beli di pasar. Cuba ikut langkah ini seperti yang dikongsikan dalam laman semuajdt.com
Tinggalkan batang daun ketumbar 1.5 inci dari akar dan pucuk-pucuk yang masih muda
Rendam bahagian akar sahaja di dalam air
Keesokan petangnya, bila dahan yang ditinggalkan dah nampak sihat, boleh dipindahkan ke tanah. Gunakan medium yang bercampur dengan pasir sedikit dan proses pemindahan sebaiknya dilakukan di waktu petang.
Tanam bahagian akar daun ketumbar sahaja. Kebiasaannya ramai yang tanam sampai tenggelam batang. Ini yang menyebabkan pokok ketumbar pada awalnya hidup namun tak tahan lama kerana pangkal batang yang tertanam menjadi basah.
Sumber teks dan foto : semuanyajdt.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuali Tak Lekat (Non Stick) merupakan antara peralatan memasak kesayangan mak-mak. Selain memudahkan kerja memasak didapur, kuali sebegini boleh tahan mahal harganya, nak-nak kalau jenis yang berjenama dan diimport daripada luar negara. Namun satu perkara yang mak-mak perlu tahu, walau macam mana sayang sekalipun dengan kuali non stick tersebut, awas iya elak daripada menggunakannya sekiranya lapisannya telah bercalar, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.
Penggunaan Kuali Non Stick yang telah calar adalah tidak bagus.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar.
Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama.
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.