Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. RASA kongsikan 6 resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk kamu cuba.
JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | potong panjang
1/2 biji lobak merah | potong julliene
1 biji Benggala hijau |potong julliene
1/2 biji kubis | potong kasar
1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
½ mangkuk air
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan sedikit air.
Masukkan sotong, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, cili Benggala hijau, kubis dan cendawan.
Akhir sekali masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan sengkuang untuk lebih sedap.
UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor Udang XL | potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili merah | hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | koyakkan
1 mangkuk santan
½ mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng sebentar petai. Angkat dan ketepikan.
Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih.
Kemudian masukkan pes tomato, air asam jawa dan biarkan ia masak seketika.
Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang dan petai.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan bawang besar.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas.
KETAM SAMBAL NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
3 ekor ketam | bersihkan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan taucu
2 tangkai daun kari
BAHAN-BAHAN LAIN:
½ mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kalau mahu lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar ketika menumis.
KARI BEBOLA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK BEBOLA IKAN:
500gm isi ikan Tenggiri
1 sudu makan tepung jagung
Air garam secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
½ inci halia | kisar halus
½ inci lengkuas | kisar halus
4 batang cili merah | kisar halus
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
1 batang terung | potong panjang
2 biji tomato | belah 4
5 batang bendi
CARA MEMASAK:
Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN
BAHAN-BAHAN:
3 keping ikan tenggiri
Kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
1 biji cili merah | hiris
1 sudu makan taucu
½ mangkuk air asam jawa
BAHAN-BAHAN HIASAN:
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur ikan dengan kunyit dengan garam. Goreng ikan tenggiri sehingga garing. Ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
Kemudian masukkan taucu dan masukkan air asam jawa.
Biarkan kuahnya pekat sedikit. Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. Kacau sekata.
Setelah masak. tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan.
Info chef: Rasa taucu sudah masin. Tidak perlu tambah garam jika anda seorang yang kurang masin.
Kongsi Resipi: Resipi: Terima kasih Suhaili Mohd Noor, Seri Kembangan, Selangor.
Kalau datang rasa malas nak masak macam-macam lauk, RASA sarankan korang masak je lauk sotong macam ni. Rasanya dah cukup lengkap manis, masin dan pedas. Rahsia sedapnya masakan sotong ala Thai ni sebab ada gula apung Thai yang menjadikan rasanya sedap tak terkata. Cubalah.
SOTONG MASAK ALA THAI
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg sotong
• 1 biji bawang besar
• 4 ulas bawang putih
• 8 biji cili padi
• 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir / gula melaka)
• 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
• 2 biji limau nipis (perah jusnya, kulit limau dipotong dadu)
• 1 biji tomato (potong dadu)
• Sedikit daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan, baki toskan. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga agak halus. Masukkan dalam mangkuk.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya. 4. 4. Gaul sebati semua bahan tadi bersama bahan yang telah ditumbuk halus.
5. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
CARA PENYEDIAAN
Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja di atas sotong.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...