Tauhu bergedel adalah kudapan yang sangat menyelerakan. Tauhu kering yang diisi inti kentang bersama ayam atau daging kisar, kemudian dimakan pula dengan sambal kicap, memang mengasyikkan.

RASA berikan resipi mudah untuk anda semua. Jom kita lihat resipinya.

TAUHU BERGEDEL INTI AYAM & SAMBAL KICAP

Resipi Tauhu Bergedel, Gerenti Sedap Terangkat!

BAHAN-BAHAN
5 biji ubi kentang (rebus dan lecek)
Minyak masak untuk memumis
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar
Garam secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dicencang)
Lada hitam
Lada sulah
30 biji tauhu kering
3 biji telur ayam

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang. Kemudian lecek. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang holand sehingga layu.
3. Masukkan isi ayam.
4. Apabila ayam sudah masak, masukkan garam, daun sup dan daun bawang.
5. Masukkan lada hitam dan lada sulah. Kacau.
6. Matikan api dan angkat.
7. Masukkan bahan tumisan ini ke dalam bekas kentang lecek tadi.
8. Ambil tauhu kering dan potong bahagian atasnya.
9. Bentukkan bulat-bulat inti bergedel tadi. Masukkan ke dalam tauhu kering. Ulang sampai habis inti dan tauhu kering itu.
10. Ambil telur ayam. Pukul telur ayam dengan sedikit garam.
11. Celupkan tauhu ke dalam telur. Goreng dalam minyak panas dan banyak.
12. Angkat dan ulang sampai habis.

SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
10 tangkai cili padi hijau
4 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Kicap secukupnya

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng cili hijau, bawang merah kecil dan bawang putih.
2. Masukkan cili dan bawang tadi dalam pengisar.
3. Masukkan juga garam, gula dan kicap.
4. Kisar semuanya sehingga halus. Kalau pekat sangat, boleh tambah air.
5. Siap!

IKLAN

Resipi Tauhu Bergedel, Gerenti Sedap Terangkat!

Selamat mencuba!

Sumber: Hidayati Hana melalui Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI