Spring roll makaroni ni memang sedap. Bertambah sedap bila ada keju. Kalau kelazimannya kita makan popia, apa kata sesekali kita cuba buat kelainan. Kali ini RASA kongsikan resipi membuat Spring Roll Makaroni Berkeju. Rasanya memang sedap. Boleh cuba untuk minum petang. Resipi ini juga sesuai untuk dijadikan hidangan sewaktu sarapan.
SPRING ROLL MAKARONI BERKEJU
.
BAHAN-BAHAN
150 gram makaroni
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih (diracik) (BELI DI SINI)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
100 gram sayur campur
10 ekor udang saiz sederhana (dihancurkan)
10 ketul jejari ketam (dihiris halus)
100 gram sos bolognese
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
Herba Itali secukup rasa
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
1/2 cawan keju cheddar
1/2 cawan keju mozarella
Kulit popia secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Rebus pasta sehingga masak dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali.
3. Tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan sayur campur.
4. Masukkan udang dan jejari ketam.
5. Masukkan sos bolognese, garam, herba Itali dan daun ketumbar.
6. Tutup api. Masukkan keju dan pasta. Gaul sebati. Ketepikan.
7. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan campuran pasta tadi. Balut kulit popia dengan kemas.
8. Panaskan minyak masak. Goreng popia sehingga garing.
9. Hidangkan dengan keju nachos.
Kuih koci, antara kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran dan sentiasa dihidangkan dalam majlis-majlis keramaian.
Tapi pernah tak makan kuih koci labu? Rasanya lemak manis memang disukai ramai!
Resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah ini, memang mudah untuk disediakan. Jom kita cuba!
KUIH KOCI LABU LELEH
BAHAN DOH KOCI:
2 cawan tepung pulut – beli online di sini 1 cawan puri labu (1/2 biji labu direbus/kukus. Kemudian, kisar tanpa air guna pengisar kering) Sedikit air ½ sudu teh garam halus Pewarna kuning (optional)
BAHAN INTI KELAPA
1 biji kelapa parut putih ½ cawan air 1 ½ keping gula melaka – beli online di sini 3 sudu besar gula pasir Secubit garam 1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini 2 helai daun pandan | disimpul
Daun pisang secukupnya Minyak untuk disapu pada daun pisang
Dapatkan Khind Multifunction Electric Skillet dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA BUAT:
1. Inti kelapa; Cairkan gula melaka, gula pasir, garam bersama air dan daun pandan. 2. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga air kering. Kemudian, campur tepung gandum. Kacau sebati. Inti jangan terlalu kering, biar lembab-lembab sikit baru sedap. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan sebesar biji guli. 3. Doh koci; Satukan tepung pulut, puri labu dan garam. Gaul. Tambah air sedikit demi sedikit dan pewarna kuning sambil gaul hingga menjadi doh. Dohnya seperti buat doh buah melaka.
4. Sapu dulang dengan minyak supaya doh tak melekat pada dulang. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti di tengahnya. Gentel bulat. Saya dapat 33 biji koci. Bergantung pada saiz juga. 5. Didihkan air. Rebus doh koci. Bila ia timbul di permukaan air, bermakna ia sudah masak. Toskan. Letak di dalam dulang dulu yang disapu sedikit minyak. Jarak-jarakkan koci supaya ia tak melekat di antara satu sama lain. 6. Dadih santan; Satukan semua bahan. Kacau sentiasa di atas api kecil hingga pekat dan meletup-letup.
7. Masukkan koci ke dalam dadih dan gaul perlahan-lahan. 8. Sapu daun pisang dengan sedikit minyak. Letak koci dan sedikit dadih santan di atasnya. Lipat kedua-dua belah daun pisang. 9. Kemudian, hujungnya dilipat secara bersilang ke tengah. Kemudian, lipat lebihan hujungnya ke bawah. 10. Didihkan pengukus dulu. Kukus koci selama 5 minit dengan api sederhana.
Pulut kacau atau dipanggil juga wajik ini memang sedap. Rasa lemak manis pulut likat adalah tarikan untuk menu yang sudah jarang dihidangkan sekarang kecuali bila ada majlis atau kenduri.
Selalunya pulut kacau ini disediakan oleh ibu kita atau orang tua-tua. Cara membuatnya nampak macam susah tapi sebenarnya agak mudah.
Bagi yang teringin boleh cuba buat sendiri, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Afeefah Ahmad. Menurunkan resipi dari ibunya beliau turut menyelitkan tip agar pulut kacau makin sedap, air gulanya berlinang tak serap dek pulut.
1kg beras pulut wangi
1kg santan segar
1kg gula merah hitam
Daun pandan
1. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh bersih dan rendam 2 jam ke atas kemudian tos.
2. Kemudian kukus pulut kembang. Ketepikan.
3. Seterusnya masak air gula bersama secawan air. Masak dengan daun pandan supaya wangi.
4. Selepas air air larut, tapis dan masukkan dalam santan. Masukkan dalam kuali kemudian masak santan dan air gula ini. Masak santan dengan air gula hingga betul-betul pekat.
