Resipi ayam goreng ala KFC ini cukup mudah. Malah, teramat sedap dan rangup. Memang layan habis bila memakannya.
Selain itu, ada cara macam mana nak buat ayam itu akan ada ‘kerinting’ bila digoreng. Macam ayam KFC hot and spicy tu.
Bahkan, bila dapat juga jimatkan belanja bila buat sendiri. Anak-anak pun boleh makan dengan puas. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh puan Reha Rahma ini ye. Mudah je. Bahan pun tak banyak guna.
Resipi kepak ayam mudah yang anda boleh hasilkan sendiri untuk anak-anak. Kombinasi rasa manis, masin & pedas, memang sedap dan kena dengan citarasa. Boleh pakat cuba!
KEPAK AYAM SWEET & SPICY
BAHAN-BAHAN
10 kepak ayam – siang dan bersihkan
10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia – ditumbuk halus
serbuk kunyit
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk lada hitam
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kepak ayam. Boleh juga guna bahagian ayam yang lain mengikut citarasa anda.
2. Campurkan semua bahan secukup rasa.
3. Perap selama sejam atau lebih.
4. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
5. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
Anak-anak kalau dihidangkan dengan ayam masak kicap, pasti berebut makan. Resipi yang dikongsikan ini ada penambahan mayonis, lagi menyedapkan rasa. Selain makan dengan nasi panas, sesuai juga makan dengan roti, nasi impit mahupun ketupat. Bahan-bahan dan cara buat pun mudah saja.
AYAM KICAP MAYONIS
BAHAN-BAHAN: Kicap manis( Fairuz suka guna kipas udang) Sos cili Mayonis 5 ulas bawang putih -dicincang halus Bawang besar (dipotong) 1/2 batang serai diketuk 3 biji tomato (2 biji dicincang halus,sebiji lagi potong dadu untuk hiasan) Ayam yang telah siap digoreng. Ubi kentang yang telah siap digoreng (ini ikut suka nak letak)
CARA MEMASAK:
1.Tumis serai hingga garing.
2.Masukkan bawang putih,biar garing.
3.Bila dah garing, masukkan tomato cincang.
4.Masak sehingga tomato hancur, tambah sedikit air.
5.Bila dah hancur,masukkan sos cili,kicap.Nak pedas boleh letak lebih,nak rasa masin manis boleh lebihkan kicap.Gaul sebati.
6.Dah sebati barulah masukkan mayonis.Sukatan ikut suka,lagi banyak lagi pekat kuah.
7.Bila dah sebati mayonis,masukkan ayam,gaul lagi. 8.Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng, tomato yang dipotong dadu dengan bawang besar.
9.Masak sampai pecah minyak. 10.Siap untuk dihidang. Kredit: Fairuz Abu Hassan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Di waktu hujung minggu, mesti ramai yang duk tercari-cari resipi yang istimewa untuk disajikan buat suami dan anak-anak. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah menu ayam panggang. Ha…anak-anak memang suka ni. Sedap! Buat seekor, satu keluarga boleh makan dengan puas. Nak masak pun tak susah. Jom cuba!
1. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
2. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan madu
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
INFO CHEF:Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.