Chef Hussin Tetap Cinta Masakan

Mengenali seorang lagi chef selebriti berbakat besar yang serba boleh. Beliau bukan sekadar pakar dalam masakan tetapi juga seorang ahli akademik  yang mendidik anak bangsanya dalam bidang kulinari. Personaliti yang dimaksudkan adalah Chef Hussin Khan Ramatullah,  seorang Pensyarah  di Jabatan Kulinari, Falkuti Pengurusan Hotel dan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM)Pulau Pinang.

Beliau seorang yang sangat postif dan sentiasa meneroka peluang-peluang baru berkaitan dunia masakan yang sentiasa berkembang dan tidak habis diterokai.  Unjuran itu perjalanan Chef Hussin dalam dunia masakan melalui plot-plot  suka duka yang memberikannya banyak  pengalaman menyeronokan.

“Minat memasak hadir selepas setiap hari saya pegang pisau dan senduk di dalam dapur semasa ambil kursus kulinari di UiTM. Sebab lain, mungkin kerana saya juga seorang yang suka makan. Bila suka makan kenalah pandai masak,” ujar Chef Hussin yang kini sibuk mempromosikan buku masakan barunya 101 Resepi Destinasi Makan Popular Pulau Pinang bersama Popular Bookstore.

Mula Kerjaya Sebagai Chef Hotel

Selepas tamat pengajian Hussin memasuki industri sebagai chef di beberapa buah hotel.  Antaranya di hotel Shangri-La Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan The Pan Pacific Glenmarie.

“Selain bekerja di hotel saya pernah menjadi Pegawai Penyajian Penerbangan Asing Mas Catering Sdn. Bhd.  Paling manis dan rasa dihargai apabila saya dijemput sebagai Chef Jemputan ke Istana Darul Iman serta Darul Izzah Brunei Darussalam oleh Hyatt Borneo Management Services.

“Sepanjang kerjaya sebagai chef itu juga saya pernah menyertai beberapa pertanding memasak anjurkan Persatuan Chef-chef Malaysia seperti pertandingan Salon Culinaire Malaysia 1995 & 2005 dan Battle of the Chefs – 11th Penang International Salon Gastronomique,” tegas Hussin penerima pingat emas Brussels Innova 2010 (Belgium), Invention, Innovation & Design Exposition 2008 & 2009 dan BioMalaysia Conference & Exhibition 2009.

Beliau mempelbagaikan pembabitan dalam bidang masakan, selain memasak di dapur chef juga menjadi kolumnis ruangan resipi dalam pelbagai majalah dan menghasilkan buku resipi. Antaranya 101 Resipi Menggunakan Rempah Ratus. Pun begitu, beliau turut berkesempatan memenuhi undangan sebagai juri  masakan untuk pertandingan dan demo masakan anjuran  badan kerajaan dan swasta.

 

“Paling manis bila saya diberi kepercayaan menjadi hos untuk Rancangan Spice Routes  untuk dua musim tahun 2015, chef jemputan Bukan Sekadar Resipi tahun 2014, Kokolog dan Nasi Lemak Kopi O (2011) dan finali Maggi Mencari Bintang TV3 (2008)

“Antara perkara yang tidak boleh dilupakan adalah semasa berada di pergunungan Tian Shen Krygyzstan. Saya telah tunaikan impian masa kecil dan juga impian jutaan rakyat Malaysia untuk menyediakan dan makan Ais Kepal Adabi menggunakan ais salji,” ),”cerita Chef Hussin kini penyarah di Jabatan Seni Kulinari, Falkuti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM, Pulau Pinang dan bertindak sebagai penasihat akademik bagi pelajar Seni Kulinari.

Berkongsi Ilmu Masakan

Bila ditanya kenapa beralih arah dari dapur hotel ke bidang pendidikan dan apa perbezaan dilalui. Katanya, mengajar dan bekerja di dapur hotel adalah dua suasana yang berbeza.

IKLAN

“Saya pernah merasai dunia sebenar chef di hotel lima bintang dan saya menyukainya. Hanya chef berjiwa kental saja mampu bertahan. Saya tinggalkan dapur hotel untuk menyambung pengajian  Sarjana Muda Sains Pemakanan di UKM, bila tamat saya bekerja sebagai tenaga pengajar sambilan sebelum diserap sebagai  Pensyarah.

