Pagi ni RASA nak share satu resipi legend yang simple tapi sedap sesangat tau. Sotong bercili kalau dimakan dengan nasi panas-panas, memang tak nampak kiri kanan dah. Tak payah ada banyak lauk. Cukup lauk ni saja. Jom try buat!
SOTONG TUMIS BERCILI
Ads
Bahan-bahan:
Sepinggan sotong (bersihkan)
Minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
10 biji cili padi
Garam secukup rasa
1 sudu besar serbuk kunyit
Ads
Cara membuat:
1) Tumis sotong tanpa minyak dan tos airnya. Ketepikan.
2) Tumiskan bawang putih dan bawang merah.
3) Masukkan cili padi.
4) Masukkan sotong dan masak lagi.
5) Masukkan garam dan serbuk kunyit.
6) Masak lagi sehingga kering.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Lala Masak Masam Manis ni. Ia juga dikenali dengan nama siput Retak Seribu. Selain masak seperti ni, ia juga sedap kalau dijadikan masak lemak. Memang bertambah nasi dalam pinggan. Bagi anda yang bercadang nak masak ‘seafood’ lambak, resipi Lala Masak Masam Manis perkongsian saudari Rosni Musani antara yang boleh dicuba. Sangat mudah. Selamat mencuba!
RESIPI LALA MASAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dengan secukupnya. Tumis sampai cili masak.
3. Bila cili dah mula garing masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air kalau bahan tumis mula pekat.
4. Perasakan dengan sedikit garam. Jangan masukkan banyak garam bimbang nanti terlebih masin.
5. Masukkan serbuk perasa.
6. Tambahkan juga sedikit gula. Kacau hingga sebati.
7. Akhir sekali, masukkan lala yang telah dibasuh bersih.
8. Gaul sebati dan renihkan sehingga lala masak.
9. Bila kulit lala mula terbuka, padamkan api dan bolehlah diangkat. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.
Bagi penggemar menu Sotong Bakar Berempah, resipi yang dikongsi dari saudari Afy Al Habibi ni antara yang terbaik untuk dicuba. Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali. Andai dinikmati pula bersama nasi panas dan juga air asam, pastinya sangat enak dan membuka selera. Ada yang tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN TUMBUK: 2 inci kunyit hidup 2 ulas bawang putih Secubit belacan – beli online disini 4 tangkai cili padi merah dan hijau 1/2 sudu makan gula perang – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Sotong dibersihkan dari kantung hitamnya dan bahagian dalam. Kemudian kelar sedikit.
2. Sediakan ketiga-tiga jenis pes di atas. Setiap jenis pes tadi, gunakan sebanyak 1/2 sudu makan. 3. Sediakan bahan tumbuk. Kemudian campurkan dengan pes perencah tadi. Sebatikan.
4. Sapu rempah pada sotong yang telah dibersihkan dan dikelar tadi. 5. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Lapik daun pisang. 6. Letak sotong dan bakar sehingga masak. Sebelum diangkat, boleh sapu sekali lagi pes pada sotong untuk rasa yang lebih enak.
7. Sotong Bakar Berempah sudah boleh diangkat dan dihidangkan.
Nampak lauk sotong di kedai mamak, memang sangat memanggil-manggil. Dengan saiznya yang besar, warnanya pula nampak sedap sungguh. Tapi ada kalanya seram nak pilih lauk sotong. Bimbang harganya yang mahal. Nah, sekarang korang boleh try masak sendiri. Resipinya kami kongsikan.
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.