
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA

BAHAN-BAHAN :
- Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar

Bahan dikisar Bersama :
- 6 keping keju
- 1 kiub ayam
- 6 sudu besar susu tepung
- Air secukupnya ikut kepekatan

- 4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
- Sedikit daun parsley kering
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.

3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Masak Vanggey. Sangat Sedap & Nak Masak Pun Mudah
Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap
Buat Sendiri Puff Sardin Macam Dekat Bakeri Guna Resipi Mudah Ni. Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Reena Zach Pengasas Produk Kosmetik Ini Kongsi Resipi Daging Masak Hitam Dan Ayam Ros Yang Sangat Sedap

Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.

Seronok Raikan Kawan-Kawan
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Utamakan Keluarga
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
“Pada tahun ini jadual harian saya sangat pada, Insya-Allah kalau ada rezeki kami nak pemperluaskan produk ke Indonesia serta negara jiran. Sesibuk mana sekalipun saya tidak akan abaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak saya. Saya akan masak setiap hari,baik untuk sarapan,makan tengahari mahupun makan malam. Biasaya sebelum bersiap ke pejabat,saya akan siapkan makanan sarapan dan makan tengahari. Ini kerana saya dan suami akan bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.

Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Perkembangan Bisnes
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
RESIPI

DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging | dinipis dan lebar
- 1 cawan kicap pekat
- Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula Melaka secukup rasa
- Bahan Kisar:
- 5 batang serai
- 10 tangkai cili kering
- 3cm halia
- 8 ulas bawang merah
- 5 biji buah keras
- 6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, kacau lagi.
- Masukkan pula daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
- Masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam dan gula Melaka.
- Kecilkan api dan biar mereneh atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuat pekat.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.

AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | dipotong ikut suka, cuci dan tos
- 1 biji bawang Holland | dihiris bulat
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 10 tangkai cili kering |dikisar
- 3cm halia muda | dikisar
- Bahan penumis | Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan sos tomato
- 3 batang serai | titik
- 1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan biji gajus | goreng sangan
- 1 cawan susu cair
- Garam dan gula secuku rasa
- Hirisan daun bawang | untuk hiasan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Goreng ayam separuh masak.
- Keluakan minyak dan hanya tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis rempah penumis, hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar.
- Kacau tumisan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan susu cair, sos cili dan sos tomato, hirisan bawang, garam dan gula secukupnya.
- Masukkan ayam goreng, biji gajus dan kismis, gaul rata dan hidangkan dengan hirisan daun bawang.
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan

SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
- 1 kg udang saiz XL | bersihkan
- 3 papan petai | ambil isinya sahaja
- 10 tangkai cili kering | kisar
- 6 ulas bawang merah | kisar
- 6 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 biji bawang Holland | hiris bulat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukupnya.
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan petai, gaul rata kemudian masukkan udang bersama hirisan bawang Holland.
- Gaul sehingga udang bertukar warna kemerahan.
- Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan seketika, sehingga kuah pekat dan timbul minyak sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Anda juga boleh cuba resipi ini:
http://Resipi Khas Masak 5 Kilo Daging Masak Hitam – Rasa – Karangkraf
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup Telur Pecah Menu Simple Disukai Ramai

Menu yang simple bukan hanya kita menyukai malahan anak-anak juga enjoy menikmati. Contohnya sup telur pecah ni kalau buat mesti jadi rebutan ramai. Semua bahan ikut sukatan yang anda mahu. Kalau nak banyak ketam bubuhla ketam banyak.Jika nak cendawan banyak, letaklah banyak-banyak cendawan tapi saya suka letak jagung banyak.

Sup Telur Pecah
Bahan-bahan:
Sedikit bawang besar(potong dadu)
Jejari ketam
Cendawan butang
Jagung (dalam tin)
Isi ayam (rebus dahulu kemudian siat-siat halus isinya)-jangan buang air rebusan ayam ni ye
2/3 biji telur
2 ketul kiub pati ayam
Sedikit tepung jagung ( untuk pekatkan kuah)-gaul dengan sedikit air

Cara memasak:
1.Air rebusan ayam tadi diguna semula.Kalau kurang air tambahkan lagi air.
2.Panaskan air rebusan,biar hingga menggelegak/mendidih.
3.Selepas itu masukkan bawang besar,biar seketika.Masukkan ayam dan kiub pati ayam dan cendawan, gaul.
4.Masukkan telur,sambil tuang telur sambil gaul
5.Masukkan perasa *jika nak tambah (garam/ajinomoto/gula) ikut suka
6.Masukkan jejari ketam dan jagung.Kemudian akhir sekali masukkan tepung jagung yang sudah digaul dengan air tadi. Gaul rata.

7.Jika kuah sup tidak pekat bolehlah ditambahkan lagi dengan tepung jagung.
Kredit : Mastura Brahim
Resipi Telur Pecah Sambal Berlado. Lauk Simple Tak Guna Banyak Bahan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek Butter Horlick Lemak Manis

Dah muak dengan rasa pelbagai jenis kek. Kali ni nak buat kek yang tidak muak rasanya. Jika sebelum suka dengan kek yang simple seperti kek butter kita olah rasa dengan meletak Horlick di dalamnya. Pasti sedap ni.
KEK BUTTER HORLICKS
Bahan-bahan:
500gm butter (Akak guna purebutter)
1 gelas gula pasir
3 gelas tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
1 gelas Horlicks
1/2 tin susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI
10 biji telur
1 sudu makan baking powder -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan berwarna putih.
2. Masukkan telur satu persatu dan putar.
4. Masukkan susu pekat manis dan putar
5. Masukkan horlicks dan putar

6. Masukkan esen vanilla dan putar.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
8. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
9. Dua biji loyang ukuran 8”x 8” dipanaskan di dalam oven selama 5 minit. Keluarkan loyang dan sapukan butter kemudian alaskan dengan baking paper dan sapukan juga dengan butter.

10. Bahagikan kepada dua adunan / loyang.
11. Bakar adunan dengan api atas dan bawah pada suhu 160 darjah selama 50 minit / hingga masak.

Nota : suhu bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA
Kredit : Julie Zuriana
INGIN MENUKAR OVEN BARU, BOLEH BELI DI SINI.
Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