5. Bila dah pekat masukkan pulut yang dah dikukus tadi. Waktu ini jangan tutup api dulu. Perlahankan saja api.
6. Ratakan pulut, gaul dalam kuali sampai pulut sebati dengan air gula santan.
Selepas pulut dan air gula santan rata baru tutup api dan tuang dalam bekas.
Memasak adalah satu skill yang unik. Apatah lagi skill memasak kuih-muih tradisional yang memerlukan ketelitian dan kesabaran. Walau nampak mudah, tidak semua yang memasak kuih tradisional boleh berpuas hati dengan kualiti rupa dan rasanya.
Bagi CEO Fadeco Group Sdn Bhd merangkap Pengarah Rekaan (Design) di Fabello Interior, Fara Mustapa, minat memasak yang dimiliki membuatkan beliau kerap memasak terutama kuih tradisional.
“Saya suka buat kuih tradisional sebab saya rasa kuih Melayu ni sebenarnya sangat mudah cuma perlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk dapatkan hasil kuih yang cantik. Selain karipap, kuih lain yang saya suka buat adalah kuih seri muka, kuih lapis, donat, kuih keria, kuih bingka pandan, apam nasi sejuk dan bingka ubi. Tapi kuih seri muka antara kuih yang saya sangat suka buat sebab mencabar. Berkali-kali saya buat try and error untuk dapatkan tekstur yang cantik dan sempurna serta rasa yang sedap,” katanya memulakan bicara.
Walaupun pada hari ini menyaksikan banyak resipi kuih tradisional yang dimodenkan, Fara mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Misalnya kuih karipap yang diletakkan keju sebagai intinya.
“Pada pandangan saya, saya lebih suka mengekalkan rasa asli resipi tradisional itu sendiri tetapi boleh dimodenkan dari segi rupa bentuk ataupun warna. Jika rasa kuih itu telah dimodenkan, ianya tidak lagi menjadi kuih tradisional.
Jom kita lihat resipi karipap yang dikongsikan oleh Fara.
BAHAN INTI KARIPAP
Minyak masak untuk menumis
1 tangkai daun kari
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili (tidak perlu jika tidak mahu pedas)
1 cawan daging (dipotong dadu/kisar)
1 cawan ubi kentang (dipotong dadu)
2 cawan ubi keledek oren (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris)
BAHAN KISAR
3 sudu besar udang kering (rendam sekejap supaya lembut)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMBUAT INTI KARIPAP
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dicampurkan dengan sedikit air (sehingga menjadi pes). Masak pes kari sekejap sehingga sedikit garing.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan ubi kentang, ubi keledek dan air sedikit. Masak sehingga ubi kentang dan ubi keledek empuk.
6. Masukkan sedikit garam, gula, daun sup dan daun bawang. Kemudian masak sehingga kering.
7. Ketepikan dahulu dan sementara tunggu sejuk boleh sediakan doh untuk kulit karipap pula.
BAHAN KULIT KARIPAP
160 ml minyak jagung
500 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 biji jus limau kasturi (perah dan buang biji)
200 ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP
1. Panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas adunan.
3. Tuang minyak jagung panas tadi ke dalam adunan tepung.
4. Gaul sebati guna senduk kayu perlahan-lahan kerana minyak masih panas. Kacau adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan sedikit garam dan perahan limau kasturi ke dalam air sejuk dari peti ais dan tuang sikit demi sedikit.
6. Uli adunan sehingga lembut dan adunan tidak melekat di tangan. Boleh taburkan sedikit tepung dan sambung uli jika adunan lembik atau tambahkan sedikit air jika rasa adunan keras.
7. Kemudian masukkan doh ke dalam beg plastik yang bersih atau boleh balut dengan wrapping plastic. Bungkus kedap dan perap doh selama 15-30minit.
8. Biar sehingga doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut serta elastik.
CARA PENYEDIAAN KARIPAP
1. Apabila doh telah lembut dan elastik, keluarkan dari plastik dan canai.
2. Boleh terap adunan yang dicanai tadi menggunakan acuan bulat atau cawan. Boleh juga ketipkan karipap menggunakan acuan karipap.
3. Susun karipap yang telah diletakkan inti tadi ke atas dulang yang telah disapukan sedikit minyak masak atau ditabur tepung agar kulit karipap tadi tidak rosak atau terkoyak ketika diangkat untuk digoreng.
4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Kemudian bolehlah mula menggoreng karipap sehingga kekuningan.
TIP PENTING KETIKA MENGGORENG
1. Panaskan minyak masak kemudian perlahan semula api sebelum masukkan karipap.
2. Minyak masak tidak boleh terlalu panas bagi mengelakkan kulit karipap menggerutu atau berbonjol.
3. Kulit karipap juga jangan dicanai terlalu nipis bagi menghasilkan kulit karipap yang cantik dan licin ketika digoreng.
4. Minyak masak juga jangan terlalu tidak panas kerana nanti kulit karipap akan menyerap minyak yang banyak ketika goreng. Jadi perlu sesuaikan api dan kepanasan minyak masak ikut dapur masing-masing.
Tanpa sedar, beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia yang kerap diulang sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser jika diambil secara berlebihan dan berpanjangan.