Siapa tak suka makan sayur? Dengan resipi ni, gerenti anda akan suka makan sayur kerana rasanya sedap dan mudah pula cara memasaknya.

Kali ini majalah RASA ingin kongsikan empat jenis masakan sayur yang boleh membuatkan momen mekana bersama seisi keluarga jadi lebih seronok.

TUMIS KACANG & TIMUN

4 Cara Masak Sayur Yang Sempoi Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
Ikan bilis secukupnya
Kacang panjang (potong 2 inci)
1 kiub pati ayam (hancurkan)
Sedikit air
Timun (dipotong kiub)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
2. Masukkan kacang panjang, kiub pati ayam dan sedikit air.
3. Kemudian, masukkan timun dan cili merah. Gaul rata. Biarkan seketika.
4. Tambah garam jika perlu. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Dapur Syira Lokman
https://www.instagram.com/p/B6LEfQAgUVm/

IKLAN

TUMIS PERIA SAMBAL

4 Cara Masak Sayur Yang Sempoi Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN
1 sudu cili kering
1 sudu udang kering
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji buah peria (dibelah 2, dihiris nipis)
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Dalam mesin pengisar kering, kisar cili kering dan udang kering. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi dan juga bawang merah serta bawang putih.
2. Kemudian, masukkan peria. Kacau seketika.
3. Tambah sedikit air dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan seketika.
4. Masak sehingga agak-agak peria lembut. Jangan lembut sangat. Kekalkan kesegarannya.

Selamat mencuba!

IKLAN

Sumber: Dapur Syira Lokman
https://www.instagram.com/p/B0aNyZfgmzd/

LABU AIR MASAK TUMIS

4 Cara Masak Sayur Yang Sempoi Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah kecil (dihiris)
Sedikit ikan bilis
1 tangkai cili merah (dipotong serong)
1 tangkai cili hijau (dipotong serong)
1 biji buah labu air (potong ikut cita rasa anda)
2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis.
2. Masukkan cili merah dan cili hijau. Tumis lagi.
3. Masukkan labu air dan air. Biarkan mendidih.
3. Kemudian, tambah garam. Masak sehingga labu air lembut. Siap!

IKLAN

Sumber: Dapur Syira Lokman
https://www.instagram.com/p/ByH5oG-gJwE/

ACAR TIMUN MENTAH

4 Cara Masak Sayur Yang Sempoi Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN
Timun (potong memanjang)
Lobak merah (dihiris)
1 tangkai cili hijau (dihiris)
1 labu bawang merah kecil (dihiris)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, campurkan timun, lobak merah, cili hijau dan bawang merah kecil.
2. Kemudian tambah garam dan gula. Kacau seketika.
3. Tambah air sehingga agak-agak bahan tenggelam. Jangan terlalu banyak sebab sayur akan keluarkan air juga. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam.

TIP: Boleh letak cuka jika suka.

Sumber: Dapur Syira Lokman
https://www.instagram.com/p/ByFYj0oAFoU/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI