Perjalanan menuju ke kedai makan Nurul Sate Batang Pinang, memang nyaman dan menenangkan. Suasana desa penuh kehijauan menyambut pelanggan yang berkunjung ke sini.
Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.
Suasana desa penuh kehijauan
Suasana sebelum PKP.
Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang,Mi Kari Mama,Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.
.
Nasi ayam hailam Pak Anyang.
Soto Mak Siti.
Menu yang disediakan adalah idea bersama dua keluarga mereka berdua. Lain -lain menu yang mendapat sambutan hangat pelanggan sudah tentunya sate yang dibuat dari bahagian batang pinang yang sangat lembut dan berjus.
“Biasanya di KL dan Selangor sate biasanya dijual pada waktu malam. Tetapi di Johor seperti Muar dan Batu Pahat menikmati sate pada waktu sarapan adalah menu kegemaran ramai. Ibu saya berasal dari Batu Pahat, jadi idea ini adalah inspirasi darinya.
.
Ads
Alhamdulillah, apabila kami memperkenalkan menu ini ia mendapat permintaan ramai dan cukup laris. Selain sate premium yang dibuat dari daging batang pinang yang lembut, pelanggan juga sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya.
Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.
Nasi impit yang lembut dan beraroma daun pisang menambat selera. Selain sate daging, sate ayam dan set sate campur (ayam & daging) juga turut dihidangkan bersama lontong”, cerita Nurul Izzah kepada RASA.
.
.
Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Namun Nurul Izzah dan suaminya Firdouz bukannya orang baru dalam bidang makanan,sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini memberi lebih tumpuan kepada kedai makanan Nurul Sate Batang Pinang.
Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah
Ads
Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus.Menurut Nurul Izzah nasi yang dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Penulis tertarik dengan Menu Nasi Minyak Kahwin Laridengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.
Ditanya kisah disebalik menu ini,”Ia sebenarnya menu katering Nurul Izzah yang kini dibawa ‘lari’ ke Nurul Sate Batang Pinang. Ia adalah resipi kepakaran ayah saya dan menu ini cukup laris sekali,” ujarnya tertawa kecil. Di samping itu terdapat juga menu laksa Johor dan Mi Rebus stail Johor.
.
Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman. Kedai makan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Disebabkan pandemik kini ia hanya mengambil tempahan melalui talian 016 359 5358 dan 019 9568944 dan beli bungkus. Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.
Ads
INGIN MEMBELI BAHAN MASAKAN, JOM BELI ONLINE DI SINI
Kuih peneram kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Dulu dulu kuih ini mesti ada bila raya. Tapi kesedapan kuih ini memang sepatutnya dimakan bila-bila.
Apa istimewanya kuih ini padahal bahan-bahan setakat lima ramuan aje. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
PENERAM BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Bahan² yang bertanda * tu campur & masak sampai mendidih.. 2. Siap terus tuang dalam tepung,kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas. 3. Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman..
4. Dah siap perap boleh lah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.
Kredit :zalina zali
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Rata-rata yang pernah mengunjungi negeri Cik Siti Wan Kembang, memberitahu masakan seperti Nasi Kerabu dan Nasi Dagang menjadi kegemaran.
Namun, ada juga masakan Kelantan lain yang disukai seperti daging singgang, solok ikan dan banyak lagi.
Jom Rasa kongsikan seleksi masakan Kelantan yang dicuba dan masak sendiri di rumah.
GULAI IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua 1000ml santan 2 keping asam gelugor 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm ½ batang timun | hiris bulat 8 biji cili padi – beli online di sini Garam dan gula secukup rasa
3cm lengkuas | hiris nipis 3cm kunyit hidup 6 tangkai cili kering – beli online di sini 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata. 2. Masukkan ikan dan asam keping. Kemudian didihkan di atas dapur. 3. Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun. 4. Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN
1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos 750ml santan pekat 3 sudu makan kerisik – beli online di sini 3 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam Jawa 1 keping gula Melaka Garam dan gula secukup rasa 5 sudu makan minyak masak – beli online di sini
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 3cm lengkuas 3cm halia 5 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar. 2. Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut. 4. Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat. 5. Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa. 6. Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak. 7. Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | belah empat 3 sudu makan rempah kerutup 2 sudu makan kerisik 1 sudu makan sos tomato 500ml santan pekat 1 keping gula Melaka Garam dan gula secukup rasa 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak. 3. Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi. 4. Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan. 5. Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa 6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api. Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan tamban | bersihkan 5 biji limau nipis | ambil jusnya 6-7 biji cili padi | hiris halus Sedikit hirisan daun kesum Sedikit hirisan daun selom Sedikit hirisan daun ulam rasa Garam dan gula secukup rasa
1. Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya. Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi. 2. Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi. Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih. 3. Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa. 4. Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan.
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos 2 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan budu 1 sudu makan manisan gula kerek/gula Melaka 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar 3 keping asam gelugor 4 -5 hirisan lengkuas | titik 1 biji bawang besar | hiris 3 ulas bawang putih | hiris 10 biji cili padi | titik atau hiris Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit). 2. Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor. 3. Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
1kg daging 1kg tulang 1 kg santan 2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar 8 ulas bawang merah | hiris Gula kerek/gula Melaka secukupnya Garam dan gula secukup rasa 3 sudu air asam Jawa 5 sudu makan minyak masak
1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan. 2. Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing. 3. Tutup api dan ketepikan seketika. 4. Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air. 5. Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis. 6. Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris. Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh. 7. Perasakan dengan gula Melaka, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. 8. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
TERESEK KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang 3 biji cili hijau 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil 2 sudu makan rempah kari 1 sudu makan kerisik 1 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam Jawa 3 cawan santan pekat Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
7 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm kunyit hidup 2cm halia 2 hiris lengkuas 1 sudu makan serbuk ketumbar biji | sangai dan kisar kasar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi. 2. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi. 3. Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata. 5. Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan. 1 keping asam gelugor Garam dan gula secukup rasa 1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah 2cm halia 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
3 ulas bawang merah 2cm halia Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika. 2. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar. 3. Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor. 4. Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat. 5. Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam. Angkat dan hidangkan panas-panas.
SOLOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
Beberapa ekor ikan kembung ½ biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk Minyak untuk menggoreng secukupnya 10 biji bawang merah | ditumbuk 2 ulas bawang putih | ditumbuk ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk 1biji telur ayam Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya. 2. Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk. 3. Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk. 4. Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati. 5. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba.
RESIPI TOMYAM PUTIH UDANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF:Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.