
Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar. Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit, apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru. Pasti lebih berselera dan tidak jemu dimakan. Lain dari rasa ayam goreng yang biasa kita nikmati tu. Cubalah!
CARA MASAK AYAM GORENG SERAI THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
1 sudu besar sos ikan – beli online disini
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung – beli online disini
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ia bertujuan supaya bila serai ditumbuk, seratnya jadi cantik dan panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup.
2. Tumbuk serai kasar-kasar sahaja.
3. Ini bahan tumbuk untuk perapan: bawang putih, akar daun ketumbar dan lada hitam.
4. Tumbuk bahan perapan tapi tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit pun tidak mengapa.
5. Masukkan semua bahan (kecuali daun limau purut) bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan di akhir sekali.
6. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tidak bergumpal. Jika bergumpal, nanti bila digoreng hasilnya jadi tidak cantik.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan.
8. Ayam Goreng Serai siap disediakan. Taburkan hirisan daun limau purut untuk menaikkan lagi keenakan menu ini. Aya mini juga enak dicicah bersama Sos Cili Thai.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Sendiri 3 Menu Ayam Ala Kampung, Rasa Memang Win.

Hari ni bercadang nak masak lauk ayam? Ini ada tiga menu ayam masak ala kampung yang sedap RASA kongsikan untuk anda semua cuba. Apa yang penting menu ini ringkas je cara memasaknya, gerenti anak-anak suka.
AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
- 350gm isi dada ayam | potong dadu
- 200gm santan pekat
- 2 cawan air
- 1 tin cendawan butang
- 6 biji cili padi hijau
- 6 biji cili padi merah
- 1batang serai | titik
- 1 tin cendawan butang. | belah dua
- 6 cili api hijau | hiris
- 6 cili api merah | hiris
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
- 1batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
- Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, hirisan cili padi dan serai.
- Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.
AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong besar
- 2 keping asam gelugor
- 4-5 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 batang serai | titik
- 1 inci lengkuas | titik
- 4-5 biji tomato ceri jika suka
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
- Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.
AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
- 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
- Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
- Renehkan atas atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
- Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
5 Resipi Kek Mudah Dan Sedap Guna Air Fryer Sahaja
Guna Air Fryer sahaja dah boleh buat pelbagai jenis kek yang mudah dan sedap! Harini saya nak kongsikan 5 resipi kek yang gerenti menjadi guna Air Fryer sahaja. Dari berhabuk gitu je air fryer di rumah tu apa kata cuba resipi ni untuk menu minum petang? Jom kita cuba!
Kalau takde Air Fryer di rumah bolehlah beli DISINI dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5
KEK BROWNIES MILO
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk Milo
2 sudu susu pekat
2 biji telur
Kacang badam/cip coklat (hiasan)
CARA PENYEDIAAN:
Kacau manja-manja kesemua bahan tu, letak di dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar dalam ‘air fryer’ suhu 180°c 15 minit.
KEK PISANG
BAHAN-BAHAN:
Ayak:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
Blend:
Pisang 6 biji (saiz kecik)
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula (kurangkn kalau pisang manis)
2 biji telur
CARA PENYEDIAAN:
Gaulkan tepung yang diayak dengan bahan blend.
Sapu butter bekas baking.
Tabur pisang hiris dan coklat chip bagi menambah selera.
Masak suhu 160°c 35minit (AF Russell Taylors 4.8L)
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
110 gram tepung gandum
180 gram gula
60 gram serbuk koko
1 biji telur
1/2 cawan susu
1/2 cawan air suam
1/4 cawan minyak masak
1sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh baking soda
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan terlebih dahulu air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.
2. Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk dan gaul rata. (Tepung gandum, serbuk koko, garam, baking powder, baking soda)
3. Masukkan gula dan gaul rata.
4. Masukkan susu,telur, minyak masak, esen vanila dan gaul sebati .
5. Masukkan air suam. Akan nampak cair tapi jangan risau. Teruskan gaul sampai sebati.
6. Tuang ke dalam loyang 6 inchi yang sudah dilapik kertas minyak. Tutupkan loyang dengan aluminium foil yang telah disapu mentega/minyak masak. Pastikan bahagian kilat di dalam. Tebuk lubang pada permukaan supaya membolehkan kek bernafas dan mengeluarkan wap dan mengekalkan kelembapannya.
7. Bakar 1: 160°C 35 minit.
Selepas bakar 1, keluarkan loyang dari bakul air fryer untuk membuka aluminium foil. Masukkan loyang balik kedalam air fryer.
Sambung bakar 2: 160°c 10 minit
8. Selepas bakar 2, rehatkan kek di dalam air fryer sebelum keluarkan untuk menstabilkan suhu kek.
9. Keluarkan kek dari air fryer dan rehatkan kek sampai sejuk sebelum potong dan dihidangkan.
CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm cream cheese tatura:
2 biji telor
3 sudu gula (kalau nak manis lebihkan)
Tepung gandum 3 sudu besar penuh
1 kotak kecil Full Cream Milk Dutch Lady
Essen vanilla sedikit
CARA PENYEDIAAN:
Blend semua hingga sebati dan halus. Saya bakar dalam loyang 7 inci. Suhu 180°c 25 minit.
KEK BUTTER TRADISIONAL
BAHAN-BAHAN:
1/2 cup castor sugar (boleh tambah jika nak manis)
1/2 bar butter anchor brand
1 1/2 cup tepung kek self raising floor (brand blue key)
1/2 cup susu segar (guna anchor dairy milk)
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
CARA PENYEDIAAN:
Pukul gula dgn butter Anchor tu sampai sebati.
Masukkan telur sebijik demi sebijik pukul bagi sebati lepas tu masukkan tepung sikit demi sikit susu, esen vanila dan baking powder.
Pukul sampai sebati. Kelajuan sederhana. (Untuk buat marble choc tu, ambik sesenduk campur coklat serbuk.
Kacau sebati dan layerkan dengan adunan asas tadi, kalau tidak. Takpa bakar terus je.)
Bakar 160°c 40 minit.
SELAMAT MENCUBA
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:
10 Pilihan Masakan Kelantan Yang Popular Di Bulan Puasa, Sungguh Sedap Tak Rugi Cuba.

Kelantan antara negeri yang kaya dengan pelbagai jenis masakan dari lauk pauk hinggalah kuih muih semuanya mengujakan selera. Pendek kata kalau pergi ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ni memang tak takut lapar. Selain Nasi Kerabu dan Nasi Dagang banyak lagi masakan yang menjadi pilihan ramai, walau berbeza menu namun soal rasa memang terbaik. Untuk itu, Rasa bawakan 10 jenis masakan masyarakat Kelantan yang tidak menghampakan bila anda cuba.
GULAI IKAN BERSAMA TIMUN, KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung | bersihkan dan potong dua
- 1000ml santan
- 2 keping asam gelugor
- 5 batang kacang panjang | potong 3-4 cm
- 1 /2 batang timun | hiris bulat
- 8 biji cili padi
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 3cm lengkuas | hiris nipis
- 3cm kunyit hidup
- 6 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, kacau rata .
- Masukkan ikan dan asam keeping. Kemudian didihkan di atas dapur.
- Setelah mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
- Kemudian dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah sayur layu, tutup api dan gulai ikan sedia dihidangkan.
RENDANG LIMPA
BAHAN-BAHAN
- 1kg limpa | potong kiub bersihkan dan tos
- 750ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan air asam Jawa
- 1 keping gula Melaka
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 3cm lengkuas
- 3cm halia
- 5 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar.
- Tumis hingga naik bau, masukkan pula pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan limpa bersama air asam Jawa, kacau hingga limpa kecut.
- Setelah air kering masukkan santan, biarkan terus mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
- Masukkan pula kerisik, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, terus kacau rendang hingga timbul minyak.
- Setelah cukup masak, tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
KERUTUP AYAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam kampung | belah empat
- 3 sudu makan rempah kerutup
- 2 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan sos tomato
- 500ml santan pekat
- 1keping gula Melaka
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam kampung yang telah dibersihkan tadi.
- Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
- Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
- Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
- Kerutub Ayam Kampung sedia dihidangkan.
LAWAR IKAN TAMBAN
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor ikan tamban | bersihkan
- 5 biji limau nipis | ambil jusnya
- 6-7 biji cili padi | hiris halus
- Sedikit hirisan daun kesum
- Sedikit hirisan daun selom
- Sedikit hirisan daun ulam rasa
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan yang telah dibersihkan tadi diasing tulang dan isinya.
- Hiris halus atau potong dadu kecil isi ikan tadi.
- Tuangkan jus limau nipis di dalam mangkuk berisi isi ikan tadi.
- Gaul rata sehingga isi ikan menjadi putih.
- Masukkan hirisan cili, daun kesum, selom dan ulam rasa.
- Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah siap, Lawar Ikan sedia dihidangkan..
SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
- 2 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan budu
- 1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
- 1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
- 3 keping asam gelugor
- 4 -5 hirisan lengkuas | titik
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 10 biji cili padi | titik atau hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
- Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
- Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
DAGING GULAI KAWAH DENGAN UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging
- 1kg tulang
- 1 kg santan
- 2 biji ubi stelo | buang kulit dan potong dadu besar
- 8 ulas bawang merah | hiris
- Gula kerek/gula Melaka secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu air asam Jawa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN NTUK TUMISAN:
- 12 biji bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | hiris
- 4cm halia | hiris
- 4 sudu makan Rempah Gulai Kawah
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Untuk sediakan bahan tumisan, panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hirsan tumisan.
- Kacau rata hingga wangi, kemudian masukkan rempah gulai yang dibancuh dengan sedikit air. Terus kacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing.
- Tutup api dan ketepikan seketika.
- Untuk penyediaan gulai, masukkan daging yang telah dihiris dalam periuk dan masak dengan sedikit air.
- Bila daging agak empuk dan airnya kering, masukkan ubi stelo, rempah gulai yang sudah ditumis.
- Gaul rata, kemudian masukkan bawang yang dihiris.
- Tuangkan santan dan masak lagi hingga mereneh.
- Perasakan dengan gula Melaka, air asam Jawa , gula dan garam secukup rasa.
- Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah sebelum dimatikan api dan sedia dihidangkan.
TERESEK KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- 10 batang kacang panjang
- 3 biji cili hijau
- 250gm kepak dan leher ayam | potong kecil
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan kerisik
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 3 cawan santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
- 2 hiris lengkuas
- 1 sudu makan serbuk ketumbar biji | sangai dan kisar kasar
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili dan kacau lagi.
- Setelah pecah minyak masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika, masukkan campuran isi ayam yang telah dipotong kecil tadi.
- Kacau rata hingga ayam kecut, masukkan air asam Jawa diikuti santan.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan kerisik dan kacang panjang. Gaul rata.
- Apabila kacang layu. Tutup api dan Teresek Kacang Panjang sedia dihidangkan.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam sederhana saiz | belah empat, bersihkan dan toskan.
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 batang serai | titik
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2cm halia
- 1 cawan santan pekat
BAHAN PERAP:
- 3 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan perap kemudian lumurkan pada ayam bersama sedikit garam. Biarkan seketika.
- Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar.
- Sementara itu, tuangkan bahan kisar dalam kuali bersama santan, serai dan asam gelugor.
- Masak menggunakan api perlahan dan terus kacau hingga kuah pekat.
- Tutup api, ambil sedikit kuah dan sapukan pada ayam bakar berulang kali sehingga kuah melekat pada ayam.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.
SOLOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
- ekor ikan kembung
- 1/2 biji kelapa sederhana tua | diparut dan ditumbuk
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- 10ulas bawang merah | ditumbuk
- 2ulas bawang putih | ditumbuk
- ½ sudu teh lada hitam | ditumbuk
- 1biji telur ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan dibuang tulang tengah dan dikikis. Jangan sampai terkoyak kulitnya.
- Isi ikan yang dikikis tadi, ditumbuk.
- Kemudian dicampurkan bersama kelapa dan bahan-bahan lain yang ditumbuk.
- Selepas itu, masukkan telur dan garam secukup rasa ke dalam bahan-bahan tadi.
- Gaul sehingga sebati.
- Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam kulit ikan dan goreng sehingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur ayam | rebus dan kopek kulit
- 300ml santan
- 4 sudu makan rempah kurma
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 keping asam gelugor
- 4 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang besar | belah empat
- 6 biji tomato ceri
BAHAN HIRIS:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 4cm halia muda
- 2 batang serai
- REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan bahan hirisan, kacau hingga layu.
- Seterusnya masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata masukkan santan dan asam keping.
- Apabila kuah mendidih, masukkan bawang besar.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan telur (cucuk-cucuk dengan garapu) dan tomato ceri.
- Setelah kuah pekat, tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.