Kuih talam memang menjadi kegemaran, terutamanya untuk dihidangkan dalam majlis-majlis keraian.

Rasanya yang manis mudah menambat selera sesiapa sahaja. Jom cuba masak sendiri kuih talam tapi dalam versi pedas untuk menu hidangan makan petang.

 

TALAM KENTANG BERLAUK

Sedap & Pedas, 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba!

BAHAN-BAHAN:

500gm ubi kentang (direbus) – beli online di sini
30gm tepung gandum – beli online di sini
½ sudu teh lada sulah
½ sudu teh garam

TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari

CARA MEMASAK:

Masukkan semua bahan dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kukus selama 25 minit.

INFO CHEF: Untuk kurangkan pedas, tidak perlu letak lada sulah.

 

TALAM KELADI BERLAUK

Sedap & Pedas, 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba!

BAHAN A:

2 cawan tepung beras – beli online di sini
2 sudu makan tepung ubi – beli online di sini
2 sudu makan tepung gandum – beli online di sini
5 cawan santan – beli online di sini
1 sudu teh garam

TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats

BAHAN B:

2 cawan keladi (direbus @ dikukus)
2 sudu makan udang kering
3 biji cili merah

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

IKLAN

CARA MEMASAK:

Campurkan bahan A dan B. Masak di atas api sederhana sehingga naik wap. Kukus selama 25 minit.

BAHAN HIASAN:

Cili merah
Bawang goreng
Daun sup

INFO CHEF: Boleh dimakan tanpa bahan hiasan. Itupun sudah melengkapkan cita rasa.

 

TALAM BERLAUK DAGING

Sedap & Pedas, 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba!

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
6 sudu makan tepung jagung
200 ml santan
1 cawan air
½ sudu teh garam
2 biji telur ayam

TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera

BAHAN INTI:

IKLAN

Minyak masak untuk menumis
200gm daging cencang
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk kari daging

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:

Tumiskan bahan inti setelah kuih masak.

BAHAN HIASAN:

Bawang goreng
Daun sup
Cili merah

BAHAN SOS:

1 cawan cili kering (dikisar)
4 sudu makan gula
½ sudu teh garam

INFO CHEF: Sebelum ditumis, boleh juga direbus dengan air sedikit terlebih dahulu daging cencang supaya lebih lembut.

 

TALAM LAPIS BERLAUK

Sedap & Pedas, 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
300 ml santan
100 ml air
½ sudu kecil garam
2 biji telur ayam

BAHAN INTI:
200gm ayam kisar
2 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kurma
Secekak daun sup
3 biji cili merah
4 biji telur

TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas

CARA MEMASAK:
1. Cara tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan bahan rempah dan daging ayam kisar. Sejukkan.
2. Masukkan 2 sudu bahan tumis tadi bersama daun sup, cili merah dan 2 biji telur ayam untuk setiap lapisan. Ulangi sehingga telur habis.

INFO CHEF: Daun sup bertujuan membangkitkan aroma kuih talam.

 

TALAM BINGKA BAKAR BERLAUK

Sedap & Pedas, 5 Resipi Kuih Talam Yang Wajib Dicuba!

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur ayam
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu teh garam

TONTON Danish Cinnamon Cheese

BAHAN INTI:
200gm ayam kisar
2 bji bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk kurma
Secekak daun sup
3 biji cili merah
4 biji telur

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan. Masukkan bahan inti.
2.Bakar selama 20 minit. Hiaskan bersama bawang goreng.

INFO CHEF: Adun perlahan-lahan supaya bancuhan lebih sebati. Mengadun terlalu pantas membuatkan tepung agak keras.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Resipi Penkek Yang Mudah & Gebu, Buat Untuk Anak-Anak 

Resipi Daging Masak Hitam Ala Kenduri Dijamin Menjadi

4 Resipi Masakan Sambal Mudah & Sedap, Wajib Cuba!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI