Datin Anida kalau bab masak-memasak menang terbaik. Tak hairanlah kalau beliau suka menjamu kawan-kawan makan  di kediamannya dengan menu-menu sedap dan tidak pernah menghampakan, Walaupun katanya menu campak-campak je tapi bila makan menang bertamabah-tambah jadinya.  Seronoknya lagi, Datin Anida siap kongsi  dua menu kegemaran ahli keluarganya untuk korang semua cuba tau…

Sedapnya Tengok Kari Kepala Ikan, Air Tangan Datin Anida Ni.

KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kepala ikan Jenahak| belah dua dan cuci bersih
  • 2 biji bawang besar | hiris
  • 3 peket rempah kari ikan saiz kecil | bancuh dengan sedikit air
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 1/2 cawan santana
  • 3 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 3 biji cili hijau | belah tak putus
  • Sedikit daun bawang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

BAHAN PENUMIS

  • 1 sudu makan halba campur
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 5 ulas bawang merah | ditumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis hingga wangi.
  2. Masukkan pula hirisan bawang besar,kacau rata dan tambahkan pes cili kering.
  3. Apabila garing, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air.
  4. Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa, kacau seketika masukkan pula santan.
  5. Biarkan mendidih baru masukkan kepala ikan bersama bendi dan cili hijau.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, masukkan tomato dan biarkan mereneh 2-3 minit baru tutup api.
  8. Kari kepala ikan sedia dihidangkan.

Sedapnya Tengok Kari Kepala Ikan, Air Tangan Datin Anida Ni.

IKAN SIAKAP KERABU MANGGA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKAN GORENG:

IKLAN
  • 1 ekor ikan siakap |siang bentuk butterfly  dan bersihkan.
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung jagung
  • Garam dan lada sulah secukupnya

BAHAN KERABU MANGGA:

  • 2 biji mangga epal muda
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1 helai daun limau purut | mayang halus
  • 1 kuntum bunga kantan| mayang halus
  • 1 sudu makan cuka makan
  •  Garam dan gula secukup rasa
  • Sos Cili Thai secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu gaulkan ikan dengan garam dan lada sulah.
  2. Celupkan dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan tepung jagung.
  3. Goreng dalam minyak banyak (deep fry) hingga garing.
  4. Untuk menyediakan kerabu mangga, campurkan hirisan mangga dengan bahan yang dimayang halus dalam mangkuk.
  5. Campurkan gula, cuka dan garam , kemudian tuang dalam mangkuk campuran bahan hirisan.
  6. Gaul rata. Kemudian masukkan dalam pinggan dan letakkan ikan di atas dan taburkan kerabu di atas ikan.
  7. Sebagai penambah perasa, tuangkan sos cili Thai di atasnya.
  8. Ikan Siakap Kerabu Mangga sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI