Suka makan Puding Roti? Jika kit acari resipi manisan ni, ada pelbagai jenis. Ada yang kukus, ada yang bakar. Kali ini saudari Syazwany Bakri ada kongsikan resipi Puding Roti versi bakar yang beliau gunakan untuk jualan. Bolehlah anda cuba nanti. Nampak sedap!
RESIPI PUDING ROTI BAKAR (BREAD BUTTER PUDDING) VERSI BAKAR
CARA MEMASAK: 1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanilla. Pukul guna pemukul tangan ( whisk) hingga sebati. 2. Tapis campuran telur tadi. Kemudian masukkan mentega cair. Kacau sebati. 3. Ambil roti dan potong empat supaya menjadi kepingan kecil. Susun dalam bekas atau loyang bersesuaian. 4. Tuang bahan campuran puding tadi hingga rata. Tekan sedikit guna spatula supaya ia meresap pada roti. 5. Tabur topping dan bakar selama 30-40 minit atau hingga keperangan pada suhu 150C-180C (masa mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing).
3-4 sudu makan gula – ikut citarasa masing-masing – beli online DISINI
Sedikit esen vanilla – lebih sedap jika guna creamy vanilla – beli online DISINI
CARA MEMASAK: 1. Campur tepung kastad bersama air. Larutkan. 2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Masak guna api perlahan hingga pekat. Pastikan selalu dikacau supaya tidak hangus dan berketul. 3. Sedia untuk dihidangkan bersama puding roti.
INFO: 1. bungkus roti paket panjang boleh dapat 6 bekas kecil puding roti. 2. Jika guna loyang saiz 9 inci, boleh guna roti sandwic paket kecil.
Nampak seperti mi goreng biasa tapi cukup rasa dan mi yang lembab.
MI GORENG BASAH BAHAN-BAHAN:
1 pack mi kuning
Isi ayam potong kecil (ambil bhagian kepak,peha n campur sikit dada)
Daun kucai
1 biji buah tomato – potong kasar
8-9 ulas bawang putih – ditumbuk
Segenggam cili kering (potong, rendam, kisar -masa kisar letak air sikit)
Kicap manis
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula
5 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih yang ditumbuk sehingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sekejap bagi isi ayam nampak putih.
Selepas itu boleh masukkan cili kering yang dikisar tadi,
Kemudian boleh terus masukkan gula, garam, dan kicap. Untuk bagi warna cantik lebihkan kicap.
Tunggu sampai mendidih dan nampak macam pekat. Rasa sikit kalau ok boleh masukkan mi dan gaul sebati.
Janagan tinggalkan mi, gaul sampai agak-agak bersalut dan kuah agak-agak nak pekat sedikit.
Akhir sekali masukkan tomato dan daun kucai yang suda di potong. Gaul dalam 2 minit dan boleh tutup api.
INFO:Untuk dapat mi yang lembab jangan masak mi sampai terlalu kering. Kalau suka boleh tambahkan udang, fishcake dan bebola ikan. KREDIT RESEPI & GAMBAR: Cik Puan Hajar
Mencari hidangan sedap dan santai untuk makan petang bersama keluarga? Boleh cuba buat creamhorn custard creamy ini.
Resipi yang dikongsi Nor Al Fatihah ini, mudah saja nak buat. Guna puff pastry ready made saja.
Memang berebut la makannya kerana dengan crunchy di luar dan diisi dengan filling creamy custard dan fresh krim, dah macam makan aiskrim.
CREAMHORN CUSTARD CREAMY
BAHAN-BAHAN:
2 paket puff pastry jenama kawan saiz 4 (40gm x 10pcs) – boleh juga jika nk guna saiz 8 1 biji telur | dipukul Pewarna oren (untuk creamhorn bentuk lobak merah) Acuan creamhorn secukupnya (saya diy sendiri je acuan guna aluminium foil, balut pada jari telunjuk jadikan bentuk kon)
1. Ambil sekeping puff pastry, potong 8 bahagian. Canai nipis. Kemudian lilitkan pada hujung acuan. 2. Sapu sedikit telur supaya ia melekat. Lilit sampai habis. Sapu telur pada keseluruhan horn dan salut dengan crumble.
3. Untuk buat bentuk lobak merah, tak perlu salut crumble. Hanya sapu telur yang dicampur dengan pewarna oren. 4. Bakar api atas bawah dengan suhu 180•c selama 20 minit hingga keemasan. 5. Bergantung pada ketuhar masing-masing. Selalu periksa dan perhatikan supaya tak hangus. Sejukkan dan keluarkan horn daripada acuan.
Satukan semua bahan. Gaul dan ramas menjadi seperti serbuk roti.
BAHAN KRIM KASTARD:
2 cawan fresh milk ½ cawan gula – beli online di sini ½ cawan tepung kastard – beli online di sini 2 biji telur A 1 sudu teh esen vanila – beli online di sini Sedikit pewarna kuning 2 sudu besar mentega – beli online di sini 1 ½ cawan non dairy whip cream/fresh cream (dipukul hingga kental dan bertanduk. Tak nak letak pun takpe tapi tak rasa la creamy macam aiskrim tu)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan kecuali mentega. Kacau dulu sebati, kemudian masak di atas api sederhana kecil hingga pekat dan likat. 2. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau sebati. Tuang ke dalam bekas. Sejukkan. Wrapkan permukaannya dengan plastik supaya tak berkepala/berkerak. 3. Pukul whip krim hingga kental (overheat) dan masukkan filling kastad tadi. Pukul lagi hingga sebati.
4. Saya simpan filling dalam peti ais semalaman, baru picit filling ke dalam horn. 5. Untuk cream horn bentuk lobak merah, lepas picit filling, cucuk dengan daun sup/saleri/pudina. 6. Sedap makan panas-panas dan sejuk-sejuk. Hornnya kekal crunchy walaupun dah sejuk.
Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah. 2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan. 3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan. 4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. 5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. 6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kastard Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
1 paket ayam goreng segera
4 biji bawang putih | cincang
2cm halia | hiris halus
1 biji bawang besar |hiris tebal
2 sudu makan kicap masin
250ml jus oren
1 biji parutan kulit oren
2 sudu teh serbuk stok ayam
125ml air
2-3 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh tepung jagung
250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar
150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentar
Daun bawang sebagai hiasan
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1. Goreng ayam segera sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi. 3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat. 4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar. 2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur. 3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api. 4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef:Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Sup Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE
MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya
2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK: 1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan. 2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai. 3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Jem Keistimewaan : Rasa masam dan manis Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK: 1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi. 2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. 3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras. 4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone. 5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm. 6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone. 7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
160gm gula pasir
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 biji parutan kulit oren
60ml jus oren
125gm mentega yang dicairkan
125ml susu segar penuh krim
2 biji telur saiz B
125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan telur. Kacau sehingga adunan sebati. 3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung. 4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kek cawan Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...