1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
1 cawan susu pekat
2 biji mangga (dipotong dadu)
1 cawan sagu
Air secukupnya
1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
Air batu
Cara Memasaknya:
Pertama, masak jeli berperisa mangga. Bila masak, sejukkan dan kemudian potong seperti dadu. Ketepikan.
Masak air hingga mendidih dan masukkan sagu. Bila sagu dah masak, tapis biji sagu. Ketepikan.
Satukan semua bahan di atas di dalam satu mangkuk besar. Masukkan dulu separuh daripada potongan mangga. Kacau sebati. Kalau nak rasa lebih manis, boleh lebihkan susu pekat. Terpulang pada selera masing-masing.
Akhir sekali, masukkan air batu dan bubuh separuh lagi hirisan mangga di bahagian atasnya untuk lebih cantik dan nampak lebih menyelerakan. Siap!
Kolesterol memang membahayakan kesihatan yang boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.
“Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.”
Dengarnya di Ipoh nama ‘Cendol Abang Kacak’ sudah viral di laman sosial. Dengan menggunakan motosikal roda tiga, Abang sado yang bernama M. Kelvinraj baru sahaja berumu 18 tahun menyimpan ini bercita-cita untuk membantu bapanya membuka kedai menjual condol suatu hari nanti, anak kedua daripada empat beradik itu berharap bukan hanya wajahnya menjadi bualan ramai, malah keenakan cendol hasil air tangan ibunya itu turut meniti dari bibir ke bibir.
“Pada hujung minggu sahaja saya akan berniaga di Jalan Bandar Timah di sini berhampiran Plan B Ipoh, pada hari bekerja saya akan berniaga di Jalan Yang Kalsom kerana lebih ramai pelanggan.
“Saya sudah membantu keluarga menjual cendol ini sejak dua bulan lalu dan tidak menyangka akan menjadi viral dan terkenal seperti baru-baru ini,” katanya
Memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalankan perniagaan Wawasan Cendol milik keluarganya sejak setahun lalu. Kelvinraj berkata kebanyakan pelanggan setianya memberitahu keistimewaan cendolnya itu terletak pada rasa gula melaka serta santan asli. Pada hari biasa, dia mampu menjual kira-kira 150 mangkuk dan bungkus cendol manakala pada hujung minggu pula angka itu bertambah kepada 300. Wow! hebat betul..
“Mungkin ramai penjual cendol lain mencampurkan gula melaka dengan gula pasir selain mencampurkan santan dengan air kerana mahu jimat, namun resepi yang digunakan emak saya ini menggunakan seratus peratus gula melaka dan santan asli,” katanya.
Perniagaan Wawasan Cendol yang dimulakan sejak setahun lalu menawarkan pelbagai pilihan cendol seperti cendol jagung, kacang dan pulut dengan harga lingkungan RM3 hingga RM4.50. “Selalunya saya akan berniaga sekitar tiga hingga empat jam sehari iaitu dari 12 tengah hari hingga 4.30 petang bergantung kepada bilangan pelanggan yang datang,” katanya.
Jadi jika kamu bercuti ke Ipoh, Perak boleh singgah sebentar untuk menikmati Cendol Abang Kacak kita ni, mesti hilang haus dibuatnya!
Cara Mudah Buat Cendol Yang Sedap dan Simple! Paling sedap nak minum cendol kalau dapat buat sendiri, apa kata korang cuba resepi cendol yang pasti sedap dan mudah nak dapat bahannya. Cara buat cendol sendiri sangatlah simple!
Sumber: Mstar / Gambar: Natrah MJ
Resepi Cendol Mamak Sedap & Simple
BAHAN-BAHAN CENDOL:
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
1 sudu tepung jagung
Garam
Pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN:
Mula-mula masukkan semua bahan tu dalam priuk dan masak di atas api sederhana hingga kental dan mengkilat.
Kacau terus supaya tidak hangus.
Lepas tu dah masak, masukkan adunan cendol dari kuali tu dalam acunan murukuyang bawahnya dah siap air sejuk.
Tekan kedalam air sejuk tu, kan hasil bulat panjang tu cendol.
Lepas tu simpan sekali dengan airnya tu dalam peti sejuk.
CARA BUAT AIR CENDOL:
Mula-mula masukkan 1/2 kilo pati santan segar dalam periuk bersama garam sikit.
Tak perlu korang masak cukup tambahkan ketul ais je supaya tahan lebih lama.
Masak diatas api sederhana air gula malaka bersama gula merah dan daun pandan, masak lebih kurang 1 jam saja.
Teh Tarik sememangnya terkenal sebagai minuman yang menyatukan rakyat Malaysia. Melayu, Cina,India sukakan minuman ini. Pantang ada kedai yang menyediakan Teh Tarik sedap, pasti diserbu. Malah minuman ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Anda suka minum Teh Tarik? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nurdeanna Affendi ni. Mudah, sedap, kaw dan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Memang terbaik. Jom cuba.
TEH TARIK SUPER KAW
BAHAN-BAHAN:
3 liter air
5 sudu makan serbuk teh
5 uncang teh cap 888 serbuk wangi
3 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 sudu teh garam halus
( bahan-bahan diatas boleh agak-agak. Jangan takut letak lebih bahan sampai dapat rasa ‘kaw’ yang diingini.)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sampai menggelegak. Masukkan semua teh, kacau dan biarkan 5 minit.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair dan garam. Kacau lagi dan biarkan masak dalam 5 minit.
3. Rasa air. Tambah bahan yang diperlukan sampai dapat rasa yang diingini.