“Apa pun saya masih dalam bidang masakan, cuma dulu saya memasak tetapi kini lebih kepada berkongsi ilmu masakan dengan generasi muda. Saya seronok melakukan ini kerana masa yang sama saya masih boleh memasak, menghasilkan buku resipi, menerima undangan sebagai juri dan apa sahaja berkaitan masakan, selagi tidak menggangu tugas sebagai sebagai pensyarah,”beritahunya  yang masih dahagakan ilmu dalam dunia kulinari.

Beritahunya lagi,  memilih kerjaya sebagai chef kerana minat dan dilakukan kerana Allah kerana itu yang tercatat sejak azali lagi , bukan untuk meraih glamor. Sekarang sebagai pensyarah juga kerana minat saya  ingin berkongsi maklumat kepada orang ramai.

“Apa saja yang saya lakukan, saya pastikan niatnya betul terlebih dulu. Apapun saya masih dahagakan ilmu.  Ada tugas yang masih belum selesai dan masih mengharap agar diberi peluang sekali lagi,” ujarnya bangga kerana keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

Pernah melalui pengalaman sebagai chef professional dan kini sebagai chef selebriti,  Chef Hussin menegaskan ia adalah dua perkara bebeza. Untuk menjadi chef selebriti, ia mmerlukan kepetahan bercakap di depan kamera ataupun di khalayak ramai. Chef selebriti yang baik adalah chef yang dapat mendidik penonton dengan skil dan ilmu memasak yang betul. Bukan sekadar campak mencampak bahan ke dalam kuali sambil berceloteh saja.

“ Chef professional, This is the Real Chef , dunianya hanya di dapur hotel. Mereka ini berjiwa kental dan boleh bertahan lama disesebuah hotel. Jiwa mereka hanya kepada makanan dalam memberikan yang terbaik kepada orang ramai. Kedua-duanya mempunyai peranan dan kepakaran berbeza. Bagi saya profesion Chef harus dihormati dan bukan digunakan untuk meraih populariti murahan seperti apa yang berlaku pada hari ini,” tegasnya mengakhiri perbualan.

GULAI IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 5 keping isi ikan merah | bersihkan dan tos
  • 1 cawan rempah kari ikan | dijadikan pes
  • 1/2cawan air asam jawa
  • 5 biji kacang bendi
  • 3 biji cili hijau |dibelah 2
  • 2 biji tomato |dibelah 4
  • 1 cawan santan kelapa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Daun bawang | untuk hiasan

BAHAN KISAR:

  • 1 sm halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 – 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu kecil jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan bahan rempah hingga naik baunya.
  2. Masukkan pes kari lalu ditumis hingga pecah minyak.
  3. Tuangkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan tuangkan santan.
  5. Masukkan bendi, tomato dan cili hijau lalu dibiarkan sebentar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.

INFO CHEF: Anda  boleh tukarkan santan dengan susu rendah lemak untuk anda yang berdiet.

 

LALA TUMIS HALIA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 kg lala | dibersihkan dan tos
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dipotong bulat
  • 5 biji cili padi | diketuk
  • 1 batang serai | diketuk
  • 2 – 3 inci halia | dipotong memanjang
  • 1 biji cili besar merah | dihiris nipis
  • Garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa
  • 2 – 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • Sedikit minyak | untuk menumis
  • ½ biji lobak merah | dipotong memanjang
  • Salad hijau dan daun ketumbar | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia.serai dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, lobak merah dan lala. Kacau sebati.
  3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk lada putih dan jus limau nipis.
  4. Taburkan daun ketumbar lalu dihidangkan lala bersama salad hijau.

INFO  CHEF: Pastikan lala yang digunakan adalah lala yang segar.

Penulis dan Penyelaras: Shida Yasin

_____________________________________________________________________________________________________

                                                              BONUS: JAWAB & MENANG

Jawab soalan di bawah dan dapatkan 10 buku ini percuma dan 5 baucar pembelian bernilai RM50 di Popular Book Store . 15 Pemenang akan dipilih secara cabutan rawak daripada  e-mel  yang diterima dan menjawap semua soalan  dengan betul.

KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD

SOALAN 1:  Dimanakah Negeri kelahiran Chef Hussin Khan.

SOALAN 2:  Senaraikan 3 program tv yang pernah dikendalikan oleh beliau.

SOALAN 3:  Apa yang paling anda suka dalam portal Majalah Rasa ini?  Jawapan (15 patah perkataan)

E-mel kan jawapan anda kepada : ida.aziz@karangkraf.com