Rasa kongsikan resipi dari Jemah Jematul Adawiyah buat Cream Puff 3G Gebu, Gemok dan Gendut. Caranya sangat senang dan mudah, yang puan-puan boleh cuba.

 

RESIPI CREAM PUFF MAK JEMAH

BAHAN-BAHAN:

  • *100gm marjerin/butter
  • *275gm air
  • 150gm tepung gandum
  • 3bj telur gred C

Bhn yg bertanda * Masak dlm kuali smpai marjerin cair

  • Suhu oven 180cc
  • Tempoh bakar 40minit

*Kalau oven cepat panas turunkan suhu jaa

 

CARA MEMASAK:

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Kacau sebati smpai jadi mcm ni

IKLAN

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Bila dah x melekat kt kuali dah bole tutup api.. terus alihkan ke dlm bekas lain

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Rehatkn sat adunan biar hilang haba panas dulu.. bila dh suam2 kuku masukkn creamy vanilla 1sudu kecik
Kendian masuk kn teloq satu per satuuuu.. 😃

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Rupa adunan selepas dimasukkan telur. Td dh buh tp terdelete kot.
Teloq kena masukkan satu persatu nohhh.. klau contoh resepi 4bj teloq.. masukkan 3 bj dulu tgk keadaan doh klau elok mcm ni tayah tmbah dh teloq. Klau agak kental pecah kn teloq dlm bks lain pastu godak skit tmbah ke dlm adunan skit2.. tutup mixer tadaaaa bule transfer masuk piping bag dah..

IKLAN

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Masukkan dlm piping bag pastu paip ke dulang . Sblm tu panaskan oven 10-15minit suhu 180cc. Terpulang oven msg la nohhh
Sblm bakaq renjis2 dipilis sket dgn ayaq sejuk.. muncung2 cp tu penyekkan sket dgn jari.

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

Nahhh siap masak.. bagi sejukkk dah boleh paipkan special custard cream.
Simpan di peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.

Kredit resipi: Jemah Jematul Adawiyah

IKLAN

 

RESIPI CREAM CUSTARD

Cara Mudah Dan Senang Buat Cream Puff Gebu, Gemok, Gendut!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200ml (1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh esen vanila – ita tambah
  • sedikit pewarna kuning – ita tambah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
  3. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
  6. Masak sehingga pekat.
  7. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
  8. Ulang sehingga pekat.
  9. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Kredit resipi: Azlita masam manis

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI