Selalunya kalau buat kuih semperit mesti semperit susu je dari dulu lagi, kalini apa kata kita buat semperit Biscoff sempena dah boleh rentas dengan bebas untuk raya ni. Resipi ni dikongsikan oleh Faiqah Che Fauzi di Facebook. Cara asas pembuatan semperit Biscoff ni sama je macam semperit biasa cumanya ada penambahan rasa Biscoff tu jadinya sesiapa yang dah biasa buat semperit tu tak jadi masalahlah kalau nak cuba resipi ini. Jom kita cuba!
SEMPERIT BISCOFF
BAHAN-BAHAN:
1 buku buttercup
1/2 cawan susu pekat
3 sudu besar lotus biscoff spread
2 susu besar lagi guna untuk piping kemudian nanti
1/2 cawan tepung kastard
3 cawan tepung jagung
Biskut lotus yang dihancurkan
Choc chip perisa butterscotch/caramel
CARA PENYEDIAAN:
1. Letak buttercup, susu pekat, lotus spread dalam bekas lepas tu kacau sampai semua mesra
2. Tambah tepung kastard & tepung jagung
3. Uli sampai jadi doh. Doh kena lembut supaya senang nak tekan nanti
4. Tekan doh guna acuan semperit.
5. Pipe kan lotus spread, taburkan biskut lotus biscoff yang dah dihancurkan
Ada yang teringin nak makan macaroon? Kadang beli ada yang terlampau manis dan keras. Jadi nak puaskan hati boleh jer buat sendiri. Macaroon yang kita nak buat berinti cheese.
Bahan-bahan:
2 biji putih telur
50g gula kastor
Mix hingga soft peak,kemudian masuk
2 titis warna red velvet
Adun hingga medium peak,,ketepikan dulu
Campur dan ayak bahan di bawah
117g gula aising
½ sudu besar serbuk koko
70g serbuk badam
1.Masuk sikit-sikit dalam adunan putih telur .kaup balik hingga nampak licin dan sebati
2.Ambik piping beg
3.Tekan atas acuan.
4.Bakar dalam oven 135 darjah dalam 20 minit.
Untuk inti:
200g cream cheeese
2 sudu besar susu pekat
¾ cawan whipping cream
1/2 cawan gula aising
Cara membuat:
1.Adun semua bahan hingga sebati.
2.Masuk dalam piping beg.
3.Keluarkan biskut dari acuan.
4.Pipe je inti. 5.Sejukkan sekejap kemudian boleh dihidang. Kredit: Iedaa Jahaya
Resipi biskut choc chip ala Famous Amos. Simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar! Senang kan..Boleh ajak anak-anak buat sama-sama.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puanBaizura Muhammadini ye.
1 sudu kecil soda bikarbonat Almond nips / almond flakes (jika suka)
Masukkan mentega, gula perang, esen vanilla dan telur. Kacau pelan-pelan untuk bagi sebati. Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh.
Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau pelan-pelan. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.
Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan minyak masak. Kacau lagi bagi sebati.
Ingat! Kacau pelan-pelan sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus berhenti. Buat step seterusnya.
Bila semua dah sebati, masukkan choc chip.
Kacau lagi dengan perlahan-lahan hingga sebati dan sampai semua mesra.
Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke atau Nestum ke, boleh.
Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30 minit. Seeloknya tutup, nanti bercampur bau makanan lain yang ada dalam peti ais tu pula.
Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Pastikan adunan tu jadi keras sikit masa ni.
Sapu dulang dengan mentega. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam dulang. Cubit sikit-sikit adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyek.
Nanti bila bakar ia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama.
Sebelum tu, panaskan oven suhu 150C, guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit.
Tengok betul-betul rupa adunan ini sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet.
Ia dah mula mengembang. Jangan gatal tangan nak buka oven kejap-kejap nanti bantat jadinya.
Tadaa! Siap! Biskut choc chip ala Famous Amos yang super sedap. Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru ia crunchy.
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...