Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
Ads
200gm daging kisar
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wow…mudah rupanya buat mentega kacang atau peanut butter homemade. Bagi anda yang mementingkan makanan sihat atau sedang diet, bolehlah cuba buat resipi peanut butter perkongsian saudari Aida Razalli. Sesuai digunakan seisi keluarga.
CARA BUAT PEANUT BUTTER HOMEMADE TANPA PENGAWET & GARAM
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang – guna kacang shandong untuk rasa lebih sedap.
1 sudu makan minyak sayuran
1 sudu makan madu – optional untuk rasa manis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar kacang selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan. 2. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kulit kacang dibersihkan sepenuhnya sebelum dikisar. 3. Masukkan kacang ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu. 4. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda. 5. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki, maka peanut butter anda telah siap. 6. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. 7. Jika mahukan tekstur peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi. 8. Peanut butter tanpa pengawet ini boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.
Hujung minggu sajian sebegini memang sesuai di sajikan untuk keluarga tercinta. Set lengkap nasi ayam sos lemon ini sangat lazat dan mudah disediakan, sekaligus melengkapkan hidangan makan tengahari kamu. Selamat mencuba.
Resipi Nasi Ayam Pusa Gold Planta
CARA MEMASAK:
Basuh beras dalam penapis.
Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.
Masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.
Resipi Sup Ayam Ringkas
Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
Masukkan 3 hirisan halia.
Masuk sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri.
Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa.
Tutup api selepas rasa sebati.
Resipi Air Cili
Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato
Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
Tambahkan 3 sudu besar cili sos Thai dan 1/2 sudu halia parut.
Tambahkan garam gula sekiranya perlu.
Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.
Resipi Sos Kicap
Ambil 2 senduk sup.
Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
Tambahkan sedikit perasa.
Tutup api selepas sos mendidih perlahan.
Resipi Ayam Goreng Crispy
BAHAN-BAHAN:
Hiris nipis 1 ketul dada ayam
Perapkan bersama bahan dalam gambar ( gandakan untuk depan belakang )
1 sudu besar sunquick
1/2 sudu kecil kicap Jalen
1 titik sos ikan
secubit garam
secubit perasa
1/2 sudu kecil lada sulah
secubit lada hitam kisar
Lumurkan putih telur.
Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang.
* boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih.
Perap selama 1 jam.
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak.
Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering.
* kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali.
Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata.
Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
Resipi Sos Madu Lemon
Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon.
Masukkan 1 sudu besar madu.
Tuang bancuhan air tepung jagung.
( 1 sudu besar tepung jagung +1 senduk sup ayam)
Masukkan secubit garam/ secukup rasa.
Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam.
Ikan Lampam dan Talapia Merah memang diakui antara ikan air tawar isi putih yang sedap dan tidak hanyir. Selain goreng atau gulai, ini ada dua menu yang orang dulu-dulu selalu masak dan sangat sedap rasanya. Ini RASA kongsikan resipinya yang anda semua boleh cuba, memang tidak mengecewakan rasanya.
IKAN LAMPAM MASAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
Gaul rata dan sebati.
Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
Kukus ikan hingga masak.
Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.