Macam-macam cara orang masak sup ekor ada ala mamak, siam atau sup biasa. Tapi hari ini RASA nak kongsikan masak sup ekor yang memang kaw-kaw rasanya, sekali makan gerenti nak lagi, tak terlalu berlemak, tidak terlalu masam atau berempah. Nak tau caranya ikut resipi ni…
SUP EKOR
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ads
1kg ekor lembu | bersihkan
4 cawan air rebusan tulang
2 batang seleri | potong serong
1 batang lobak merah | potong baji
3cm halia | titik
2cm lengkuas | titik
2 batang serai | titik
5-6 tangkai cili padi | titik
1 biji tomata | belah empat
4 ulas bawang putih | titik
1 biji bawang besar | dadu halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya
1 bunjut perencah sup tulang
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Rebus ekor, selepas mereneh lima minit. Tutup api dan buang airnya.
Masukkan air lain kemudian rebus hngga empuk. Setelah empuk, tutup api dan ketepikan
Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas , serai hingga dan perencah sup tulang wangi
Seterusnya masukkan pula rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah tutup api.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
Hidangkan bersama sambal kicap.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukityang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak buat stok untuk bulan puasa nanti, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
BAHAN BAKAR:
BAHAN PERASA:
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Lauk perut lembu selalunya diminati oleh masyarakat Jawa. Perut lembu ada yang suka versi masih hitam ataupun dibersihkan sehingga putih.
Salah satu masakannya adalah dimasak lemak putih. Ada juga resipi perut lembu yang dimasak ungkep atau dicampur dalam sambal goreng.
Kali ini jom kita lihat resipi perut lembu atau babat yang dimasak lemak putih bercampur dengan kacang panjang.
BAHAN-BAHAN
500 gram perut lembu
6 biji bawang merah kecil
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
4 batang kacang panjang
Garam secukupnya
10 tangkai cili api
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan perut lembu. Kemudian rebus sehingga empuk. Toskan air rebusan dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil dengan halia.
3. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah kecil, halia, bawang putih dan serai.
4. Masukkan santan. Kacau seketika.
5. Masukkan perut lembu. Biarkan mendidih,
6. Masukkan kacang panjang, garam dan cili padi.
7. Biarkan mendidih sekali lagi. Matikan api.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mulakan pagi dengan sesuatu yang enak dan membuka selera untuk memulakan hari dengan penuh kecintaan. Dengan sedikit bahan sahaja, kita sudah boleh menyediakan sarapan enak dan berkhasiat. Bahan utama seperti telur, ayam, daging, salad dan keju lazimnya selalu ada di rumah. Jadi, apa tunggu lagi? Jom buat sarapan yang sedap ni.
BAHAN-BAHAN
1 cawan beras wangi
8 cawan air rebusan tulang
2 potong hirisan halia
Lada sulah dan garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos tiram
2 pokok daun bawang
2 pokok daun ketumbar
200 gram daging panggang (dihiris nipis)
CARA MEMASAK
1. Basuh beras tiga kali. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan air rebusan tulang. Kacau sedikit dari semasa ke semasa.
2. Masukkan halia. Masak sampai beras kembang dan pekat. Perasakan dengan garam dan lada sulah, minyak bijan dan sos tiram. Kacau sebati dan masak lagi.
3. Potong daun ketumbar dan daun bawang. Masukkan dalam bubur dan kacau sebati. Tuang ke dalam mangkuk. Kemudian letak hirisan daging, daun bawang atau bawang goreng.
BAHAN-BAHAN
1 buku roti bijan (dipotong nipis)
3 helai salad segar
Hirisan tomato dan bawang
Isi ayam (siap masak dan dihiris nipis)
1 biji telur goreng (digoreng dengan minyak zaitun)
2 keping keju ceddar
1 sudu sos tomato
½ sudu mayones (jika suka)
CARA MEMASAK
1)Bakar roti sehingga sedikit berwarna.
2)Letakkan salad, tomato, bawang dan susun isi ayam bersama telur goreng serta keju.
3)Kemudian letakkan sos tomato dan mayones.
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
50 ml susu segar
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega
Roti toast
Bacon daging
CARA MEMASAK
1. Pecahkan telur ayam dan campur bersama susu segar. Pukul dengan garpu sampai sebati. Kemudian masukkan garam dan lada sulah.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kemudian tuang semua bancuhan telur. Sambil masak, kacau telur sampai 70 peratus masak. Kacau sampai sedikit hancur.
3. Tuangkan di atas roti toast. Hidangkan bersama bacon daging panggang, salad atau kentang jika suka.
BAHAN-BAHAN
10 gram yis roti
Sedikit air
1 liter susu segar
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
500 gram tepung gandum
200 gram keju mozarella
CARA MEMASAK
1. Satukan yis roti dengan sedikit air dan biarkan selama 10 minit.
2. Sediakan 500 ml susu. Masukkan gula, garam, minyak zaitun dan yis tadi.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Uli tepung sambil masukkan lebihan susu. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Pastikan tepung tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga tepung naik dua kali ganda. Uli kembali dan jadikan bebola tepung dalam anggaran 70 gram – 100 gram setiap satu.
5. Ambil sebiji tepung ulian tadi dan buka sedikit dengan tangan. Masukkan keju dan tutup kemaskan kembali. Uli roti menjadi sedikit leper tetapi jangan terlalu nipis.
6. Panaskan kuali tanpa minyak dan masak sehingga naik warna setiap bahagian. Potong dan terus makan makan panas-panas.
BAHAN-BAHAN
Doh roti pita
1 biji keledek sederhana besar (direbus)
1 biji kentang (direbus)
½ biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 biji cili merah (dihiris nipis)
Sedikit biji sawi
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu besar serbuk cili
½ sudu besar serbuk ketumbar
Hirisan daging siap masak
CARA MEMASAK
1. Ambil sebiji doh roti pita dan uli sampai leper, nipis dan bulat. Masak atas kuali panas.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, biji sawi, daun kari dan cili merah sampai naik wangi. Kemudian masukkan kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar. Masukkan pula keledek dan kentang yang telah dilenyek terlebih dahulu. Masak dan kacau semua bahan sehingga sebati.
3. Kemudian perahkan jus limau nipis. Masukkan daun ketumbar bersama daging. Kacau sambil masak.
4. Cedok tiga sudu besar inti ini di atas roti dan balut menjadi seperti popia besar. Masak sedikit lagi di atas kuali sehingga ada sedikit warna. Angkat dan potong dua bahagian.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apricot Custard Tart ialah pencuci mulut istimewa dengan gabungan shortcrust rangup, kastard berkrim dan buah aprikot berkilat. Ikuti resipi lengkap serta tip untuk hasil yang lebih sedap dan cantik.