Resipi Asam Pedas memang cukup terkenal di Melaka. Ada berbagai jenis versi Asam Pedas namun ia terpulanglah kepada kita untuk mengolahnya. Jika biasanya kita masak Asam Pedas menggunakan ikan laut seperti tenggiri, ikan merah, ikan kembung dan sebagainya, kali ini kita cuba pula masak Asam Pedas Ikan Salmon. Jom kita cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Rozi Abdul Razak ini.
RESIPI ASAM PEDAS IKAN SALMON
BAHAN-BAHAN:
Ikan salmon Cili kering kisar – beli online Bawang besar/merah kisar Air Air asam jawa Daun kesum – beli online Bunga kantan Serai Garam – beli online Kiub ayam Tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan bawang besar/merah yang dikisar.
2. Apabila sudah naik minyak, masukkan air asam jawa dan ikan salmon.
Ads
3. Masukkan pula sedikit air dan serai.
4. Bila sudah agak menggelegak, masukkan garam dan sedikit kiub ayam.
5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
6. Bagi yang gemarkan belacan, boleh letak sedikit. Akhir sekali masukkan tomato.
Terasa nak cuba masak Nasi BriyaniUdang di hari cuti ni? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap. Jom cuba!
RESIPI NASI BRIYANI UDANG RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
1 inci halia – mayang halus
1 batang serai – dititik
1-2 helai daun bay
5 biji cili padi
1 biji cili merah – dipotong besar
250gm udang besar -dibuang kulit
2 sudu makan rempah biryani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah 4 sekawan
Kismis dan kacang gajus secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning telur
2 ½ cawan air – untuk masak nasi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.
Belum ada idea nak masak apa? Apa kata cuba resipi yang satu ni. Sajian Daging Bawang Putih ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut empunya resipi; Myra Chaqkey, resipi ni diwarisi dari neneknya yang berasal dari Bangkok, Thailand. Cukup sekadar lauk ni dan nasi, pun dah mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Nak masak pun sangat mudah. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja. Jom cuba!
Kisar bawang besar, bawang putih, serai, cili padi dan cili hijau. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing dan naik bau.
Masukkan ayam, serai, asam gelugur dan sedikit air. Gaul sebati.
Tutup kuali dan biarkan seketika sementara ayam tadi empuk.
Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Gaul hingga sebati.
Apabila ayam tadi masak dan empuk, boleh tutup api dan hidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan: Menu pesakit darah tinggi Keistimewaan: Sangat sedap dan wangi Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak:Tumis dan goreng
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.