Sos Cili Ala Thai Homemade, bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
Ads
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cik CA. Nampak mudah dan sedap. Persis resipi dan cara orang tua dulu-dulu. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
RESIPI SAMBAL BELACAN SEDAP, MUDAH & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
**( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah)
NOTA: Panduan sukatan diatas adalah untuk 1 bahagian sambal. Jika nak buat lebih, gandakan sahaja bahan-bahannya.
CARA MEMASAK:
1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang andaCA suka 80-85% lumat je.
5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap rasa sambal ni.
SILAKAN SHARE TAK PERLU MINTA IZIN YA. CA HALALKAN.
Bagi penggemar sajian Cina pasti tidak asing lagi dengan Garlic Chilli Oilatau Minyak Cili Bawang Putih ini. Enak dimakan bersama bubur, sup ayam atau dijadikan sos pencicah dumpling. Walaupun resipinya cukup mudah namun ramai juga yang gagal nak dapatkan Garlic Chilli Oil yang tidak hangus. Kali ini saudari Zurina Zulkefli kongsikan cara dan juga petua untuk membuat Garlic Chilli Oil yang sedap dan mudah hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Menurut beliau, Garlic Chilli Oil ini adalah salah produk homemade yang beliau jual satu ketika dahulu dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Wow…Rugi kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Untuk membuat Garlic Chilli Oil, bahan utamanya tentulah emping cili @ chilli flakes. Empunya resipi guna chilli flakes korea (gochugaru). Jika tiada boleh juga guna emping chili jenama Meriah yang ada di pasaran tempatan.
2. Guna rempah 4 sekawan ini.
3. Cincang halus bawang putih. Lagi halus teksturnya lagi rangup. Jangan tumbuk hingga jadi pes ya. Cincang sahaja. Boleh juga guna mesin kisar tangan /manual.
4. Masukkan minyak masak atau minyak sayuran dan buka api kecil. Pastikan api tidak besar jika tidak minyak cili akan hangus.
5. Masukkkan dahulu rempah 4 sekawan.
6. Kemudian masukkan bawang putih cincang. Gaul dan masak hingga bawang putih jadi warna keemasan. Pastikan tidak sampai warna keperangan sebab kita tak nak bawang putih rasa pahit.
7. Masukkan chili flakes dan garam halus untuk rasa sedikit masin.
8. Kemudian terus padamkan api. Jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
9. Siap dan biarkan seketika.
10. Simpan dalam bekas setelah minyak cili menjadi suam.
11. Boleh nikmati Garlic Chili Oil dengan bubur kosong. Sedap!
Bagi anda yang pernah ke Thailand dan menikmati aneka sajian makanan laut serta kerang-kerangan, pasti pernah rasa keenakan sos pencicah yang disediakan. Pedas, masam, manis memang cukup rasa.
Malah, sos ini juga sesuai untuk dijadikan pencicah bagi ikan kukus, daging bakar atau rebus, kuah kerabu perut, Popia Vietnam dan sebagainya. Memang membuka selera!
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.