Macam ni rupanya buat stok air rebusan. Nah…Siapa sangka, dari bahan buangan seperti kulit dan kepala udang, boleh diguna untuk membuat penambah rasa pada masakan. Tak perlu keluarkan duit untuk membeli bahan perasa tambahan. Hanya guna sisa dari bahan masakan, anda boleh hasilkan air rebusan yang boleh digunakan dalam menyedapkan lagi masakan anda. Menerusi perkongsian dari Chef Sue M Arukin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan air rebusan menggunakan kulit dan kepala udang. Jom lihat cara-caranya.
CARA BUAT STOK AIR REBUSAN UDANG YANG SEDAP & JIMAT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Basuh bersih kulit dan kepala udang.
2. Masukkan ke dalam periuk dan penuhkan air. Rebus.
3. Bila air rebusan tinggal separuh, padamkan api. Jika suka, boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu kemudian tapis untuk mengambil patinya.
3. Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk bekukan.
4. Untuk lebih mudah, biasanya Chef Sue simpan dalam bekas kecil-kecil dalam potion untuk sekali guna. Air rebusan ini boleh disimpan beberapa bulan lamanya. 5. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sup Sayur, Sambal Tumis, Bihun Sup dan macam-macam lagi.
Oh, ada satu tip tambahan buat anda. Kalau beli udang, terutamanya yang bersaiz besar, anda boleh bersihkan mengikut cara-cara ni.
Buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.
Penggemar hidangan Sotong Kangkung mesti suka resipi ni. Maklumlah, jika dibeli, sepinggan kecil sahaja dah mahal harganya. Sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Menerusi perkongsian saudari Rosilawati Masri beliau kongsikan resipi Sotong Kangkung yang mudah, sedap dan tak guna banyak bahan. Selamat mencuba.
CARA MASAK SOTONG KANGKUNG MUDAH, SEDAP & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Cuci sotong dan potong kecil. Rebus dalam 10-15 minut. Toskan. 2. Dalam air panas yang berlainan, celur pula kangkung selama 7-8 minit. Toskan.
3. Dalam bekas bersesuaian, campurkan sos plum, petis, gula dan cili tumbuk. Kacau hingga sebati. Perah sedikit asam limau. 4. Letak kangkung dan sotong dalam pinggan ikut jumlah yang hendak dimakan. Tuang sos campuran dengan secukupnya, tabur kacang tumbuk dan sedia untuk dinikmati.
Resipi udang ketak masak kung pao? Selalu makan ayam kung pao, kali ini boleh cuba versi seafood.
Udang rangup yang digaul dengan kuah atau sos masam, manis, pedas serta aroma wangi halia dan cili kering memang akan menambat selera. Kuah pekat sedap yang bersalut pada udang rangup confirm akan buat kita makan tanpa tinggal sisa.
Cara membuatnya juga tak susah sama saja dengan ayam masak kung pao. Cubalah!
350g udang ketak -dibersihkan dan dibuang kulitnya
1 biji putih telur
1 sudu kecil minyak masak
Sedikit lada hitam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 ½ sudu besar kicap cair
½ sudu besar cuka
½ sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula
¼ sudu kecil minyak bijan
100ml air
*Satukan semua bahan ini.
Halia – dihiris
Bawang putih – dicincang
Cili kering – dipotong
1 sudu besar sos tiram
Bawang holland – dipotong dadu besar
Daun bawang – dipotong
1. Gaulkan udang dengan bahan salutan hingga sebati.
2. Panaskan minyak, goreng udang hingga keemasan. Angkat, kemudian goreng sekali lagi untuk hasil lebih rangup. Toskan.
3. Dalam kuali lain, tumis halia, bawang putih dan cili kering hingga wangi. Masukkan campuran bahan sos bersama sos tiram. Kacau hingga kuah sedikit pekat.
4. Masukkan udang goreng, bawang holland dan daun bawang. Gaul rata hingga semua bahan mesra.
Sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih.