Makanan India kebanyakkannya sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Tapi kali ni admin nak kongsikan buat resipi baru ni. Jom belajar buat Dosa. Dosa adalah sejenis makanan seperti crep tipis dari India Selatan yang popular di seluruh dunia. Terdapat banyak jenis resipi dosa, tapi apa kata kita cuba resipi Sponge Dosa ni nampak menarik!
Sponge Dosa (Aval / Poha Dosa)
Bahan-bahan:
Beras Mentah – 2 cawan
Biji Halba- 1/4 sudu teh
Air secukup nya..
Emping beras – 1 cawan
Dadih – 1 1/2 cawan
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Ads
Ambil mangkuk. Satu kan beras mentah, biji halba, air dan biarkan selama 2 jam.
Di dalam satu mangkuk lain rendam emping beras dan dadih selama satu jam.
Selepas satu jam, campur kan 1 dan 2 beras. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Blend hingga halus.
Setelah adunan sebati, biarkan ia selama minimum 1 jam.
Panaskan kuali, cair adunan dengan sedikit air. Tuangkan ia di tengah. Tambah minyak di sisi. Tutup kuali dan biarkan masak. Siap!!!
Pak Choi ni memang antara sayur yang best. Selain dibuat sup, ia juga enak dimasak seperti resipi di bawah ni. Rangup, berjus, mudah dan murah! Tak hairanlah sayur ni menjadi kegemaran ramai.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging jeruk tentunya membuka selera. Untuk menikmatinya, tak perlu masak terlalu lama. Hanya panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili. Keenakan dan haruman bau daging jeruk goreng ni memang membuka selera. Jom cuba resipi mudah perkongsian saudari Salimah Olie ni. Sangat berbaloi.
DAGING JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis.
2. Ambil bekas berpenutup kemudian susun kepingan daging menajdi lapisan pertama.
3. Tabur garam halus secukupnya dan perah jus lemon/limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
4. Kemudian susun daging untuk lapisan kedua. Tabur garam dan perah limau secukupnya. Ulang langkah sama hingga kepingan daging habis.
5. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk di ruangan biasa selama 2-3 hari.
6. Bila daging bertukar warna pucat, dah boleh dimasak dan dinikmati.
7. Untuk menikmati daging jeruk, panaskan sedikit minyak dalm kuali dan masukkan daging jeruk. Daging tidak perlu dibasuh.
8. Bila daging hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan cili. Gaul rata dan masak hingga layu.
Bagi penggemar Kek Chiffon, resipi Kek Chiffon Pandan dari Ummu Ashraf ni patut anda cuba. Istimewa resipi beliau ini, ia adalah resipi orang lama yang tidak menggunakan ovalette. Hanya tambah pati dari daun pandan segar dan juga pati santan. Memang terbaik hasilnya. Jom cuba!
BAHAN B: 9 biji putih telur 1 sudu teh jus lemon 100gm gula kastor
Dapatkan CORELLE FAIRY FLORA 17PCS DINNERWARE SETdengan harga diskaunDISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Untuk bahan A, pukul kuning telur dan gula kastor hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung, pati daun pandan, esen vanilla, esen pandan dan garam. 3. Kacau rata semua bahan ini dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Pukul rata. 4. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang telah diayak ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil. 5. Untuk bahan B, putih telur hingga berbuih. 6. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang. 7. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk.
8. Kaup balikkan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati. 9. Masukkan 1/3 lagi adunan putih telur, kaup balik hingga sebati. Ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur. 10. Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan.
11. Bakar 55 minit pada suhu 170C. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah ketuhar.
12. Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas ketuhar. 13. Selepas 55 minit, keluarkan kek dari ketuhar dan terbalikkan loyang supaya kek tergantung dan tidak kempis. 14. Biarkan kek betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang.
Ketahui perbezaan sebenar antara Ayam Geprek, Ayam Gepuk dan Ayam Penyet. Artikel lengkap ini membandingkan asal-usul, rasa dan teknik penyediaan dengan jelas menggunakan fokus pada Ayam Geprek.