Resipi mudah ini pasti disukai oleh anak-anak. Snek kentang ini bahan asasnya ubi kentang. Rasanya rangup di luar dan lembut di dalam. Sambil goreng sambil mengunyah, memang enak di makan waktu panas.
STIK KENTANG KEJU
Bahan:
500 gram kentang
90 gram keju chedar parut
100 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sehelai seleri- cincang halus
Ads
Cara memasak:
1. Cuci kentang kemudian rebus kentang hingga masak lebih kurang 20 minit.
2. Sejukkan kemudian kupas dan haluskan
2. Masukkan tepung jagung, keju parut, daun seleri, garam dan lada hitam lalu gaul rata.
3. Bulatkan, kemudian buat bentuk memanjang
4. Goreng, siap untuk dihidang.
Tip:
1. Pastikan merebus kentang ketika airnya sudah betul-betul mendidih.
2. Agar tidak melekat, haluskan kentang ketika sudah sejuk (suhu ruang)
3. Agar hasilnya rangup dan lembut di dalam, pastikan goreng dengan api kecil dan
sebelum digoreng letak dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
Nasi Dagang berlaukkan Gulai Ikan Tongkolmemang enak. Juadah terkenal dari negeri Pantai Timur ini sentiasa menjadi buruan ramai. Namun jika tinggal di negeri-negeri luar dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, agak sukar nak jumpa bahan-bahan untuk memasak juadah ini. Melainkan anda tempah menerusi kedai atas talian (online). Saudari Hajar Mohd ada berkongsi resipi memasak Nasi Dagang sedap menggunakan campuran beras Jati dan juga beras pulut. Ia sebagai pilihan buat anda yng sukar mendapatkan beras nasi dagang atau beras wangi. Nah…bolehlah cuba nanti ya.
CARA MASAK NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL SEDAP
BAHAN NASI DAGANG: 4 cawan beras jati (kalau ada, boleh guna beras wangi@ beras nasi dagang) – beli online disini 1 cawan beras pulut (kalau pakai beras wangi @ beras nasi dagang, tak payah tambah beras pulut ya) – beli online disini 3 cawan santan cair yang telah dicampur sedikit gula dan garam 2 ulas bawang merah – hiris ½ inci halia – hiris 1 sudu makan halba – beli online disini 1 @ 1 1/2 cawan santan pekat yang dicampur sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan beras dan beras pulut. Bersihkan. 2. Rendam selamat 8 jam atau 4 jam atau 2 jam. Kemudian basuh, toskan dan kukus selama 20 minit.
3. Cukup kukus 20 minit pertama tadi, angkat dan alih beras ke besen. 4. Gaul dengan santan cair yang telah dicampur sedikit gula dan garam. Bagi meresap elok. Biarkan sekejap.
5. Kemudian Letakkan hirisan bawang merah, halia dan juga halba. 6. Kukus kali kedua selama 20 minit.
7. Cukup kukus 20 minit kali kedua, angkat dan alih ke dalam besen.Aron (kacau) dengan santan pekat yang dicampur sedikit garam.Siap.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL: 1 kg ikan tongkol Garam Asam keping – beli online disini Sedikit gula melaka @ gula nisan – beli online disini 250ml santan 1.5 liter air 1 senduk cili kering kisar – beli online disini 1 paket rempah nasi dagang (kalau tiada guna saja rempah cap ros @ rempah kari biasa) – beli online disini Sedikit cili api hijau & merah
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ikan tongkol, potong dan rebus bersama garam dan asam keping untuk hilangkan hanyir. Boleh tambah sedikit gula melaka @ gula nisan. Rebus sampai ikan masak dan pejal. 2. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Hidupkan api dapur.
3. Terus masukkan gulai nasi dagang. Jika tiada rempah ni, boleh guna rempah cap ros atau rempah kari biasa.Kacau sekejap sahaja.
4. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
5. Ikan ni sudah cukup masam jadi tak perlu tambah asam dalam kuah lagi.Masak sampai mendidih tapi jaga-jaga jangan sampai santan pecah minyak. 6. Panaskan kuali lain, tumis cili kisar bersama minyak. Masak sampai naik warna lawa.
7. Masuk gula nisan.
8. Bila warna cili sudah cantik, masukkan ke dalam kuah gulai.Api dapur tutup ya.
9. Gulai Ikan Tongkol @ gulai nasi dagang siap disediakan.
BAHAN ACAR: 2 ulas bawang merah – beli online disini Sedikit halia (optional) Lobak merah – hiris Timun – hiris Cili besar merah – hiris Garam dan gula secukup rasa Cuka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Hiris bahan-bahan yang perlu dihiris dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian. 2. Tumbuk bawang merah dan halia. Masukkan ke dalam bekas tadi.
3. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Masukkan juga cuka. Gaul rata.
5. Hidangkan bersama Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol.
Jika pokok kunyit anda banyak mengeluarkan hasil, jangan biarkan sahaja kerana kunyit segar ni tak tahan lama. Sayang kalau kunyit yang cantik-cantik tu dibiarkan kecut. Apa yang boleh dihasilkan ialah dengan membuat Serbuk Kunyit secara homemade. Boleh jimat belanja dapur dan puas hati dapat nikmati hasil tanaman sendiri.
CARA-CARA BUAT SERBUK KUNYIT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar
CARA MEMBUAT:
1. Basuh kunyit bersih-bersih hingga hilang pasir dan tanah.
2. Hiris kunyit nipis-nipis dan susun dalam bekas bersesuaian. Jemur hingga kering dan garing.
3. Kisar menggunakan pengisar kering hingga halus.
4. Ayak serbuk kunyit 2-3 kali bagi mengasingkan serbuk halus dan juga kepingan kunyit yang tidak dikisar halus. Kepingan kunyit kasar boleh dikumpulkan dan dikisar sekali lagi supaya betul-betul halus.
5. Simpan dalam bekas bersesuaian dan boleh digunakan dalam masakan.
Menu ayam masak merah boleh dikatakan kegemaran semua orang hinggakan waktu kenduri kahwin ia jadi lauk wajib.
Biasanya bila buat ayam masak merah, kita akan menggunakan sos cili dan tomato, tapi sebenarnya tanpa menggunakan sos, lauk ini tetap enak.
Caranya dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah tanpa sos
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
6. Dah cukup rasa dan sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.