Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Sering menghadap menu ayam dan daging sepanjang minggu lepas. Boleh muak dibuatnya. Jadi boleh lah diselang seli dengan menu berasaskan ikan yang tidak menjemukan. Boleh pelbagaikan gaya masakan ikan ini dari goreng, berkuah dan bakar untuk menaikkan selera makan. Mungkin resipi ini boleh membantu dalam menyediakan hidangan buat keluarga.
IKAN KERISI MASAK TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kerisi – saiz L
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 biji cili merah – hiris
3-4 tangkai cili padi
3sm halia – hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan cili padi.
Kemudian masukkan tauchu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.
Masak hingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan ikan goreng, balik-balikan ikan dan angkat.
INFO CHEF: Selain ikan kerisi, boleh juga gunakan ikan kembung.
IKAN SIAKAP SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap:
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Garam
Mixed herbs
Daun Rosemary
Cara Perap:
Perapkan ikan siakap dengan bahan perapan.
Panaskan sedikit minyak Zaitun dalam kuali non stick.
Gunakan api kecil, panggang ikan siakap yang telah perap hingga masak.
Letak atas pinggan dan ketepikan.
SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
½ biji bawang Holland- potong dadu
1sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega
1 biji lemon – hiris menjadi 4 kepingan
200ml susu segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk mixed herbs
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali non stick dengan api sederhana.
Masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga wangi.
Masukkan tepung kacau sebati.
Masukkan susu, kacau lagi gunakan whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbsdan garam secukup rasa.
Masak sampai sos jadi pekat, kemudian tuang atas ikan siakap.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan ikan salmon.
IKAN CENCARU SUMBAT BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru bersaiz besar |dibersihkan dan dibelah belakang
1/2 biji kelapa parut
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
1 batang serai
1cm halia
1cm kunyit hidup
5 biji cili api
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan yang dikisar halus bersama kelapa parut, tomato, garam dan gula. Gaul hingga rata.
Sumbatkan campuran kelapa tadi ke dalam perut ikan cencaru sehingga penuh.
Bakar ikan di atas pemanggang menggunakan api kecil sehingga masak.
INFO CHEF: Jika sukakan rasa ikan bakar yang pedas, tambahkan jumlah cili api mengikut cita rasa anda. Jika suka, boleh juga menambahkan sedikit cili kering.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup Ayam Mamak resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni memang terbaik. Panas, pekat dan cukup perisa. Memang layan habis! Jika keluarga anda sukakan hidangan bersup, menu ini wajib untuk anda cuba.
SUP AYAM MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dipotong kecil
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
Kiub pati ayam secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi – diketuk
2 sudu makan ( atau lebih) tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
1 batang lobak merah- potong
3 biji ubi kentang – potong
2 liter air
BAHAN KISAR:
Sepeket kecil rempah sup( 25gm)
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar lada hitam tumbuk
2 buku bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 Akar ketumbar ( satu sepanjang 3 inci) – jangan ambil yang halus-halus.
BAHAN PELENGKAP:
Daun ketumbar/daun sup/ daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan kisar hingga halus. Kemudian panaskan minyak dan tumis bersama buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan ayam diikuti ubi kentang, lobak merah, cili padi, air dan perasakan dengan garam serta kiub pati ayam.
Setelah empuk, masukkan bancuhan tepung gandum mengikut kepekatan yang dihendaki. ( empunya resipi tak letak)
Angkat dan tabur bahan pelengkap sebelum dinikmati.
Sedapnya Ayam Butter Telur Masin ni. Biasanya kita makan Ketam Telur Masin, sotong atau udang masak mentega je. Istimewa buat anda yang tidak menggemari sajian makanan laut, bolehlah menggunakan ayam. Sangat enak dan tidak muak. Jom cuba resipi saudari Rohani Ahmad ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK AYAM BUTTER TELUR MASIN
BAHAN BAHAN:
5 ketul ayam – potong kecil
5 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam
5 biji telur masin – rebus dan hancurkan yg kuning sahaja
Setengah senduk butter / mentega
4 ulas bawang putih- cincang
2 tangkai daun kari
6 @ 7 biji cili padi – hiris
Sedikit susu sejat kalau tak ada boleh aje bubuh air.
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam kejap dengan tepung jagung dan garam. Goreng dan ketepikan.
2. Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
3. Lepas tu masukkan kuning telur masin yang dah dihancurkan. Gaul rata.
4. Bila dah mula berbuih, masukkan sedikit air, perasa, sedikit gula. Masukkan juga ayam dan gaul rata. Siapppp! Sedai untuk dinikmati.