Suka makan Ayam Butter? Jika ya, resipi perkongsian saudara Azahari Abdullah ni antara yang paling mudah dan sedap untuk dihasilkan. Kuah mentega yang enak ditambah pula dengan sarang yang rangup, memang terbaik. Nampak sedap kan? Bahan-bahannya pun mudah dicari dan senang untuk dimasak. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM BUTTER BERSARANG
BAHAN A:
500gm isi ayam
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 ½ sudu teh serbuk cili / paprika
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung
BAHAN B:
3 ulas bawang putih
1 ½ inci halia – hiris nipis
1 biji bawang holland
1 sudu makan mentega
1 sudu makan minyak kacang tanah
BAHAN TELUR SARANG
Ads
4 biji telur gred B – dipukul
250gm minyak masak
1 sudu makan mentega
3 tangkai daun kari
1 biji cili merah – hiris nipis
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan A dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan mentega di dalam kuali. Kemudian masukkan bahan A.
3. Setelah ayam sedikit kecut, masukkan bahan-bahan B. Masak hingga warna bertukar jadi kuning keemasan. Angkat ayam dan ketepikan seketika.
Ads
4. Untuk menyediakan telur sarang, panaskan minyak dan mentega.
5. Kacau telur dan tuang ke dalam kuali sedikit demi sedikit sambil mangkuk diangkat tinggi.
6. Pusingkan telur dengan senduk dan jangan berhenti sehingga ia lerai cantik. Masukkan daun kari dan hirisan cili.
Ads
7. Bila telur nampak keperangan, tuang telur ke dalam tapis dan toskan minyaknya.
8. Letak telur sarang di atas ayam butter tadi. Sedia untuk dinikmati.
Buat penggemar Nasi Berlauk Kelantan pasti pernah merasai keenakan Gulai Ayam Specialyang banyak dijual di gerai, restoran dan kedai makan di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuahnya yang pekat dan berperisa, ditambah dengan gabungan bahan-bahan lain menjadikan sajian ini begitu enak sekali. Makan pula bersama nasi yan dibungkus bersama daun pisang. Memang nikmat tak terkata. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan.Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan rempah kari, rempah kerutuk dan serbuk cili.
4. Kacau bahan rempah tadi menggunakan api kecil. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
5. Masukkan 1 cawan air.
6. Perasakan kuah untuk peringkat pertama. Masukkan nise Kelantan, garam dan sedikit perasa.
7. Tutup periuk seketika menggunakan penutupnya. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit menggunakan api perlahan.
8. Masukkan kepingan ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam.
9. Jika menggunakan kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
10. Masak hingga isi kaki ayam sedikit lekang sebegini.
11. Seterusnya tambahkan santan.
12. Masukkan juga sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
13. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.
14. Perasakan buat kali kedua dengan garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
15. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.
16. Hidangkan gulai bersama sambal jantan @ sambal belacan untuk rasa yang enak.
17. Gabungan yang menarik. Kuah ayam gulai pekat, tauge goreng cara Kelantan juga, daging goreng kunyit dan sambal jantan.
18. Bungkus begini menggunakan alas daun pisang untuk aroma nasi bungkus yang terbaik.
Jika anda merancang untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan, RASA ada beberapa cadangan menu yang boleh anda pertimbangkan. Selain lebih jimat, masak sendiri ni juga memberikan lebih kepuasan pada tuan rumah. Jika melakukan tempahan katering, banyak juga yang kena bayar tapi menjimatkan masa serta tenaga. Walau apa-apa pun pilihan anda, apa yang penting, makanan sedap untuk dijamu kepada tetamu yang hadir.
1. KARI UDANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari hingga sebati. (dijadikan pes). 2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, Apabila daun kari sedikit layu, masukkan pes dan tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan pes cili, sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak. 4. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka. 5. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak.. 6. Udang kari sedia dihidang
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama.
2. AYAM MASAK BERLADA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan daun limau purut dan asam gelugor. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi bersama bawang besar yang telah dihiris. 6. Bila bawang layu, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika tidak suka daun limau purut tidak perlu masukkannya. Atau ingin tambah bunga kantan juga boleh.
3. GULAI LEMAK PISANG MUDA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Pisang emas, disiat kulitnya dan dipotong serong. 2. Masukkan semua bahan kisar bersama tulang ikan masin ke dalam periuk. 3. Seterusnya tuangkan santan dan masak hingga mendidih. 4. Selepas itu,masukkan pula pisang tadi dan serai yang telah diketuk ke dalamnya. 5. Taburkan daun kunyit hiris, biarkan mereneh. 6. Tambahkan garam secukup rasa, dan biar kuah sedikit pekat. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Kulit pisang juga boleh dimasukkan ke dalam gulai jika suka.
4. DALCA TULANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Rempah Penumis:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi & minyak masak di dalam periuk. 2. Tumiskan bahan yg dihiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi. Masukkan daun kari. 3. Kemudian masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga timbul minyak. 4. Seterusnya masukkan daging, kacang dal air asam jawa dan sedikit santan. Renehkan sehingga daging lembut. 5. Apabila mendidih dan pecah minyak masukkan semua sayur yang dipotong. 6. Kacau lagi hingga mendidih seketika. 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa, bila hampir masak masukkan tomato dan cili hijau. 8. Kacau seketika, kemudian tutup api. 9. Dalca sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tukar tulang dengan daging tetel.
5. GULAI KAWAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
Bahan Kisar:
CARA MEMASAK: 1. Cuci daging, kemudian rebus hingga empuk. Simpan air rebusan (dalam dua cawan). 2. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan semua bahan kisar hingga wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. 4. Seterusya masukkan kentang, air asam jawa dan daging yang telah direbus. 5. Kacau rata dan masukkan air rebusan daging tadi. Biarkan mendidih lebih kurang lima minit, 6. Masukkan santan. Kecilkan api dan biarkan mereneh. 7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 8. Kari daging sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda dalam mood untuk diet atau kurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan harian, bolehlah cuba dua resipi ayam ini. Cara membuatnya senang dan bahan-bahannya juga tidaklah susah untuk diperoleh.
Melalui facebook Erma Juniza, RASA dapatkan dua contoh resipi berasaskan ayam yang sesuai dinikmati oleh anda yang ingin menjaga berat badan. Erma ialah seorang individu yang aktif membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan berpantang serta melalui proses IVF melalui penyediaan makanan sihat buat mereka.
Menurutnya, hidangan sebegini, selain sesuai untuk ibu-ibu bersalin, turut sesuai bagi mereka yang ingin menjaga berat badan.
Jom kita lihat resipinya.
BAHAN-BAHAN
100 gram isi ayam
1 biji tomato
1 labu bawang besar
2 ini halia
3 tangkai cili padi
1 batang serai
Garam secukup rasa
1 biji lemon
CARA MEMBUAT
1. Rebus isi ayam. Kemudian sejukkan terlebih dahulu,
2. Carik-carikkan isi ayam lalu ketepikan.
3. Tomato, bawang besar, halia, cili padi, serai diracik atau dicencang halus.
4. Masukkan bahan ini ke dalam bekas berisi ayam tadi. Gaul semuanya bersama sedikit garam.
5. Perah lemon. Sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN
200 gram isi ayam
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang outih (dicencang)
3 tangkai cili padi (diracik halus)
1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
Sedikit air
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
CARA MEMBUAT
1. Cencang halus isi ayam.
2. Panaskan minyak masak. Tumis isi ayam bersama bawang putih.
3. Masukkan cili padi dan lobak merah. Gaul rata.
4. Letakkan sedikit air.
5. Masukkan glass noodle dan gaul lagi.
6. Tabur sedikit serbuk lada hitam dan garam.
7. Gaul lagi. Boleh tabur daun bawang jika suka. Sedia untuk dinikmati.