Hidangan set lengkap nasi tomato bersama lauk ayam masak merah dan acar sesuai di jadiakan menu berbuka mahupun sajian utama di hari raya. Mesti makan berselera seisi keluarga menjamah hidangan istimewa ini. Nak lagi sedap tambah papadom. Selamat mencuba.
RESIPI NASI TOMATO GOMORE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras – basuh dan toskan
Sedikit minyak masak untuk menumis
3 sudu besar butter/marjerin
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 batang batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang – patahkan
5 sudu besar pes tomato
2 batang serai – ketuk
1 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *.
2) Panaskan minyak dan masukan butter. Apabila butter cair masukkan bahan blend, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam. Kacau sehingga kiub ayam hancur. Masukkan pes tomato. Kacau rata.
4) Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan garam. Kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak.
Ads
RESIPI AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 20, lumur dengan garam kunyit dan goreng hingga masak. Jangan garing
3 biji bawang besar merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai – diketuk
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar pes tomato
Garam dan gula secukupnya
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
2) Masukkan serai. Tumis sampai wangi.
3) Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sehingga naik minyak.
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air. Kacau sesekali supaya tak hangus. Masak sampai kuah pekat.
Ads
RESIPI ACAR TIMUN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji timun – potong memanjang (julienne)
1 batang carrot – potong julienne
3 biji cili padi – hiris halus
1 biji cili besar merah – potong bulat
1 biji bawang besar saiz sederhana – hiris halus
6 sudu besar gula*
6 sudu besar cuka makan*
1 sudu besar garam*
CARA MEMASAK:
1) Masukkan bahan bertanda * dalam mangkuk. Kacau sehingga larut
2) Masukkan sayuran dalam mangkuk besar. Tuangkan larutan cuka+gula+garam ke atas sayuran. Gaul rata. Jangan tambah air. Air sayuran akan keluar nanti.
Makanan yang dimasak secara homemade memang tak pernah mengecewakan. Saiz besar, boleh letak bahan-bahan premium. Memang puas makan! Nak cuba buat Chicken Pizza? Resipi perkongsian saudari Yumni Syazwani ni memang terbaik! Nampak sangat sedap!
RESEPI CHEEZZA HOMEMADE
BAHAN AYAM:
Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisa
Tepung bestari ( pedas)
CARA-CARA:
Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
Nanas dalam tin
Tomato
Lada benggala merah
Keju mozzarella parut
Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.
Kalau makan nasi ayam di kedai, pasti tertanya-tanya macam mana hasilkan ayam yang sedap, garing diluar tapi lembut di dalam. Menerusi perkongsian saudara Mohd Azlie, beliau mengajar cara-cara untuk menyediakan hidangan ayam yang sedap dan ‘juicy’ untuk sajian nasi ayam. Mudah je rupanya. Bolehlah cuba nanti.
CARA MASAK AYAM UNTUK HIDANGAN NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam segar – tanpa potong
BAHAN AIR REBUSAN AYAM:
3 liter air – boleh lebihkan bergantung pada saiz ayam
1/2 senduk besar garam
1-2 biji jus limau nipis
1 senduk besar gula atau madu -jika nak lebih sedap, guna madu
Kicap pekat secukupnya – jumlahnya agak-agak warna air tu jadi macam teh o nipis.
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan semua bahan untuk air rebusan ayam.
Bila air mendidih sekali lagi, masukkan ayam. Rebus selama 4 minit.
Angkat ayam tadi dan sejukkan sampai kulit ayam nampak kering. Kalau nak cepat kering, kipaskan atau jemur dalam masa 15 minit lebih kurang.
Panaskan minyak yang banyak sekurang-kurangnya boleh menenggelamkan seluruh badan ayam.
Panaskan minyak selama 15 minit menggunakan api sederhana. Pastikan api tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kecil.
Masukkan ayam dan setkan masa antara 15-18 minit.
Angkat ayam dan toskan minyaknya. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Biasa kita makan kaswi yang warna perang tu dengan kaawi hijau perasa pandan. Haa yang ni lebih istimewa rasa keladilah pulak.
Jom kita semak talam kaswi keladi yang dikongsikan oleh Ieeda Jahaya dalam FB Rasa Share Resipi. Tengok bahan-bahan pun simple aje. Jangan lupa panaskan dulu periuk pengukus tuou h b
TALAM KASWI KELADI
.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1cawan tepung ubi
1cawan gula castor | kalau nak manis lagi tambah lagi setengah cawan
500ml santan pekat 200ml | campurkan dengan air jadikan 5 cawan
1 sudu kecil esen keladi
Beberap titik pewarna keladi
1sudu kecil air kapur
Sedikit kelapa parut putih
* Gaulkan sedikit garam dan kukus sekejap
CARA MEMASAK :
1 Campur semua bahan-bahan.
2. Kacau hingga tak berketul
3. Kalau nak warna macam dalam foto tu, boleh masukkan sedikit Red velvet emulco
4. Tapis dan panaskan periuk pengukus.
5. Sapu minyak pada loyang. lapik plastik
6. Kukus 45minit
7. Selepas 45 minit nak masak. Buka tudung kukusan dan biarkan air kering atas permukaan kuih.
8. Taburkan kelapa parut atas kawsi, atau golek rata dalam kelapa parut.
9. Sejuk kan dahulu kaswi baru dipotong.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!