
Bosan dengan lauk paukm biasa? Hari ni boleh ubah selera dengan menyajikan lauk bercitarasa Thailand buat ahli keluarga.
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | hiris nipis
- 4-5 helai daun limau purut
- 4-5 batang serai
3cm lengkuas - 3 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh jus limau nipis
- 200 gm santan
- 5 keping cendawan
- 5 biji cili padi merah untuk hiasan
- 2 batang daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan santan dengan api sederhana.
- Masukkan isi ayam, serai, lengkuas biarkan hingga mendidih tapi pastikan sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
- Masukkan jus limau, sos ikan, daun limau purut, cendawan dan cili padi biarkan 2-3 minit.
- Setelah masak angkat.
- Masukkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Rasa lemak dan tidak pedas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Lauk Ayam Yang Sedap & Mudah Masak

Isi Kandungan
ToggleKoleksi resipi masakan berasaskan ayam khas untuk ibu-ibu semua! Bila anak-anak dah mula bersekolah, ibu-ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat si kecil. Antara lauk yang menjadi pilihan tentulah yang berasaskan ayam. Resipi yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini memang sangat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap. Jom cuba!
AYAM GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji tomato | dicincang dadu
2 sudu besar gula
1 – 2 sudu kecil garam
1 asam keping/air asam jawa
BAHAN KISAR/ TUMBUK KASAR:
10 batang cili merah
5 tangkai cili padi (optional)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik minyak.
3. Masukkan tomato cincang dadu, air asam jawa atau asam keping, gula dan garam.
4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sehingga ayam masak.
5. Taburkan hirisan bawang. Gaul seketika, Siap!
AYAM PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
Ayam
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Garam
Gula
BAHAN KISAR:
5 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.
2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
3. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.
AYAM MASAK BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
Ayam
Sos Tiram
Sos Kicap
Lada hitam (jenis serbuk yang kasar bukan lada hitam yang serbuk halus tu atau boleh guna yang biji tapi kena tumbuk bagi hancur dulu)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 sudu bancuhan tepung jagung dicampur sedikit air
Garam & gula secukupnya
1 biji bawang besar
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Perap ayam dgn sos tiram, sos kicap dan lada hitam. Kemudian goreng separuh masak.
2. Kalau malas, goreng je tak perlu perap dengan apa-apa. Kemudian angkat.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sampai naik bau.
4. Masukkan bancuhan air + sesudu kecil tepung jagung. Pastu masukkan ayam tadi dan gaul la biar jadi sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak cair boleh tambah air, nak pekat tak perlu tambah.
6. Dah nak masak, tabur bawang besar. Tutup api dan tabur daun bawang. Siap!
AYAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
2 ketul besar ayam, bahagian isi
½ tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
½ biji bawang besar holland atau bawang besar biasa | potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu isi ayam, masukkan telur dan garam ke ayam dan gaulkan sebati.
2. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Gaul dan biar tepung menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
3. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
CARA BUAT BUTTERMILK:
1. Panaskan butter dalam kuali sehingga cair dan masukkan bawang putih, cili dan daun kari, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
3. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap.
Kredit resipi: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Balado Ayam Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Sedapnya lauk Balado Ayam ni. Ringkas, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Walaupun cuma satu lauk, ini pun dah cukup untuk membuka selera suami dan anak-anak. Nak cuba masak? Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni antara yang terbaik boleh dicuba.
RESIPI BALADO AYAM MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Gula secukupnya
- ½ inci asam gelugur
- Bawang besar – hiris
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang merah bombay
- 2 ulas bawang putih
- 15 tangkai cili merah
- 10 biji cili padi hijau
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat.
3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam.
5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan
Oyster Sauce Chicken Stail Chinese. Sedap, Anak-Anak Comfirm Suka

Isi Kandungan
ToggleBagi anda yang ada anak kecil, pasti akan menggemari sajian Oyster Sauce Chicken @ Ayam Masak Sos Tiram cara cina ini. Menu ini bersifat savori tapi manis. Ayamnya dimasak lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram. Ha…Bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Anak-anak pasti suka.
RESIPI OYSTER SAUCE CHICKEN STAIL CHINESE
BAHAN-BAHAN:
Potongan ayam secukupnya
Secubit serbuk kunyit – beli online disini
Sedikit garam (tak perlu terlalu masin)
2-3 tiga titis cuka makan – beli online disini
2 sudu minyak masak
1 ulas bawang putih – ketuk
1 pokok daun bawang – potong panjang
1/2 biji bawang merah – hiris
1/2 batang lobak merah – potong mancis
Sedikit air
1 sudu besar kicap pekat – beli online disini
1 sudu besar kicap cair – beli online disini
1 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu air bancuhan tepung jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sediakan ayam. Satukan dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan cuka makan. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.
3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan.
4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan.
5. Biarkan ayam sehingga jus kering.
6. Potong lobak merah, daun bawang, bawang merah dan bawang putih.
7. Masukkan bawang putih, bawang merah dan hirisan lobak merah ke dalam pan. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih.
8. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering.
9. Bila air sudah kering. Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tidak perlu lagi tambahan perasa lain.
10. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
11. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.
12. Sedia dihidang.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official