Siakap tiga rasa, sedap dan tak susah sangat nak memasaknya. Kalau keluar makan dengan famili, ia antara lauk yang kita selalu pesan kan? Anak-anak pun suka.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Anita Sahara ini nampak simple. Tapi tetap sedap. Cubalah.
Potong dadu bawang, cili, nanas dan tomato. ketepikan.
Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis hingga naik bau dan sedikit pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai pecah minyak.
Ads
Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau lagi. Tambahkan air. Tunggu sampai agak pecah minyak, masukkan cili potong dan bahan yang dipotong dadu tadi. Kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati. Tutup api. Ketepikan.
Untuk menyediakan ikan, lumur ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan.
Letakkan ke dalam pinggan dan tuang kuah ke atas ikan. Siap!
Sambal Ikan Bilis memang sedap. Selain dinikmati bersama Nasi lemak, ia juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau. Memang kena dengan selera orang Malaysia. Namun ramai yang kadang-kala susah nak jumpa Sambal Ikan Bilis yang kena dengan selera. Nak cuba Sambal Ikan Bilis yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap rasanya? Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL IKAN BILIS NASI LEMAK YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 cawan ikan bilis – dibersihkan – beli online disini 1 batang serai – diketuk 1 helai daun pandan – disimpul 3 sudu makan perahan air asam jawa Gula pasir secukupnya 2 sudu makan gula melaka – beli online disini Serbuk perasa – jika suka Garam Minyak masak – kena banyak
CARA MEMASAK: 1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi. Kemudian kisarkan sekali dengan bahan-bahan kisar yang lain. 2. Panaskan minyak masak yang banyak, masukkan bahan kisar, serai dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak dan kering.
3. Masak dengan api perlahan supaya cili betul-betul masak sekurang-kurangnya 1 1/2 – 2 jam.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan gaul rata.
5. Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam. Gaul lagi.
6. Seterusnya masukkan ikan bilis. Gaul sehingga ikan bilis masak dan sebati dengan sambal.
7. Angkat dan Sambal Bilis Nasi Lemak siap untuk dihidang.
Jika ke pasaraya, pasti pernah lihat filet ikan dori yang diletak di bahagian sejuk beku. Biasanya isi ikan ini enak dimasak Fish & Chips. Tapi jangan tak tahu, ia juga boleh dimasak aneka lauk lain yang sesuai dinikmati bersama nasi. Nak cuba? Jom lihat menu-menunya.
1. FILET IKAN BERSAMA FAT CHOY
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Ikan:
300gm filet ikan Dorry | potong 3X3cm
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Bahan Lain:
1 pokok Fat Choy | potong panjang
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
2cm halia | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1 biji cili merah | hiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap 10-15 minit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Kemudian tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan Fat Choy, cili benggala dan cili merah. Kacau rata.
Seterusnya masukkan ikan, sos tiram, kacau seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api, dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.
INFO CHEF: Selain filet ikan dory anda boleh sediakan filet ikan sendiri. Contohnya anda boleh buat filet ikan merah atau ikan talapia merah.
2. KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih sedap jika ditambah dengan biji gajus yang telah digoreng, kerana ia akan memberikan sedikt rasa lemak pada masakan ini.