Ads

Sedap Sungguh Brownis Matcha Ni.

Nampak sedap dan menggoda selera, penggemar matcha jomlah kita cuba pulak Brownis Matcha. Cara buat sama je lebih kurang dengan brownis yang coklat cuma tukar perisa kepada matcha je. Dah siap, boleh dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga hujung minggu ni.

BROWNIES MATCHA
BAHAN-BAHAN:-

4 biji telur
250gm gula pasir
250gm coklat Green Tea
75gm marjarin
75gm mentega
100ml minyak masak
250gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk matcha
3 titik pewarna makanan hijau
1/2 sudu teh esen Green Tea

TOPPING:
3 paket Kit Kat Green Tea | dadu kecil
Hirisan badan secukupnya
CARA MEMBUAT:

Ads
Ads
Ads
  1. Cairkan mentega, margarin dan coklat blok Green Tea dengan cara double boiler.
  2. Putar telur bersama gula hingga gula larut, dengan putaran mixer perlahan. Atau pukul dengan tangan sahaja.
  3. Masukkan tepung gandum, serbuk matcha dan cairan mentega, coklat dan esen Green Tea serta perwarna hijau dan minyak. Sambil itu terus putar hingga adunan sebatai.
  4. Oleskan loyang dengan marjerin, dan alas loyang dengan parchment paper.
  5. Tuang adaunan dalam loyang.
  6. Hias atasnya dengan hirisan Kit Kat dan hirisan badan.
  7. Bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dengan kepanasan ketuhar 170C selama 40 minit. Atau hingga masak.

By: @immawasis

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Pesta Seri Rasa x RASA Meriahkan Festival Budaya Malaysia 2026, Pelbagai...

Buat penggemar makanan, budaya dan aktiviti keluarga, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Pesta Seri Rasa sempena Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.