Menu ringkas untuk masak sotong yang sedap tentunya Sotong Masak Asam. Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur. Ingat tau, masak sotong ni kejap saja. Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat. Jadi, kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar. Jom cuba.
SOTONG MASAK ASAM
Bahan-bahan:
Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia | dihiris halus
3 ulas bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah | dipotong serong
Asam jawa sebesar ibu jari | dibuat air asam
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih.
Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing.
Kemudian, masukkan sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
Tambah air jika suka berkuah.
Kacau sebati hingga mendidih.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
INFO:
Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi.
Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.
Sotong Masak Kicap Pedas, bau pun dah buat kita tergoda. Ada hari-hari tertentu, kita cuma nak masak sesuatu yang ringkas tetapi tetap buat satu rumah berselera. Tak perlu menu rumit atau bahan mahal, cukup satu lauk yang pedas, manis, berkuah pekat dan penuh aroma.
Walaupun nampak simple, sebenarnya ada beberapa teknik kecil yang membezakan hasil yang biasa-biasa dengan hasil yang betul-betul padu. Resipi ini bukan saja sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, tetapi juga kegemaran ramai yang suka lauk berwarna gelap berkilat dengan rasa pedas yang membangkit selera.
Sotong yang lembut, kuah pekat manis pedas daripada gabungan cili kisar dan kicap, ditambah pula bawang Holland yang wangi, semua elemen ini bersatu menghasilkan hidangan yang memang susah nak berhenti makan.
Ramai yang suka sotong, tapi ramai juga yang frust bila sotong jadi liat. Kuncinya mudah: sotong tak boleh dimasak lama. Sotong hanya ada dua pilihan masa, masak kurang dari 2 minit atau masak lebih 20 minit. Jika berada di tengah-tengah tempoh itu, sotong akan menjadi keras.
Untuk masakan kicap pedas yang memasak sotong menggunakan tumisan, pilihan terbaik ialah masak yang cepat. Dalam resipi ini, sotong dimasak sekejap sahaja pada awalnya, sekadar untuk keluarkan air sotong. Kemudian, sotong diketepikan dan hanya dimasukkan semula di bahagian akhir bersama sos dan bawang Holland.
Teknik ini memastikan sotong kekal lembut, tidak mengecut berlebihan dan rasa manis semulajadinya masih terjaga. Jika anda mahu elakkan sotong melepaskan terlalu banyak air, boleh taburkan sedikit garam pada sotong, gaul dan bilas cepat untuk mengurangkan bau hanyir serta menjaga tekstur.
Walaupun hidangan ini menggunakan sedikit bahan sahaja, kekuatan rasanya datang daripada teknik menumis. Bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi memberikan asas aroma yang wangi dan pedas. Apabila ditumis hingga naik bau, ia menghasilkan kuah yang lebih berperisa dan tidak hanyir.
Bahagian paling penting ialah apabila cili kisar dimasukkan. Pastikan cili ditumis hingga pecah minyak atau sekurang-kurangnya masak sepenuhnya. Jika bahagian ini tergesa-gesa, rasa masakan akan sedikit “mentah” dan kurang seimbang. Lagi lama cili kisar ditumis (tanpa hangus), lagi sedap kuah kicap pedas anda nanti.
Gabungan tiga sos iaitu sos cili, sos tiram dan kicap pekat memberi keseimbangan rasa yang lengkap. Sos cili menambah rasa pedas manis, sos tiram menambah umami serta sedikit kemasinan, manakala kicap pekat memberikan warna gelap cantik dan kuah yang lebih pekat.
Bawang Holland lebih manis dan rangup berbanding bawang biasa. Apabila dimasukkan di akhir masakan, ia tidak terlalu lembik dan masih memberi tekstur segar serta aroma yang sedap. Cili padi yang ditambah sebagai hiasan pula memberikan ‘kick’ pedas tambahan, sesuai untuk penggemar lauk pedas.
Keistimewaan Sotong Masak Kicap Pedas bukan sekadar pada rasa, tetapi pada kecepatan penyediaannya. Dengan bahan yang ringkas dan teknik memasak yang mudah, hidangan ini boleh siap dalam 10 minit sahaja. Ini menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sibuk bekerja, atau ibu-ibu yang mahu masak cepat tetapi tetap hidangkan lauk yang nampak ‘mahal’ di meja makan.
Hidangan ini sangat sesuai digandingkan dengan nasi putih panas, telur dadar, sambal belacan atau sayur tumis ringkas. Ia juga sedap dijadikan lauk tambahan dalam menu harian keluarga. Bila hidangan ini terhidang, bau dan warna kuahnya sahaja sudah cukup untuk membuat ramai tambah nasi.
Berkunjung di kediaman Datin Sri Eima, memberi peluang kepada penulis untuk mencuba menu autentik Sarawak dan Perak yang sangat sedap, ternyata isteri kepada Datuk Sri Abang Aditajaya, ahli perniagaan dari Sarawak ini pandai memasak dan baking. Cuma semasa kunjungan kami, beliau tidak sempat baking kerana agak kesuntukkan masa.
“Sebenarnya kalau nak ikutkan minat saya lebih suka baking dari memasak. Tetapi memasak ini adalah keperluan rutin, jadi setiap hari kalau tak masak pun saya kena juga sediakan hidangan untuk keluarga, berbanding baking, selalunya bila saya ada masa lapang atau bila birthday anak-anak.
“Hari ni, agak sibuk sikit, saya tak sempat baking, cuma sempat sediakan beberapa jenis lauk untuk RASA cuba. Daging Hitam Gula Apong ni adalah kegemaran suami kerana dia orang Sarawak. Menu ini saya belajar dengan arwah ibu metua sampai menepati rasa seperti diinginkan suami. Jadi ini adalah menu wajib keluarga saya bila Hari Raya atau hari-hari tertentu kami mengadakan keraian,” cerita Datin Sri Eima yang tampil cantik serba putih petang hari itu.
Satu lagi menu yang tidak kurang menariknya, ialah Rendang Jering. Rendang ini adalah menu warisan keluarga Datin Sri Eima yang berasal dari Perak. Ternyata jering yang kuat baunya itu bila diolah menjadi rendang ia sangat sedap, rasa kenyal dan tiada bau, malah lebih sedap dari daging yang dicampurkan bersama.
“Ini adalah menu turun temurun keluarga saya, saya pelajarinya dari ibu. Jering yang sesuai untuk dijadikan rendang mestilah jering tua dan ia perlu direbus lama dan dua tiga kali tukar air sebelum boleh dibuat rendang. Itu sebabnya tak ada bau dan lembut, ternyata bila penulis rasa memang sedap dan rasa macam tak boleh berhenti makan. Memang terbukti sedap. Jika ingin cerita lanjut mengenai Datin Sri Eima boleh dapatkan Majalah Rasa Febuari 2019 ye…
DAGING MASAK HITAM GULA APONG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
RENDANG JERING
BAHAN-BAHAN:
1kg jering | rebus
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
UDANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang, sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga. Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari. Sesekali ubah selera tak salahkan? Memang terbaik menu ni,
TEMPE GORENG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
MASAK KICAP BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
SERUNDING DAGING KELAPA:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
PEPES UDANG & TAUHU:
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.