Sosej dan keju. Kebanyakan kanak-kanak memang menyukainya. Kalau buat makanan untuk jamuan di kelas, pasti menu yang ada dua bahan ini habis licin dulu.
Bila sekolah dibuka, ibu-ibu mula menyemak semula resipi-resipi dalam simpanan untuk dapatkan idea bekal anak ke sekolah. Kadang-kadang buntu dah nak masakkan menu yang anak-anak suka.
Kali ini, apa kata cuba buat cheesy sausage roll atau sosej gulung berkeju. Ikuti resipi mudah yang dikongsikan Mimie Haszmiza. Mudah, cepat dan sedap. Pasti anak-anak suka bekal ni.
Rebuskan sosej sekejap. Sementara tunggu sosej sejuk, bolehlah kita canaikan roti sampai nipis. Tak perlu dibuang bahagian tepi roti sebab rasa membazir pula kalau tak makan.
Ambil sekeping roti, letak sekeping cheese dan sebatang sosej lalu digulung ketat.
Ads
Kemudian, sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat.
Ulang lagi langkah sama sehingga semua sosej siap digulung.
Celup gulungan sosej tadi ke dalam telur. Golekkan dalam serbuk roti, dan kemudian golekkan pula ke dalam breadcrumb (serbuk roti).
Ulang langkah yang sama sehingga semua roti dan sosej hingga siap. Kemudian, panaskan minyak untuk menggoreng. Kita goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
Setelah cukup masa, angkat dan toskan. Memang rangup di luarnya dengan rasa breadcrumb tu. Boleh dimakan dengan sos cili ataupun mayones. Ikutlah cita rasa anak-anak.
Ads
Sosej gulung berkeju dah siap. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekal anak ke sekolah. Buat lebih sikit, kita pun boleh sarapan sekali dengan cheesy sausage roll ni.
Beginilah rupanya setelah dipotong dua. Memang meleleh kejunya kalau makan ketika panas.
Apapun, resipi ini patut cuba untuk bekalkan anak ke sekolah. Mudah, ringkas dan cepat penyediaannya. Ibu-ibu pun tak kalut di dapur.
Apa kudapan yang sedap dan simple untuk petang ni? Jom kita buat resipi yang mudah dikongsi oleh Adelina Ainuddin ni. Bagi yang suka makan Golden Ball di Sushi King nah boleh buat sendiri ikut resipi ni. Ikut step by step,gerenti menjadi. Golden Ball ni memang tak cukup satu. Sesiapa peminat tegar Golden Ball ni, jom buat ikut resipi ni.
Muruku, antara snek yang popular apabila tibanya perayaan Deepavali. Menjadi menu wajib untuk ada di atas meja, sesuai apabila meraikan pesta cahaya ini.
Menerusi perkongsian resipi daripada Fatin Damia ini, muruku kali ini buat ada kelainan sikit dengan diperbuat daripada kacang peas.
Muruku ini tiada campuran telur mahupun perasa tambahan. Sesuai untuk mereka yang vegetarian.
1. Bahan 1: Campurkan air, gula dan garam. Ketepikan. 2. Bahan 2: Kacau santan dan marjerin sampai sebati sebati. Ketepikan. 3. Masukkan semua bahan nombor 1 dan 2 ke dalam tepung beras dan tepung kacang peas. Gaul sebati dan uli.
** Jika adunan keras, masukkan sedikit lagi air dan uli lagi sampai menjadi doh. 4. Leperkan doh senipisnya dan potong memanjang. Saiz serta lebarnya terpulang pada citarasa masing masing. Boleh juga menggunakan acuan maruku jika suka.
5. Panaskan minyak dan masukkan doh yang telah siap dipotong tadi dan goreng maruku sampai garing menggunakan api sederhana besar. 6. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.
Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.
TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping tortilla
150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
Anchor Butter Salted secukupnya
BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):
4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!