“Resipi Kami, Cara Kami, ” inilah antara prinsip memasak June. Tengok rupa gambar sup ikan merah yang dimasak oleh June Ahmad ni memang terpesonalah. Ini sup ikan kegemaran anak-anak dan familinya.
Katanya dalam laman FB yang dikongsikan, dia lebih suka tumis bahan-bahan dahulu. “Buh bunga kantan gak sup wangi gitu, bukan apa ikan ini biasanya hanyir hanyir sikit.” ceritanya lagi. Anaknya yang bernama Amna kalau makan nasi siap tambah-tambah lagi. Tak guna pun sup bunjut untuk ikan yang dalam paket tuh.
Tapi tetap wangi dan sedap. Jom semak resipi dari June Ahmad ini.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kentang dalam periuk, masukkan air agak agak aje, rebus sekejap kemudian masukkan ikan. 2. Panas minyak sikit dalam kuali lain, ,masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk. Dah wangi boleh tuangkan dalam periuk sup.
.
.
3, Masak sekejap hingga kentang empuk… 4. Akhir sekali masukkan garam, perasa dan asam keping. 5. Akhir sekalisekali tabur bunga kantan n daun sup… ** bunga kantan nak hiris kecik2 atau memanjang pun ok ja,ikut citarasa masing-masing 6. Sup ikan merah sedia dihidang.
Ingin buat sendiri spagetti meatball lain dari yang biasa, tentunya kamu perlu mencuba resipi ini. Sesuai untuk yang suka pedas tetapi masih boleh dikawal. Bahannya mudah dan senang dimasak. Selamat mencuba!
Resipi Spicy Pasta Spiced Meatball
BAHAN-BAHAN:
Daging kisar 400g
Bahan A*
Cili hijau 6 biji
Bwg putih 3
Bawang holland 1 biji
*blend semua bahan A dan gaul bersama daging kisar tadi.
Campurkan semua Bahan A* bersama Bahan B* dan gaul rata dgn tangan(elok pakai disposable glove supaya lemak daging tak lekat di tangan)dan bentukkan seperti bebola.goreng dgn api sederhana sampai masak.
BAHAN SOS SPAGETTI:
Bwg Holland 1 biji (potong dadu)
Bwg putih 3 (potong dadu)
Tomato 2 biji (potong dadu)
Air perahan lemon 1 sudu besar
Oregano 1 sudu kecil
Serbuk cili 1 sudu kecil
Serbuk paprika 1 sudu kecil
Sos cili 4 sudu besar
Sos spaghetti kimball 1 botol
Air satu cawan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
*tumis bwg holland/bwg putih bersama oregano sampai kuning.kemudian masukkan tomato sampai agak2 dah lembut.lepas tu bubuh semua bahan selebihnya.
Last sekali masukkan meatball yg sudah digoreng tadi.blh makan bersama pasta
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya bila tetamu dapat merasa. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Orang Malaysia, memang tak canggung dengan sebahagian masakan Cina. Malah ada daripada masakan Cina dah sinonim dengan tekak masyarakat di Malaysia. Menariknya masakan Cina ni boleh dimasakan dengan cara ringkas seperti tumis, kukus, reneh, panggang dan goreng cepat dan menggunakan api besar.
Untuk kelainan ini ada 4 menu masakan Cina yang pedas dan sedap yang sedap untuk dicuba.
1. TAUHU DENGAN AYAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu lembut Jepun
3gm bawang putih | cincang halus
2gm halia | hiris halus
80gm isi dada ayam | rebus dan hancurkan
30gm pes kacang
30gm sos tradisional Sichuan
20gm sos soya Jepun
2gm serbuk cili
2gm perasa
20gm minyak lada hitam
30gm minyak cili
CARA MEMASAK:
Reneh tauhu. Angkat dan tos airnya.
Kemudian, tumis bawang putih, halia dan serbuk cili.
Masukkan minyak cili, minyak lada hitam, perasa, sos soya Jepun, pes kacang dan sos tradisional Sichuan. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan tauhu yang direneh tadi dan kacau perlahan-lahan.
Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah hancurkan sebelum dihidangkan.
2. PES KACANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
250gm isi dada ayam | dipanggang terlebih dahulu
150gm timun | hiris bulat & nipis
30gm kacang tanah | goreng tanpa minyak dan kisar
5gm bijan | goreng tanpa minyak
200 gm sos Sichuan
10gm daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Susun hirisan timun di tepi sekeliling pinggan.
Kemudian letakkan hirisan dada dan letakkan di tengahnya. Kemudian ketepikan.
Sementara itu sediakan sos.
Dalam satu bekas, campurkan sos Sichuan, bijan dan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi. Kacau sebati.
Kemudian tuangkan kuah pes tadi ke atas isi ayam dan timun tadi.
Hiaskan dengan daun ketumbar di atasnya sebelum dihidangkan.
3. AYAM CHONG QING CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam | potong dadu
20gm cili kering | potong kecil
10gm lada hitam | kisar kasar
5gm halia | hiris
5gm bawang merah | hiris
5gm bawang putih | hiris
1/2gm garam
30gm minyak lada hitam
3gm serbuk cili
2gm serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas.
Kemudian tumis hirisan cili kering, halia, bawang merah, putih dan lada hitam hingga naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam, minyak lada hitam, serbuk cili dan serbuk perasa. Kacau sebati.
Hiaskan dengan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. AYAM GORENG CILI KERING BERSAMA KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
300gm ayam | potong kiub
2gm cili kering | hiris 2cm
3gm halia | hiris
3gm bawang merah | hiris
1gm lada hitam | kisar akasar
1/2gm garam
30 gm minyak lada hitam
3gm serbuk cili
2gm serbukperasa
10 gm kacang gajus | goreng sangai
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.
5. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN:
600gm daging lembu Australia | bersih, potong dadu
50gm cili benggala hijau | potong dadu
50gm cili benggala merah | potong dadu
50gm cili benggala kuning | potong dadu
50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk seperti bunga
20gm cili kering | potong
30gm spicy hot bean souce
20gm sos tiram
10gm serbuk pati ayam
4 sudu makan air
50gm minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat.
Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk.
Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.
INGIN MENCARI PILIHAN PETI SEJUK TERKINI YANG MENJADIKAN MAKANAN ANDA TETAP SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
ANDA BOLEH TENGOK JUGA RESIPI MENARIK DI LINK INI :
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...