Suka makan Ayam Butter? Jika ya, resipi perkongsian saudara Azahari Abdullah ni antara yang paling mudah dan sedap untuk dihasilkan. Kuah mentega yang enak ditambah pula dengan sarang yang rangup, memang terbaik. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun mudah dicari dan senang untuk dimasak. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM BUTTER BERSARANG
BAHAN A:
BAHAN B:
BAHAN TELUR SARANG
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali. Kemudian masukkan bahan A.
3. Setelah ayam sedikit kecut, masukkan bahan-bahan B. Masak hingga warna bertukar jadi kuning keemasan. Angkat ayam dan ketepikan seketika.
4. Untuk menyediakan telur sarang, panaskan minyak dan mentega.
5. Kacau telur dan tuang ke dalam kuali sedikit demi sedikit sambil mangkuk diangkat tinggi.
6. Pusingkan telur dengan senduk dan jangan berhenti sehingga ia lerai cantik. Masukkan daun kari dan hirisan cili.
7. Bila telur nampak keperangan, tuang telur ke dalam tapis dan toskan minyaknya.
8. Letak telur sarang di atas ayam butter tadi. Sedia untuk dinikmati.
Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri bukan sekadar ayam goreng biasa, ia resipi yang pernah dimasak sendiri oleh Tuanku Ampuan Pahang, dan menjadi tular selepas ramai termasuk Yatie Kitchen mencubanya di rumah.
Rasa ayam ni cukup mewah, gabungan pedas, manis dan wangi rempah yang seimbang, membuatkan setiap suapan terasa seperti hidangan istana sebenar. Daging ayamnya kekal lembut, sambalnya pula berkilat dan meresap sempurna. Memang lauk penggoda selera untuk seisi keluarga!
1 ekor ayam
1 keping asam keping
200ml santan pekat
1 cawan kelapa parut goreng
1 helai daun kunyit hiris
3 sudu besar cili kisar ( cili kering )
4-5 helai daun limau purut
2 sudu besar gula merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Air rebusan ayam secukupnya
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
✅ Pastikan cili kisar ditumis lama supaya tak rasa “mentah”. ✅ Gunakan minyak dari goreng ayam untuk rasa lebih beraroma. ✅ Kalau suka rasa manis pedas, tambah 1 sudu madu di akhir masakan.
Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri ni memang layak digelar hidangan mewah rakyat jelata! Resipinya mudah, tapi rasa dan persembahannya menawan. Tak hairanlah bila ramai tukang masak termasuk Yatie Kitchen berkongsi versi masing-masing sebab aroma dan rasanya memang luar biasa.
Hidangan ni sesuai untuk semua, dari meja makan harian hingga lauk kenduri. Bila suap pertama dah rasa pedas manisnya, memang susah nak berhenti! Cubalah hari ini, anda akan faham kenapa resipi ini mendapat tempat di hati ramai peminat masakan istana.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hidangan ayam goreng pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Lebih-lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni. Pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk menikmati juadah di restoran sebegitu. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Buat jugak kentang gorenghomemade. Fuhhh…Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!
AYAM GORENG RANGUP SPICY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SADUR:
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.